Saturday, 18 December 2010

Kesihatan: Tukar…jangan tak tukar (Part 1)

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu untuk semua…selalunya bila hujung minggu ni la ramai yang ambil kesempatan untuk keluar berjalan-jalan, dating, tengok wayang dan buat aktiviti luar. Ada juga sesetengah lebih suka menghabiskan masa di rumah sambil berehat dan menonton TV di rumah setelah penat bekerja. Terpulang la pada individu, mana yang best, mana yang suka.

Macam DeQdEq, hujung minggu ni,memang sibuk dengan kenduri kawen…ari ni saja ada 5 jemputan dari kawan-kawan satu sekolah dulu….uish…banyak betul kenduri ari ni…semua pun nak kawen….DeQdEq ni la yang melopong juga tengok orang kawen…hahahha…

Sebenarnya, ari ni DeQdEq nak kongsi skit dengan korang semua tentang artikel berkenaan kebersihan dan kesihatan yang DeQdEq baca dari Mingguan Malaysia bertarikh 12/12/2010 iaitu minggu lepas la…mesti ramai yang dah tau atau ramai juga yang belum tahu pasal nih…rupanya, barang keperluan harian kita di rumah banyak yang kita kena tukar lepas nih, percayo la cakap den ni ha…hehehe…Jadi, yang tak ada buat apa hujung minggu ni, boleh la cuba tengok barang-barang kat umah tu…kot2 ada yang dah berkurun pakai tak penah2 tukar.

Ok, jom kita buat semak…macam mana keadaan barang-barang ni, perlu ke nak tukar, buat apa nak tukar..layannnn…zasssss….

 

Berus rambut

Tukar: Cuci setiap minggu menggunakan air panas. Tukar apabila bulu-bulu berus rosak.

Sebab: Kajian mendapati 1mm folikel rambut boleh menyumbang kepada 50,000 gem dan berus rambut boleh menjadi punca keadaan tersebut. Penyelidik dari The Institute Of Trichologists mendapati, berus mengumpul lebihan produk-produk rambut, menjadikannya melekat dan menarik kekotoran.

Apa kata DeQdEq:

Dah penah tukar belum sikat korang pakai tu…Jangan2 dah berkurun pakai…gigi sikat pun dah tak ada agaknya…hehehe…Sikat ni mmg perlu kita cuci sebab klu kita tgk kat sikat tu, ada kotoran yang melekat, nak kata kelemumur yang dah menebal pun yer gak. Korang penah tengok tak kebersihan sikat/berus rambut korang nih….Tak penah?Ish..ish..agaknya dah berapa cm dah kotoran kat sikat/berus rambut korang.

Jadi, lepas nih yang tak penah basuh sikat/berus rambut tu, baik korang buang je dan beli sikat/berus rambut baru ok…kalau tak nak tukar sikat baru pun, rendam dan basuh la sikat/berus rambut tu plg malas sebulan sekali dengan air panas letak shampoo….ni yang DeQdEq selalu buat…sbb penah baca kat mana tah dulu, DeQdEq x ingat dah…rasa mcm kat Majalah Mingguan Wanita…kan majalah ni banyak sangat petua dan tips.

 

Berus gigi

Tukar: Setiap tiga bulan.

Sebab: Kajian menunjukkan berus gigi yang digunakan lebih tiga bulan kurang berkesan. Virus seperti hepatitis B dan C boleh merebak menerusi perkongsian berus gigi.

Apa kata DeQdEq:

Yang pasal berus gigi ni rasanya ramai dah tau kan….mmg doktor gigi menyarankan kita tukar berus gigi 3 bulan sekali, pastu pegi check gigi 6 bulan sekali. Ni semua langkah-langkah nak bagi gigi cantik dan kuat. Yang tukar berus gigi DeQdEq ikut la 3 bulan sekali, wlupun secara fizikalnya berus gigi masih elok dan cantik. Jangan la plak ada yang tunggu berus gigi tu dah kembang baru nak tukar…korang penah tengok tak berus gigi yang dah kembang nih….ntah berapa lama agaknya pakai berus gigi tu sampai dah kembang.

Lebih kurang mcm ni la berus gigi kalau dah lama sangat pakai dan tak penah tukar….korang punya berus gigi mcm mana? mcm ni ker?hehehe…tukar tau jangan tak tukar. Tak yah la sayang sgt nak tukar berus gigi tu yer

 

Pisau pencukur

Tukar: Selepas dua atau tiga kali cukuran.

Sebab: Geseran di antara kulit dan pisau pencukur boleh menyebabkan ruam cukuran. Jangan berkongsi pisau pencukur untuk mengelak jangkitan pada kulit.

Apa kata DeQdEq:

Penggunaan pisau cukur ni sememangnya lebih kepada lelaki, tapi ada juga wanita yang pakai pisau cukur nih…utk apa? lu pikir la sendiri yer…semua pun dah besar kan…xyah la DeQdEq nak bgtau guna untuk apa kan…heheh…

Kalau pakai pisau cukur yang boleh tukar mata pisau tu lebih bagus, jimat duit juga, yela cuma pelu beli mata pisau jer…kalau nak beli pisau cukur selalu kang byk plak kuar duit…ye ke tak..mahal ke pisau cukur nih….tgk jenis la juga…mmg ada yang mahal, tp ciri-ciri kebersihan pun tinggi la…terpulangla nak pakai yang mana….yang penting korang rajin tukar yer…

 

Sumber: Mingguan Malaysia|Kesihatan

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...