Wednesday, 22 December 2010

Boleh ke dapat pulangan simpanan wang lebih dari ASB bagi?

Ok, DeQdEq sambung balik yer apa yang DeQdEq share sebelum ni pasal pulangan ASB…cukup ker? atau nak lebih lagi…klau yang belum baca lagi….ringankan tangan >>>> KLIK SINI

Dalam jadual di bawah ni, anda boleh lihat pulangan ASB untuk simpanan selama 1 tahun, 3 tahun (tanda hijau), 5 tahun (tanda biru) dan juga 10 tahun (tanda kuning). Juga anda boleh lihat pulangan ASB dari tarikh dilancarkan (since inception) spt yang DeQdEq telah tandakan merah.

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh yang tercatat pada jadual ini adalah setakat 31 Disember 2009. Jadi, pulangan untuk 1 tahun tu bermaksud anda menyimpan dari tarikh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009. Jika 5 tahun pula bermaksud anda menyimpan dari 1 Januari 2005 hingga 31 Disember 2009. 

ASB return 

Sumber: Master Prospectus 2010 (30 Jun2010 – 29 Jun 2011) - ASNB. com.my

Ok lah, DeQdEq tak nak menulis panjang-panjang lagi, nanti ada yang bertambah pening plak. Cuma DeQdEq ingin memaklumkan bahawa terdapat tempat simpanan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi dari ASB ni. Jadi, DeQdEq memang nasihatkan untuk diversify atau bahagikan pecahan wang simpanan anda. Jangan letak atau simpan dalam satu tabung jer…

Ibarat, kalau telur dalam satu bakul, kalau jatuh semuanya akan pecah…tapi kalau kita bahagikan telur dalam 2 atau 3 bakul, satu bakul pecah, ada lagi 2 bakul telur untuk kita.

Andai anda berminat untuk tahu dan membaca lagi pasal kewangan dan tips jimat wang dari DeQdEq….dengan rasminya DeQdEq ingin mengumukan kat sini yang DeQdEq telah melancarkan lagi satu blog khas untuk menurunkan ilmu tentang kewangan kepada semua terutamnya rakan-rakan blog. Tapi blog nih masih belum siap, masih banyak yang DeQdEq nak perbaiki….tapi maklumat tetap boleh disampaikan…

Jadi, lepas nih DeQdEq akan bercerita lebih banyak lagi pasal ASB, ASN dan lain-lain lagi setakat yang DeQdEq mampu. Bukan di sini….tapi JOM LA BERAMAI-RAMAI KITA KE  http://solusikewangan.blogspot.com/

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...