Sunday, 12 December 2010

Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain

Maher Zain datang lagi….sapa2 yang minat dgn Maher Zain, nih ada lagi sati konsert dr Maher Zain….tp Konsert nih lebih kepada majlis amal utk anak2 di Rumah Titian Kaseh…..jadi di samping anda berhibur, bleh juga beramal kepada anak2 yang kurang bernasib baik mcm mereka nih….>>>>> tengok SINI

155538_179336498758533_178701122155404_585541_3410890_n.jpg

Antara petikan dari donateforummah.com:

“Program terakhir Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia(Muslim Aid) sebelum menutup tirai tahun 2010 dan program pertama bagi 1432H ialah Majlis Malam Amal Setulus Kaseh. Program makan malam amal ini merupakan kerjasama antaraMuslim Aid dengan Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy (IMC) dan alumni ESQ.

Majlis makan malam amal yang akan diadakan di The Summit Hotel, Subang USJ ini bertujuan untuk membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) mengumpul dana bagi membeli rumah yang mereka diami sekarang.

Dalam masa yang sama kini penghuni RTK dalam proses pindah ke rumah mereka kedua yang terletak di rumah perempuan di Taman Tasik Titiwangsa. Selepas 13 tahun menghuni di Lorong Maran, kini mereka terpaksa berpindah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dengan sebab ini, inisiatif timbul dari rakan-rakan Muslim Aid di IMC dan alumni ESQ untuk mengadakan Majlis Makan Malam Amal Setulus Kaseh. Majlis amal ini akan diadakan di The Summit Hotel Subang USJ pada 26, 27 dan 28 Disember 2010.”

 

Jadi, pada semua yang berminat, boleh tengok detail kat link di bawah yer…sama2 kita membantu…andai tak dpt membeli tiket utk konsert amal nih, jom la sama2 kita sebarkan pasal konsert amal ni supaya habis tiket2 di jual dan semoga kita dapat membantu anak-anak di Rumah Titian Kaseh ini…..

http://muslimaidasia.com/content/view/265/1/lang,en/

http://www.donateforummah.com/2010/12/makan-malam-amal-setulus-kaseh-bersama.html

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...