Monday, 29 November 2010

Celebrity @ MAHA…..saper tu?

Di hari minggu semalam, DeQdEq dan kawan2 pegi menghabiskan masa satu hari kat MAHA 2010…korang dh pegi blum….best tau….tapi mmg penat la nak berjalan DeQdEq pun pegi tak larat nak pusing semua tempat pun…hehhee…..Ok kali nih DeQdEq nak share dgn saper yg DeQdEq jumpa semalam wkt pegi MAHA 2010…Present to you…..

P1010950

Mula2 sampai, DeQdEq n the gang pegi ke rumah-rumah negeri…Pertama skali kami masuk Pavillion Perlis….dekat ctu kami jumpa la selebriti kita nih…hehehe…beliau ialah ular sawa yang dh berusia 14 tahun dan beratnya 40 kg…Kira selebriti la kan sbb org sibuk nak amik gambar dgn dia…..

P1010954

Nih pula kumpulan apa tah….diorang nih mempersembahkan muzik asli…sedap muziknya…..cewasss….Korang bleh jumpa kt Pavillion Terengganu ye….kat ctu ada jual sata juga…makanan yg terkenal di Terengganu.

P1010966

Nih plak DeQdEq bersama Chef Razak di Pavillion Johor. Chef Razak tunjuk demo utk memasak sarang burung. Sarang burung nih mst korang tau kan mmg mahal dan sgt2 berkhasiat.Nanti DeQdEq cuba share plak apa khasiat sarang burung nih yer…Kalau korang nk tau, sarang burung yg DeQdeq tgh pegang tu harganya RM 400 ok…Kitaorang dpt la rasa skit sarang burung tu…emmm…not bad ok…

P1010972

Nih plak Aziz Desa…Kenal tak korang nih dgn Aziz Desa? Dia pengacara Nasi Lemak Kopi O kt TV 9 tu…Aziz Desa nih ada sempena karnival SUA RASA Tv9 yang berlansung di Tapak MAHA nih juga. Kitaorang sampai kt Agro Bazaar tgk Aziz Desa dok sibuk promote makanan2 kat situ. Jadi, DeQdEq pun menyibuk juga nak bergambar…hehehe.

P1010974

Haaaa….ni korang nak tau tak saper…Ni la HANG TUAH ok….ada lagi Hang Tuah sekarang nih..hehehe.Sebenarnya pakcik ni adalah maskot untuk Kopi Hang Tuah. Antara exhibitor di MAHA. Banyak betul kopi kat malaysia nih. Antaranya ni la, Kopi Hang Tuah….Xtau la bleh dpat kt mana. DeQdEq x minum kopi..jadi x minat la nak tau…heheeh

P1010983

Ni plak clown yang ada pada hari ni…..Kitaorang tgh dok berehat lepas dah penat berjalan. Clown nih pun dtg berehat dan lepak kat ctu juga. Apa lagi, amik gambar la kiter….hehe

P1010989

Ok, ni plak adalah Mahmud Ali Basha….pelakon…Tak sangka minat juga dia nak datang pameran macam ni. Bila dah terserempak, DeQdEq pun tegur je la dan minta nak bergambar. Baik dan lembut je percakapan Mahmud Ali Basha ni….5 bintang la bg dia…sebab tak sombong..hehehe

P1010985

Haaaaa…..ni mst korang tertanya2 saper la nih yg DeQdEq nak highlight juga….selebriti ke….pelakon ke…penyayi pn bukan….model ke….Semua tu pun bukan….sebenarnya DeQdEq nak kenalkan mamat sebelah DeQdEq tu..Beliau merupakan founder laman sosial dan berinteraksi terutamanya utk para usahawan. Laman sosial ciptaan beliau nih dikenali sebagai FARMBOOK.MY dan baru sahaja dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada hari Sabtu lepas. DeQdEq rasa bangga sgt sbb anak Melayu yang merupakan pencipta dan penggeraknya. 2 thumbs up ok utk mamat nih…Nnt DeQdEq akan buat entry sepenuhnya utk Farmbook ni ok.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...