Thursday, 25 November 2010

Aksi Ganas Minum Susu....ada beran?

Susu.....suka tak minum susu. Sapa yg suka minum susu? Angkat tangan.....Klu sebut pasal susu nih, DeQdEq mmg dulunya susah sgt nak minum susu, sebabnya bila minum susu rasa bau lembu...moooooo......DeQdEq bukan anak lembu ok...hehehe....itu yg tak suka nak minum susu...hehehe. Ada tak saper2 yg berani nak minum susu fresh from COW.....mcm dlm gambaq kt bawah ni...hihiihi....x sanggup DeQdEq..

Kiranya susu x pernah ada dlm diet DeQdEq. Tapi setelah menyambungkan pelajaran ke UiTM dalam jurusan Diploma Teknologi Makanan, byk yg DeQdEq belajar pasal pemakanan.

Rasanya semua pun mst tahu kan, susu ni mmg kaya dengan kalsium, jadi susu merupakan sumber kalsium yang baik untuk kita. Bila dah belajar soal pemakanan ni, secara tak langsung mesti la nak aplikasikan apa yg DeQdEq blajar kan. Ye lah, seorang Wanita mmg sgt2 memerlukan kalsium yang tinggi.




Tahukah Anda? cewah...msk skit bab fakta yer....jgn bosan dulu....baca untuk pengetahuan anda....PENTING NI.

Seorang wanita Asia disarankan mengambil kalsium harian secukupnya (800 - 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.Cara terbaik adalah dengan mengambil dua gelas susu setiap hari yang mana segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium. >>>>RUJUKAN

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Untuk tahu lebih detail lagi kepentingan kalsium, KLIK>>>>> SINI

Ok, cukup pasal fakta yer....dipendekkan cerita, DeQdEq mula suka minum susu bila kawan DeQdEq offer minum susu yang dia beli. DeQdEq tolak la sebab tak suka, bau lembu. Tapi kawan DeQdEq kata susu ni sedap, rasa vanilla, jadi DeQdEq pun cuba la minum skit. Mmg betulla, tak ada bau lembu pun.....sedapppp.....Susu yang DeQdEq minum waktu tu susu jenama DAISY. Tp rasanya skrg nih mcm dah xada ja susu DAISY tu... Lepas dah rasa susu sedap ni, DeQdEq pun mula minum susu..tapi terhad kepada susu segar atau susu pastur dan juga susu steril. Susu tepung DeQdEq tak suka.

Kalau beli susu tepung yang peket kecik pun x penah DeQdEq bleh habiskan. Mesti akhirnya susu tamat riwayat dan jadi keras....sebab makanan serbuk nih bila lama2 dia akan serap lembapan dan jadi keras atau pun istilah dlm FOOD SCIENCE ialah'caking'.

Tapi, hari ni DeQdEq berjaya habiskan juga satu peket susu NESVITA Calciplus yang beratnya 600g.....tak sangka bleh habiskan juga susu tepung ni....TAHNIAH buat diri ku...

Sebenarnya, susu ada banyak sangat jenis susu...DeQdEq akan reveal kn nanti utk U ollz k....Jadi jangan mengelat lepas nih tuk minum susu....DAAA>>>>



2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

harus minum susu sekarang. susu cologen.. lupa nak minum dah lama..

deqdeq said...

awat plak bleh lupa....x baik tau...hehhee....ada beran x klu ada cabaran minum susu fresh mcm dlm pic tuh...hehhee

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...