Monday, 20 December 2010

Dakwah Muharram, Iman Dunia…Ustaz Rock…ok ker? kalau ustazah rock plak…mcm mana?

DeQdEq penah share pasal drama sempena Awal Muharram lepas…drama lakonan Aqasha tu….drama bertajuk Dakwah Muharram…nak tau…bolehla >>> TEKAN SINI. Ramai betul yang minat pasal drama nih….rasanya minat diorang nih sama mcm DeQdEq sebab nk cari lagu yang bertajuk ‘Iman Dunia’ tu…sedap sgt alunan lagu tu…mmg sedap dan indah senikata dan susunan lagunya…jadi DeQdEq mencuba tuk mencari lagu tu…..TENGOK SINI. Kalau tgk pada statistic, key word yang menyebab ramai yang singgah blog DeQdEq ni antaranya ialah Iman Dunia dan Dakwah Muharram la…sbb mereka semua pun sama mcm DeQdEq dok mencari-cari lagi lagu Iman Dunia…mcm mana nak dpt nih…

Dlm kalangan pengunjung blog DeQdEq, ada seorang insan meninggalkan komen berbunyi:

dakwah muharam

Al-Farabi band…siapa tu? mereka penyanyi asal Iman Dunia ke…jadi DeQdEq pun mula search pasal Al-Farabi band nih…tp tak jumpa pun lagu Iman Dunia tu….Apa yang DeQdEq jumpa adalah pasal Al-Farabi band…bila baca pasal diorang agak terkejut juga….korang teruskan membaca ok…

Inilah Al-Farabi Band

Al-Farabi Band dianggotai oleh Mohd Nazri Alias, 37, selaku vokalis dan pemain gitar 1, Fazrina Ghazali, 36, (gitar 2), Ahmad Nasie Mohd Nawawi, 24, (vokalis), Mohd Shuhaimi Elias, 23, (dram), Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzukifli, 20, (keyboard 1), Mohd Akmaluddin Mat Zawawi, 21, (keyboard 2) dan Mohd Nizam Alias, 42, (bass), mereka bekerja satu bumbung di syarikat multimedia, To Create Sdn Bhd, melainkan Mohd Nizam, seorang jurutera syarikat swasta lain.

Cukup mengagumkan apabila satu-satunya bunga dalam Al-Farabi Band, Fazrina atau Rina, berimej tudung litup tetapi mahir bermain gitar. Rina adalah isteri kepada ketua kumpulannya, Mohd Nazri.

Mohd Nazri berkata, awalnya mereka bermain muzik hanya suka-suka. Mereka merakamkan aktiviti yang dilakukan dan menyiarkannya di internet. Tanpa disangka, muzik yang dihasilkan mendapat perhatian ramai pelayar internet. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal mereka >>> TENGOK SINI 

Kulit album Al-Farabi Band

Emmm….apa pendapat korang…ok tak klu ustaz dan ustazah rock mcm nih…hehheheh…DeQdEq x pandai nak komen dari sudut agama kerana ilmu masih cetek. Tp apa yang DeQdEq tgk dari band nih, it’s quite cool beb….ye la, dengan imej yang berserban mcm nih tapi boleh bermain alat muzik sehebat band-band lain….silap hari bulan kumpulan Hujan,Bunkface pun bleh kalah dgn diorang nih…yang lagi sempoi ada wanita juga dlm band ni dengan bertudung litup ok…boleh bermain gitar…

Kalau dengan imej mcm nih mesti org kata pegi masjid je la…buat apa nak gig, jamming semua nih…hahahha…apa2 pun mcm yang pernah DeQdEq suarakan, apakah boleh pendekatan seperti ini dilakukan demi menyampaikan dakwah pada anak-anak muda seperti yang telah digarap oleh Erma Fatima dalam drama Dakwah Muharram….cerita nya KAT SINI

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...