Friday, 24 December 2010

Awas!!! Kita berbuat dosa tanpa kita sedari

Sibuk berjalan-jalan malam nih, mata DeQdEq tertangkap pada satu tajuk di kotak recommendations dari storyanda.com, tajuknya ialah : senang-senang je dapat dosa time blogging.

  Sumber: woot-woot

Isu yang cuba diutarakan adalah isu biasa yang sehinggakan ramai yang hanya menganggap isu ni perkara kecil je.  DeQdEq ingin sampaikan di blog kecil DeQdEq nih, hanya demi menyampaikan ilmu dan dakwah. Andai apa yang dikongsikan oleh DeQdEq memberikan manfaat kepada semua pembaca dan juga DeQdEq, syukur alhamdulillah, sebabnya DeQdEq dah dapat tambahkan saham akhirat DeQdEq.

Kalau dah baca imej kat atas tu, rasanya korang mesti faham apa yang cuba disampaikan, ini berkenaan isu aurat sebagai seorang muslim. Sebagai orang Islam kita wajib menutup aurat dan kiranya tidak, hukumnya memang berdosa kan.

Jadi, di sini demi mengelakkan kita semua berbuat dosa tanpa disedari, baiklah deQdEq cuba kongsikan ilmu ni agar kita semua dapat manfaatnya dan saham akhirat kita bertambah-tambah bila kita sampaikan ilmu, orang amalkan…tak nak ke saham percuma macam tu, tak berhenti-henti plak tu. Macam kita dapat BE juga la…

KLIK pada gambar untuk menyahut kempen ini.

Jadi, andai bila terbaca entry DeQdEq nih, semoga terpanggil untuk sampaikan kepada yang lain. Tak salah kita cuba sampaikan….sekurang-kurangnya kita dah usaha jalan yang terbaik untuk sampaikan dakwah.

Bukan apa, bila di blog kita ni terpampang wajah-wajah hensem dan cantik, tapi tak tutup aurat, kita juga mungkin menanggung dosa bersubahat sebab mengizinkan gambar yang mendedahkan aurat. Tak pasal-pasal kita mendapat dosa tanpa kita sedari.

Harapan DeQdEq, semoga ini menjadi peringatan buat diri DeQdEq sendiri dan juga semua…lepas nih cuba untuk mula letakkan gambar yang menutup aurat yer, berjinak-jinak la dengan tudung perlahan-lahan dulu klu takut nak berubah secara drastik…lagipun sekarang ni, banyak jer tudung-tudung yang cantik-cantik….Rasanya bila bertudung bertambah cantik kalian semua.

Kepada saudari seagama dengan DeQdEq…anda juga saudara DeQdEq, DeQdEq sayangkan kamu..Harap jangan ada yang tersinggung dengan penulisan DeQdEq pada kali nih. Andai ada tersalah bahasa, sessungguhnya itu kelemahan diri DeQdEq sendiri.

Rujukan lain berkenaan isu nih, ulasan dari Ustaz Azhar Idrus >>>> TENGOK SINI

 

P/S: Rasanya lepas nih, DeQdEq kena kurangkan penggunaan gambar dalam blog, utk mengelakkan dosa-dosa yang kita tak sedari seperti ni. Entry yang ada gambar pun DeQdEq nak kena semak semula…mungkin perlu dibuang gambar2 yang tak sepatutnya. Harap maklum…

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...