Sunday, 12 December 2010

Friendly blog award

Malam nih merupakan sesi menyiapkan tag dari kawan-kawan blog…hehehee….kang klu tak disiapkan mmg bercambah la biji benihnya dekat Windows Live Writer DeQdEq….seatakat tulis tajuk tp tak tulis2 dan tak post pun entry…..

So, utk award nih, DeQdEq di tag oleh Cik Affizza plak….Friendly Blog Award nih merupakan pemberian blog Cherita Budak Kecik…..jadi meh kita tengok apa yang nak kena buat utk menerima award nih…

DeQdEq kena jawab beberapa soalan dulu….Berikut soalan2 dari Budak Kecik:

1. Apa pendapat anda tentang blog Cherita Budak Kecik

Pada pendapat DeQdEq, blog adik nih kemas dan teratur. Yang pentingnya semua nampak jelas dan tak berserabut dgn widget2…..bila dah tak serabut maksudnya blog pun cepat jer loading bila nak buka…..pada DeQdEq adik mmg pandai dan kreatif dlm menata rias blog nih..heehhee…mcm mana adik buat yang energy saving mode tu…apa2 pun blog adik pasti menggamit kedatangan DeQdEq lagi ke blog Budak Kecik nih…sebabnya blog kemas, DeQdEq mmg suka blog yang kemas dan teratur juga tak serabut dgn macam 2 benda….Gud luck dear.

2. Tempat yang paling nak lawati?

Tempat paling DeQdEq nak lawati….emmm…tak pasti la….tapi satu tempat yang DeQdEq bercita-cita nak pegi bila nak berbulan madu nanti ialah Resort Tasik Pedu….walaupun org Kedah dan Tasik Pedu tu pun kt Kedah juga, tapi DeQdEq tak penah pun sampai lagi…jadi berangan2 la nak pegi sana dgn hubby nnt….hhehehehe….ntah bila la tu…

3. Berikan 3 perkara tentang diri anda.

3 perkara tentang DeQdEq….pertama, DeQdEq anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga. Kedua, DeQdEq lulusan dari UiTM dalam jurusan Sains dan Teknologi Makanan. Yang ketiga, sekarang dah bekerja sebagai consultant CIMB Wealth Advisors.

4. Tag 5 bloggers

Cik Pikok

Bambaram

Mama 3H

Puan Stoberri

Seri Bahasa

Ok, jadi mari semua kita berkenal-kenal dan mengeratkan silaturrahim…..

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...