Wednesday, 15 December 2010

Bubur Ashura….puasa sunat Muharram

Sahaja aku berpuasa sunat Ashura di bulan Muharram kerana Allah Taala…Apa yang korang akan fikir bila sampai ja bulan Muharram dan paling tepat, 10 Muharram….org kita selalu panggil Hari Ashura…

DeQdEq plak paling suka bubur Ashura…mmg sedap…dulu waktu kat sekolah, mst ada buat gotong royong kacau bubur Ashura nih…mcm di tempat DeQdEq, bubur Ashura nih manis, dan bahan-bahan yang dimasukkan antaranya ialah pisang, ubi keledek, kacang kuda,,,tu ja yg DeQdEq ingat hehehe…

Bila berkawan dgn org2 timur dari Kelantan dan Terengganu, diorang kata bubur Ashura cara tempat diorang plak lain…diorang nih mcm ke arah pedas skit, sbb letak daging dan rempah….

Kalau kt selatan kalau tak silap DeQdEq la, bubur Ashura cara selatan mcm Bubur Lambuk…sebabnya seingat DeQdEq wkt kat UiTM Shah Alam, kolej penginapan DeQdEq ada la diorang buat bubur Ashura dan bagi2 pada setiap bilik…DeQdEq dah mmg berharap bubur Ashura mcm dlm gambar kt bawah nih..tp skali tgk mcm bubur lambuk la….pelik juga….diorang nih yg confuse atau mmg cara diorang masak bubur Ashura mcm tu…

Pada yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram,,,selamat bepuasa…..

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...