Saturday, 27 November 2010

Hai Cikgu Shida…….Dr Rozmey (akhir)

sambungan:

DeQdEq dah tak nak membebel panjang2 lagi pasal dua insan ni. takut kang, banyak pula salah dan silap pada mereka berdua…..nak jumpa bila raya nak minta maaf pun belum tentu lagi dapat…hehhee….pada yang tak baca lagi Part 1 dan Part 2, rajin2 la jenguk ye.

Ok la, DeQdEq cuma nak simpulkan sikit2 la apa yang DeQdEq nak cuba sampaikan sebenarnya….Kita kena bersangka baik pada sesama manusia, jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan ada rasa sombong atau tinggi diri yer….DeQdEq memang berpegang pada kata-kata berikut, yang dah lama DeQdEq dapat. Tapi x ingat sangat kata2 penuh, jadi DeQdEq search la, sib baik jumpa….thanx to http://www.usahataqwa.com/umum/sombong.html

 

Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap dan sifat takabbur atau sombong ini.

 

* Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

* Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

* Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

* Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

* Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

*Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

 

Ok la……tamat sudah tulisan Hai Cikgu Shida…….Dr Rozmey….rasa2 ada kesinambungan ker utk ketiga-tiga episod nih…hehehe

DeQdEq cuma ingin berkongsi rasa jer, harap jangan ada yang tersinggung dengan apa yg DeQdEq tulis nih…..juga untuk menjadikan peringatan utk diri DeQdEq sendiri dan juga semua…

 

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...