Saturday, 27 November 2010

Hai Cikgu Shida ……Dr Rozmey (Part 2)

sambungan:

Emmm….DeQdEq dah bg masa kt korang untuk berfikir dan cari apa kebaikan yang ada atau yg kita boleh ambil dari Cikgu Shida dan juga Dr Rozmey. Korang cari tak? jangan la malas2 tau….nnt Cikgu Shida marah sebab kerja rumah tak siap…hehehe…Cikgu Shida,klu ada terbaca ni, DeQdEq gurau je ye, jangan terasa hati plak…(ader ke Cikgu Shida nak baca blog DeQdEq nik kan…perasan je). Ok la, DeQdEq nak masuk terus ke tujuan utama.

 

Apa kebaikan atau apa yang boleh dijadikan contoh dari CIKGU SHIDA dan DR ROZMEY:

1) Kedua-dua mereka mempunyai kerjaya yang sangat bagus dan baik dari segi menyumbang kepada masyarakat. Betul tak? Yelah, yang sorang tu cikgu dan yang sorang lagi pula doktor. Cikgu Shida nih cikgu English lagi, igt senang ke nk jadi cikgu English nih, mahunya nak kena amik TESL lagi. Kalau yng Dr Rozmey plak, tak payah cakaplah. Semua orang tau kan, nak jadi doktor bukan senang. Nak belajar ‘medic’ ni pun dah bertahun-tahun, baru habis. Jadi, mereka nih salah seorang pekerja profesional ok….

 

DeQdEq cuba la cari latarbelakang Dr Rozmey, dan ini hasilnya….DeQdEq share pasal latarbelakang pendidikan dr Rozmey je ye.

KELULUSAN
Ijazah Perubatan (MD,USM 1993),
Sarjana Perubatan
(Perbidanan & Sakit Puan USM 1999)

PENDIDIKAN
SRK Sultan Yahya Petra Kuala Krai
MRSM Pengkalan Chepa, University Sains Malaysia(USM)

2) Diorang nih kreatif,berani dan berkeyakinan yang begitu tinggi. Mmg x bleh nak disangkalkan pasal nih, kalau tak xkan la bleh Cikgu Shida nih nak ber ‘miming’ lagu2 hit dan juga menunjukkan aksi tarian dan sebagainya. Sebenarnya DeQdEq mula2 tgk video Cikgu Shida ni kt facebook bila ada kawan share, video yg lagu Kalau Berpacaran.

DeQdEq mula2 mmg igt Cikgu Shida nih lelaki beb….sbb dia pakai baju melayu dan songkok tu….mmg igt dia lelaki…Jadi tak heran sgt la kan kalau budak lelaki mcm nih. Bila dah blog walking lagi, baru DeQdEq tau yg rupanya dia mmg perempuan….Jadi bila dah tau dia perempuan, mmg ada terdetik skit, nape Cikgu Shida ni mcm ni ye…

Memang tak manis la kan perempuan mcm tu, tambahan kerjaya sebagai seorang cikgu menuntut kita untuk memberi contoh yang baik anak bangsa kita…DeQdEq tak nak la komen sgt pasal yg tak baik tu…DeQdEq pun x sebaik mana utk komen2 org lain…hehe

 

Kelebihan Dr Rozmey dalam bidang marketing memang x leh nak sangkal lagi. Kalau tak mustahil la produk dia yang Jus Mate 5 tu bleh terkenal seantero malaya nih kan. Sedangkan sebelum produk dia ada kt pasaran, dah berlambak pun produk2 macam tu, cuma tak la terkenal mcm produk Dr Rozmey nih.

Dr Rozmey memang berani dan berkeyakinan tinggi dgn filem pertama dia sehinggakan ramai yang memandang mcm berlagak plak mamat sorang nih kan…biar la dia, duit dia…hehehe..cuma tahap keyakinan yang tinggi tu, mmg walllah beb….

 

Taknak la membebel panjang-panjang lagi……nanti la sambung lagi….

Sebelum tu DeQdEq saja nak share video nih….enjoy ya…mari kita bersenam dulu….

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...