Friday, 17 December 2010

Menjana pendapatan pasif dengan menulis blog….BE oh BE

Tajuk enry kali ni terasa mcm nak buat karangan dalam peperiksaan SPM kertas Bahasa Melayu je rasanya, mmg ayat skema je..hehehe…DeQdEq saja je,nak menggunakan Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin…sedap bahasa melayu kita ni sebenarnya….sapa lagi kan nak memartabatkan bahasa kita, kalau bukan kita sendiri…tapi semestinya ada juga bahasa-bahasa pasar atau loghat yang pastinya DeQdEq akan tulis juga dalam blog nih sebabnya nak lebih mesra dan dekat dengan pengunjung blog DeQdEq….ye la, ibaratnya DeQdEq macam berbual dengan pengunjung blog DeQdEq ni la…jadi ayat-ayatnya mestila nampak lebih mesra pengguna…hehehe…

Apahal plak DeQdEq di petang-petang Jumaat nih…ntah la, mcm terpanggil plak nak cuba memartabatkan bahasa melayu di penulisan blog nih…walaupun rasanya kertas Bahasa Melayu waktu SPM dulu cuma dapat A2…hehhehe…nama ja Melayu, tp Bahasa Melayu pun tak leh score A1….

Panjang plak DeQdEq membebel ye petang nih…sebenarnya DeQdEq nak share pasal menjana pendapatan pasif melalui blog nih….DeQdEq baru sebulan aktif menulis blog nih, dan telah mendaftarkan blog DeQdEq ni dengan Nuffnang dan juga Churp Churp..sebabnya ramai yang citer diorang dpt duit dari sini..Jadi, DeQdEq pun nak juga kan tambah rezeki dalam suka-suka nak menulis blog dan menambah kenalan.

Cuba tengok gambar kat bawah nih…saper boleh tolong jawab dan terangkan pada DeQdEq….apakah ini yang dikatakan Buffered Earning (BE) seperti blogger-blogger lain selalu perkatakan…..tolong yer sapa yang dah mahir dan tau…DeQdEq sememangnya msh blur la pasal BE nih..hehhehe…

nuffnang 1 Nuffnang.com.my

Terkejut juga tadi bila buka akaun Nuffnang, selalunya DeQdEq akan tgk kat analytics tu je…walaupun trafik tak sekencang mana, mesti nak belek juga…macam dah jadi satu kemestian plak pada DeQdEq…hari-hari mesti check analytics tu…tapi td bila cursor lalu kt bahagian earning, ternampak la RM 0.75….Tak banyak pun..hehhe…tapi macam hairan juga la…mcm mana lak dah boleh dpt earning nih…sebab slalunya klu dapat earning bila dapat BE kan..

BE plak dapat bila dah lama maintain trafik blog kita…mcm Abg Ben penah tulis…6 bulan mcm tu..tapi DeQdEq baru je sebulan…jika benar la ini yang dikatakan BE, alhamdulillah….

Sebab,sebelum ni pun DeQdEq cuma citer yang DeQdEq dpt earning dari Churp Churp je, padahal orang lain duk sibuk dgn BE…kalau yang blum baca lagi, boleh la ringankan tangan >>>> TENGOK SINI.

Jadi, DeQdEq tak adalah sibuk pasal BE dah abang Ben ckp lebih krg 6 bulan kita atif dan maintain trafik, boleh la dpt BE…kalau saper yang nak baca pasal Abg Ben tulis tu tengok plak >>>> SINI

 

 

 

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...