Wednesday, 24 November 2010

Kenapa lah ada manusia sekejam nih....


Baru ja layan blog kucing terbiar dot com, lepas tu ternampak ttg perkembangan 'adik' pasal kucing dr blogger lain plak....deqdeq pun click la nak tau kenapa dgn kucing yg dipanggil 'adik' tu....klu korg nak baca dgn lbih detail korg tgk la >>> SINI

Mmg deqdeq baca sambil mengalirkan air mata....deqdeq mmg sukakan kucing, sayangkan kucing....tp bila dtg bab2 kucing skt ke, mati ke...pendek kata yang sedih2 la.....deqdeq mmg x leh nak handle punya...pernah kucing deqdeq mati, deqdeq x sanggup pn nak tgk..padahal syg sgt kt kucing ni....jd tahniah sgt pada cik SUNYI SEPI atau mama, yang mmg tabah hati untuk menjaga kucing2 yang tak bernasib baik.....moga Allah murahkan rezeki anda dan juga semua insan yg benar2 menyayangi haiwan, bukan saja kucing....

kita sbg manusia, ada akal...jgn la nak menganiaya haiwan yg xada akal, bahkan haiwan2 ni tak berupaya pun nak sakiti kita.....janganlah kejam....sbg manusia, sepatutnya kita menggunakan akal, kaki, tangan, mata, hidung, kemewahan, harta, kereta dan segalanya yang dipinjamkan Allah pada kita untuk kebaikan, bukan utk kejahatan atau kekejaman...bersediakah kita nak menjawab dgn Allah nnt, apa yg kita lakukan dgn semua barang pinjaman-NYA....

Kita patut contohi dan pelajari sifat haiwan2 ni, yang mana mereka redha wlu apa pun Allah takdirkan pada mereka....tak kira susah atau senang mereka ttp memuji Allah....sedangkan anjing dan babi pun ttp memuji Allah sbg pencipta mereka, sdgkn mereka Allah jadikan sbg haiwan yang dikategorikan najis berat....tp mereka ttp redha...kita ni plak, br diuji skt, kita dah mengeluh itu ini kn.....dah tu x nak berusaha menjadi lebih baik....asyik nak salahkan takdir dan sebagainya.

Jadi, apa yg deqdeq kongsikan kt sini, mudah-mudahan menjadi peringatan dan renungan untk diri deqdeq sendiri dan juga kawan-kawan semua. Deqdeq pun akan berusaha utk menjadi hamba Allah yg lebih amanah dlm menjaga barang2 pinjaman-NYA...


No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...