Friday, 26 November 2010

STOP CHILD ABUSE

Rasa-rasanya mst ramai blogger semua dah tau dah pasal Kempen dari UNICEF ni kn...Tapi xtau la berapa ramai pula dah sahut kempen ni. Ataupun kat TV pun ada iklan pasal nih...cuma kita ni peka atau tidak dengan keadaan semasa....cewah..mcmla DeQdEq ni amik tau sgt...dah tertengok je iklan tu kt TV, nak berlagak plak kan...

Mcm DeQdEq ni pun, mula2 cuma pegi ke website UNICEF tu tuk join dan buat lukisan tangan tu je (bleh tgk gambar kt bawah tu ekk....x cantik pun sbb tak kreatif...hehhee), dah tu xder la plak buat entry pasal ni...Tapi, td baru jer terbaca entry dari ASROLMANIA yang bertajuk Ibu Sanggup Diperkosa Demi Anak| Kempen UNICEF Untuk Kanak-kanak, jadi DeQdEq terpanggil nak tulis juga pasal ni.

Then, bila tgk kat Facebook tadi, ada kwn letak satu video yg mmg bertepatan dengan kempen UNICEF ni. Korang tgk sendiri ok video kt bawah ni...penat2 DeQdEq download nak letak dalam entry ni...hehhe..




Bila DeQdEq tengok video ni tadi, rasa sedih ada, marah ada, geram pun ada juga.

Sedih sebabnya, kenapa makcik nih...makciik ok, klu pakcik mungkin la x sensitip langsung kn....kenapa xada rasa kesian simpati atau perikemanusiaan langsung buat budak kecil ni mcm nih. DeQdEq terus je teringat kat anak sedara DeQdEq (dah anak sendiri xder lagi kn...hehe), klu la anak sedara DeQdEq kena mcm ni...mesti DeQdEq dah nangis sangat2..Kalau korang plak xkan tak terasa langsung. Cuba kita fikir dan renung sejenak, kalau kita tak sanggup anak kita, anak sedara kita, atau sapa2 jua yang ada pertalian darah dgn kita diperlakukan mcm ni, tolongla juga bagi sokongan sekurang-kurangnya pada kempen UNICEF ni ok. Kita mungkin tak bleh nak tolong semua kanak-kanak yg menjadi mangsa dera ni, tp sekurang-kurangnya, kita dah ada buat sumbangan kecil pada diorg.

Marah pula sebabnya, kenapa gunakan kaki untuk 'cebok' budak kecil secomel tu....U ollzzz nih tau tak apa tu 'cebok'. 'Cebok' tu mksdnya basuhkan/cucikan berak budak kecil tu. Kejam betulla, kalau jijik sekalipun, jangan la gunakan kaki. Bukan ke Allah dah kurniakan tangan utk buat segala kerja, bukan satu tangan tp dua tangan lagi iaitu kanan dan kiri. Kenapa Allah jadikan dua tangan, sebabnya mcm ni la.....Tangan kanan gunakan untuk perkara yang elok mcm makan, memasak dan macam2 lagi. Tangan kiri pula gunakanlah untuk perkara yg x best tapi perlu juga buat sbb dah fitrah, contohnya nak 'cebok' td atau korek hidung..heheh..gurau skit ye...taknak la serius sgt plak..Kalau 'cebok' diri sendiri boleh kan guna tangan kiri tu, nape kat budak kecil tu xleh buat perkara yang sama. Kalau jijik pun pakai la sarung tangan kan....bernas tak idea nih....Kalau dah ditarik balik nikmat tangan tu baru padan muka, menyesal pun tak guna....dah waktu ada tangan taknak guna betul2, baik xada je.

Geramnyaaaaaaaaa......geram betul DeQdEq bila makcik ni boleh plak nak marah2 kat budak kecil ni. Rasanya mesti dia marah sebab berak agaknya, jadi menyusahkan dia nak kena 'cebok'....dah tu boleh plak makcik ni simbah2 air kt muka budak kecil ni mcm nak paksa minum air tu dgn kerasnya pegang rambut budak tu..kejam betul....geram betul DeQdEq dgn makcik ni tau....budak kecil tu mencari-cari ja tempat utk berpaut, tp makcik ni mmg hati kering agaknya....mcm langsung x ada perasaan. Cuba org buat kat dia macam tu baru ada akai agaknya.....

Ni baru satu dar beribu riban kes-kes penderaan, sama ada yang dilaporkan atau pun tak. Jadi, apa tugas kita, takkan cuma nak tengok ja kan. Cuba buat sesuatu demi menyahut kempen STOP CHILD ABUSE.

Terlalu banyak cara penderaan mereka yang tak berhati perut pada kanak-kanak. Ada yang secara fizikal macam dalam video ni. Ada juga secara mental mcm maki-maki dengan kata2 kesat. Yang paling DeQdEq tak boleh dengar yang mendera secara seksual. Manusia jenis apa agaknya mereka ni, bernafsu apa tah, sampai sanggup lepaskan nafsu pada kanak-kanak kecil. DeQdEq pun x bleh nak bayangkan mcm mana diorang sanggup mendera kanak-kanak. Pada DeQdEq orang yang macam ni semestinya ada masalah mental la. Kalau manusia normal mustahil la kan nak bertindak mcm org yang tak ada akal.

unicef


Marila sama2 kita menyahut kempen ini yer....DeQdEq cuma ingin membantu sekadar yang mampu dan berkongsi apa yang DeQdEq rasa....

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...