Monday, 20 December 2010

Kesihatan:Tukar…jangan tak tukar (Part 2)

sambungan dari Part 1:

Coli

Tukar: Setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan. Elak menggunakan bahan pelembut fabrik. Bahan tersebut boleh merosakkan lycra pada coli.

Sebab: Payu dara dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen Cooper. Lantunan berulang disebabkan coli yang longgar boleh menyebabkan payu dara mengendur. Kebiasaannya penyokong yang dipasang pada coli akan menjadi kurang berkesan selepas tiga bulan.

Penyelidik daripada Jabatan Sains Latihan dan Sukan Universiti Portsmouth mendapati, payu dara wanita akan melantun sehingga 135 meter atau hampir empat kilometer semasa maraton.

Apa kata DeQdEq:

Rasanya semua wanita mempunyai banyak coli…maklumla nak padankan warna, kalau boleh dari atas bawah nak sama warna, dalam luar pun nak sama warna juga wlupun org x nampak…heheheh…tp, walaupun ada byk coli, adakah coli-coli itu masih berfungsi dengan baik. Sebagai wanita penting utk kita menjaga aset penting kita iaitu payudara. Jadi, antara langkah yang boleh dipraktikkan ialah:

1) Pastikan memilih saiz coli yang betul, ini sgt penting kerana ramai wanita tidak membeli coli mengikut saiz sebenar.

2) Pilih coli yang berkualiti iaitu yang dapat menampung payu dara anda,sama ada ‘full cup’, ‘half cup’ dll.

3) Jangan mencuci coli menggunakan mesin basuh,kerana ini boleh menyebabkan coli rosak dan hilang fungsinya.

Sebelum ni DeQdEq penah terbaca, kalau nak cuci baju dalam dan seluar dalam rendam la dengan pelembut fabrik mcm Dowby tu…tp artkel ni menyatakan yang sebaliknya la plak…DeQdEq xpasti la mcm mana…sbb DeQdEq pun suka juga rendam dgn Downy…wangi….apa yang penting pemilihan dan pemakaian coli yang betul. Kalau dah longgar-longgar tu mmg patut la buang terus coli tu yer.. 

Tuala mandi

Tukar: cuci seminggu sekali pada 60°C dan jangan kongsi tuala.

Sebab: Jangkitan, terutama masalah kulit mudah merebak menerusi tuala.

Apa kata DeQdEq:

Tuala memang perlu dijaga dan dicuci dengan baik. Keadaan lembap tuala selepas kita pakai mmg boleh menyumbang kepada pembiakan bakteria. Jadi, tak baik utk kesihatan kulit. DeQdEq memang basuh tuala atau tukar tuala seminggu sekali. Dulu mmg basuh guna air panas, tp skrg mcm malas plak…hehehe….tp skali skala kena jug arendam dlm air panas tuala kita, bagi semua bakteria yang ada terkejut dan mati…hehheh..

Berkongsi tuala mmg la sgt2 tidak elok diamalkan okey….pinjamkan tuala kita pada org lain pun tak patut sebenarnya. Pengalaman DeQdEq satu ketika dulu, kawan dtg rumah, jd kita bagila pakai tuala kita yang bersih kan, lepas dia dh balik, DeQdEq basuh la…tak la terus pakai tuala tu…itu dah nama berkongsi tuala plak…Wlupun dah basuh, tak cukup bersih…mmg kena basuh dgn air panas….sebabnya slps tu, DeQdEq mmg gatal-gatal satu badan dan muncullah bintik-bintik yang menyebabkan seluruh bdn2 jd gatal….bila jumpa pakar kulit, mmg Doktor kata kena jangkitan kulat. Doktor suruh basuh semua tuala, pakaian, cadar dengan air panas. Lepas tu basuh baju pun tak bleh bercampur dengan baju orang lain.

Nampak tu, betapa pentungnya kita menjaga kebersihan diri dan seluruh pakaian luar dan dlm…sebab klu tak…senang ja nak dpt penyakit.

Kasut joging

Tukar: Setiap 250-500 batu.

Sebab: Berlari menggunakan kasut lama mengundang risiko cedera dan jangkitan. kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah dipam.

Apa kata DeQdEq:

Aduh…pasal kasut joging nih nak ckp byk pun tak tau…hehhe…maklumla malas sgt kalau bab2 joging ni..huuuhuhu….sebab tu la makin menembun je skrg nih….tapi apa yang DeQdEq tau, kasut joging mmg kena pilih yang begitu berkualiti sebab nak menahan hentakan kaki bila kita berlari tu…dr segi kebersihan, tak sangka plak la kasut sukan lama boleh membiak kulat 100 kali lebih byk berbanding tandas yang telah dipam….mcm mana tu….huhuhu…ye la kan, saper kat sini yang basuh kasut joging anda….penah basuh ke…kalau tak penah, mg la kulat boleh jer membiak kan….

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...