Thursday, 18 November 2010

Great quote from book " Membina Personaliti Terbilang " (Dr HM Tuah Iskandar al-Haj)



Dalam minggu ni deq2 berjaya habiskan membaca buku bertajuk " Membina Personaliti Cemerlang" yang ditulis oleh Dr HM Tuah. Dr Tuah mmg terkenal dengan buku2 motivasinya. Buku dah lama ada dalam simpanan deq2 tapi baru nak baca dan alhamdulillah dah habis pun baca keseluruhan buku ni.....Jadi deq2 nak kongsi antara kata-kata membina dan motivasi yang menarik....sebabnya bila deq2 tulis kat sini, samala deq2 mengingatkan pada diri sendiri juga....mana tau deq2 dpt berkongsi kata-kata semangat dan membantu org lain turut bersemangat....



"Jika anda ingin kaya berfikirlah sebagaimana orang kaya berfikir. Orang kaya berfikir untuk membina kerjaya untuk orang lain, sedangkan orang yang tidak ingin kaya selesa bekerja untuk orang lain."

"Anehnya orang Melayu berasa hina dan malu untuk menjual barang tetapi tidak berasa malu untuk meminjam wang"

"Cabaran utama untuk kaya dan bergelar jutawan adalah anda perlu ada kemahuan yang jelas. Anda perlu degil, keras hati, tidak terlalu terpengaruh dengan kejian mahupun pujian, cintanya tidak banyak dan tidak bercabang.
Tumpuannya lebih pada bagaimana hendak memajukan diri serta memajukan penghasilan"

"Kejayaan seseorang bukan terletak pada ilmu dan bakat yang dimilikinya, tetapi kesedaran dan keberaniannya untuk bertindak menggunakan kelebihan-kelebihan itu."

"Kegagalan sentiasa membuka peluang untuk berjaya manakala kejayaan sentiasa terdedah untuk kembali gagal"

"Gagal atau berjaya bukanlah penting, yang lebih istimewa usaha untuk mengatasi kegagalan dan usaha untuk menikmati kejayaan."

"Berani untuk gagal selalunya berakhir dengan berjaya.
Takut untuk berjaya selalunya berakhir dengan gagal.
Takut untuk berjaya dan gagal selalu berada di tengah-tengah, ke kiri tidak; ke kanan tidak; ke belakang tidak; ke depan pun tidak.
Hidup bagaikan tunggul mati, tidak berguna pada alam, tidak berguna pada diri sendiri."

"Tidak ada kemajuan tanpa perubahan, mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa."


Setakat ini dulu perkongsian untuk kali ni......

"FOR THINGS TO CHANGE, I MUST CHANGE FIRST"

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...