Friday, 10 December 2010

My 15

Hari nih DeQdEq dpt tag dr cik Mickey Eyqa. Emmm….memang menarik la contest nih…diunjurkan oleh Cik Qarl dgn projek 15…..nampak mcm senang jer, senaraikan 15 item psl diri kita…tapi lama juga DeQdEq dok berfikir, apa yang ada, apa yg boleh dikaitkan dgn DeQdEq…korang kalau berminat tgk >>>> SINI

Here is DeQdEq’s 15

P1010198

Ini merupakan kereta pertama DeQdEq….iaitu kereta kancil…Kancil ni la yang banyak menolong dan membantu DeQdEq…dah jauh perjalanan DeQdEq dengan menaiki kancil nih….mmg sayang sgt la dgn Kancil nih…kalau nak beli keta baru pun, DeQdEq taknak jual Kancil nih. Banyak kenangan dan jasa Kancil DeQdEq nih.

Ini plak merupakan tempat pertama DeQdEq menimba pengalaman bekerja dan mencari rezeki dari hasil titik peluh sendiri. Pertama kali dapat gaji sebanyak RM 850…..dah rasa ckp besar sgt wkt tu…DeQdEq buat kerja part time kt 7-eleven nih sbb nak pakai kereta kancil nih punya pasal la. Nak kena la cari duit lebih, waktu tu masih belajar.

P1010454

Ini plak adalah Teammate atau officemate DeQdeq di CIMB Wealth Advisors (CWA)…Pekerjaan yang DeQdEq suka sangat sebab dapat berjumpa ramai orang dan DeQdEq dapat membantu ramai orang dalam pengurusan wang dan harta mereka.

P1011037

Bila dah bercakap pasal kerja, barang-barang dlm gambar nih merupakan barangan yang WAJIB ada dalam beg tangan DeQdEq…..sebabnya semua barang nih perlu utk melancarkan kerja DeQdEq bila berjumpa dgn client. Barang-barangnya, mestila kalkulator, thumb pad utk amik cap jari client, pen utk menulis la kan dan juga card holder.

P1010511

Dua ekor si hitam manis nih plak adalah kucing-kucing DeQdEq kat kampung. Nama diorang Tam & Gam sebabnya dua2  nih bulunya hitam legam…hehhe….ni lah pengubat di kala hati DeQdEq sedih….Tam & Gam la akan menghiburkan DeQdEq…. 

Cadbury Black Forest merupakan coklat kegemaran DeQdEq….mmg kalau nak makan coklat, ni la pilihan DeQdEq…tambah2 bila nak datang bulan, wkt tu mmg nak sgt makan makanan manis….ni la salah satunya yg DeQdEq akan cari….hehehe

Ni plak merupakan hadiah dari Abang dan Kakak ipar DeQdEq sebab DeQdEq tolong jagakan anak sulung diorang, dekat United Kingdom lagi wkt tu….merasa la DeQdEq menjejak kaki kat tempat orang buat pertama kalinya….diorang hadiahkan CD ni sbb DeQdEq mmg minat sgt dgn kumpulan Westlife. jadi CD mmg amat bermakna pada DeQdEq….sbb ada semua lagu2 hitz Westlife.

Perfume nih plak kegemaran DeQdEq, walau dah jumpa banyak jenis perfume, perfume Ralph Lauren RALPH nih tetap di hati DeQdEq.

DVD ‘The Secret’ ni plak mmg memberi impak yang sgt best….mcm terbuka juga minda DeQdEq bila tgk DVD nih.Korang dah pernah ke tgk ‘The Secret’ nih? Best…boleh dijadikan motivasi di kala kita rasa tak bersemangat.

Selepas DVD ‘The Secret’, kesinambungannya plak pada DeQdEq adalah buku nih…’Law of Attraction’….DeQdEq mmg suka mencari sesuatu yg dapat boost motivasi DeQdEq….maklumlah kerja mcm DeQdEq nih mmg kena ada semangat dan motivasi yang tinggi.

P1011036

Heheheh…ni plak merupakan teman setia DeQdEq…botol air…DeQdEq nih mmg tak leh berenggang dgn botol air, kalau tak mst kurang la DeQdEq minum air. Jadi, dah jadi tabiat DeQdEq utk bawa botol air ke mana saja utk memudahkan DeQdEq minum air masak. Kalau yang botol penutup biru tu utk kat umah, jadi bila tgh blogging ke, tgk TV ke, masuk tidur ke, botol air nih sentiasa ada di sisi. Botol air yang hitam tu plak DeQdEq bawa bila bak kuar umah…jadi dalam kereta ke, pegi kenduru ke, air masak kena ada dlm kereta….kalau lupa bawa, mesti beli air mineral kat Petronas….

ESQ 165…korang penah dengar? Ini merupakan HR training yang sgt2 best…..yang telah berjaya membuatkan DeQdEq merasa cinta Allah tu dekat je dgn kita…training nih membuatkan kita sedar kerja juga adalah ibadah dan jambatan utk kita ke syurga…pendek kata ESQ nih, berjaya memberi satu sinar baru dalam hidup DeQdEq dan berjaya ubah prinsip hidup DeQdEq.

image

Zaharuddin.net…sapa yang tak tau kan…kat sini la tempat DeQdEq slalu singgah utk mencari soal jawab berkaitan agama . Zaharuddin.net banyak membantu dari segi penerangan dan contoh yang begitu jelas pada kita.

Haa……skrg nih impian DeQdEq nak kawen….hehehe….ye la umur pun dah meningkat kan…dah tu kawan2 pun semua pakat dok kawen…..bln 12 nih je berderet-deret jemputan kawen dari kawan2….jeles tau…huhuhu

Akhir skali, kereta impian…..semoga setahun dari sekarang DeQdEq dapat menggengam kunci kereta Merce C200 nih…dengan izin Allah, dgn cukup usaha semua impian pasti boleh dicapai….

 

Sekian sudah DeQdEq persembahkan 15 item berkaitan dgn DeQdEq.

Nih kawan-kawan yang DeQdEq nak tag, sebabnya DeQdEq nak tau juga apa item diorang…hehehe

Cik Lekik

Asrol Mania

Eyriqazz

Cik Epal

Hhehehe…tak bleh tahan…nak tag Eyriqazz dan cik epal tu…kalau sudi join la yer, sbb DeQdEq teringin juga nak tau 15 item Eyriqazz dan cik epal.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...