Tuesday, 30 November 2010

Ada Apa Dengan Nasi Lemak Jati?

Sapa penah dengaq pasal nasi lemak jati? Korang penah dengaq tak nih….kalau ada yg tau please respond me ok..heheeh..DeQdEq terbaca status kawan kat FB…dia teringin nak makan nasi lemak jati….emmm, dah lama juga DeQdEq nih tak makan nasi lemak jati tu….mgkn dah 2 tahun agaknya….

nasi lemak jati

Sumber gambar: Adam Roslan

Pada yang tak penah dengaq pasal nasi jati nih…meh sini DeQdEq nak habaq kat hampa semua. Kat Sec 2 Shah Alam, dekat dgn Kolej Jati asrama budak UiTM, ada lori kecik putih yang tiap-tiap malam dok juai nasi lemak kat cni. Sebab tu la dikenali sebagai nasi lemak Jati…Kalau x silap depa mula berniaga dlm kul 8 malam. Tapi mmg kena beratoq la kalau lambat.

Mmg nasi lemak jati nih terkenal di kalangan student UiTM. Biasa la kan, bila student nak cari yang murah, banyak dan plg utama mengenyangkan….Tapi nasi lemak jati nih, bkn setakat memenuhi kriteria yg DeQdEq sebut tadi, malah nasi lemak jati nih sedap. Kalau tak, xada la sampai teringat-ingat nak makan nasi lemak jati. DeQdEq dok cerita nih pun dah rasa terliur nak makan..heheheh

nasi lemak

Kalau nak beli nasi lemak jati nih, mmg ada byk sgt jenis lauk yang korang bleh makan…dari nasi lemak biasa, telur mata, ayam goreng, ayam pedas, kerang, bergedil, sotong dan banyak lagi lah..Korang pun leh rambang mata nak pilih lauk mana sebab banyak sangat. DeQdEq boleh la sarankan sapa2 yang suka nasi lemak dan kalau dah sampai Shah Alam tu, pi la seksyen 2 dan cuba la rasa nasi lemak jati. Mesti tak menghampakan korang.

Cuma nak bgtau la kan, dulu penah dengaq cerita yang kononnya demi nak melariskan nasi lemak nih, tokey nasi lemak nih guna pelaris. Pelaris dia pakai ialah seluar dalam…hahahaha…yang nih DeQdEq mmg tak tau la kesahihan cite nih…Kadang-kadang kalau org nak menjatuhkan perniagaan orang lain, macam2 bleh buat fitnah kan.

Jadi, terpulang la pada korang kalau rasa teringin nak cuba silakan. DeQdEq pun mmg peminat nasi lemak jati waktu masih student dulu…Mmg ada kala macam teringin ja nak makan, keluaq la pi seksyen 2 tu…

2 comments:

Notakaki said...

nasi lemak jati!!
lama da xmakan ni.. dulu masa dk kolej jati tiap2 malam beli nasi lemak ni.. memang sedap dan murah..banyak lak 2.. saya siap beli dua bungkus lg buat bekal tuk tengah malam.. biasa la malam2 stdy mesti la perut ni lapar..jadinya nasi lemak jati ni lah yang jadi pengubat di ketika lapar.. ada satu hari 2 xlapar pun da kenyang sbb da makan sbgkus tp sebab xpuas rasa makan, makan lg sbungkus yang sepatutnya disimpan tuk dimakan tengah malam..hehehe..

Latest Entry :
-> Sila Klik Sini

DeQdEq said...

@Notakaki

hahhaha......mst debot wkt tu kan....hehhehe...

tapi mmg nasi lemak jati mmg sedap la...

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...