Thursday, 23 December 2010

PANAS!!! Baru 1 hari buat blog…trafik terus kencang

Superb, marvellous, fantastic….apa lagi yang boleh DeQdEq katakan..kalau baru sehari buat blog dah boleh dapat trafik yang kencang…DeQdEq yang dah sebulan nih pun duk tgh merangkak lagi, duk fikir mcm mana nak tingkatkan trafik ke blog DeQdEq nih…macam-macam cara la DeQdEq cuba kan untuk tingkatkan trafik. Sebagai contohnya, join segmen Ben Ashaari…memang membantu…jadi sapa-sapa yang masih baru dlm blogging nih, rajin-rajinkan diri join sama yer…

Sebab apa tajuk entry kali ni macam gempak jer…sebabnya orangnya pun gempak…rasanya ramai malam ni yang berbicara pasal JU…dia lah orangnya…kalau JU betul seorang blogger, mmg dah boleh terkenal sekejap jer…sebabnya trafik meningkat kat sembangkosong.com, hanya disebabkan JU.

Malam nih, DeQdEq dpt mesej kat shoutbox dari seseorang utk ke blog dia, baca entry terbaru mengenai insan bergelar JUmesej tu adalah dari sembangkosong.com. DeQdEq pun dengan rasa ingin tau yang tinggi, singgahla ke sembangkosong.com. Rupanya memang dah ramai yang singgah…macam dah kenduri kawen plak, meriah sungguh kat sana…apa lagi….korang pun jangan ketinggalan, cepatla pegi sebelum nasi dan lauk habis….TEKAN SINI

Cuma DeQdEq terkejut sebenarnya, sebab ini kali pertama DeQdEq tengok pertengkaran mcm ni dalam dunia blog….ye lah DeQdEq pun baru sebulan kan aktif menulis blog ni. Jadi, bila tengok apa yang berlaku, mcm terkejut pun ada, kelakar pun ada, rasa kesian pun ada….macam-macam la…semuanya bercampur baur…

Kalau JU ada baca apa yang DeQdEq tulis nih, jangan la plak maki hamun DeQdEq yer…DeQdEq tak nak cari gaduh dengan sesiapa pun…rasanya JU dan semua pun lebih tau kan…bergaduh ni cuma merugikan diri sendiri jer…ada ke dapat untung kalau bergaduh, bertengkar, maki hamun segala….tak baik kan…

Isu yang berbangkit dan menyebabkan suhu semasa begitu panas sekali adalah pasal plagiat @ plagiarism @ copy/paste @ meniru dan yang sewaktu dengannya…

plagiarism1 Gambar : sumber dari SINI

Memang isu ni sangat-sangat la hangat diperkatakan hanya disebabkan JU. Kalau waktu kat Universiti dulu pun pensyarah mmg melarang utk copy/ paste ni kan…DeQdEq tak nak komen banyak2 sebab DeQdEq pun masih baru lagi dalam dunia blog ni…tapi pada DeQdEq, semua blogger tahu dan pandai tentang adab dalam ber ‘blog’ nih….jadi masing-masing ada cara dan strategi masing-masing untuk menulis blog.

Kita patut hormati juga, kalau ada yang tak betul, tak salah untuk menegur…tapi biarlah caranya juga betul bila kita nak menegur…Hidup di dunia blog dan dunia sebenar juga kurang lebih sama kan, kita saling memerlukan, jadi kita perlu saling membantu antara satu sama lain…

Sekian dari DeQdEq…DeQdEq minta maaf andai ada tersalah bicara, tak ada niat untuk menyakiti siapa-siapa….kalau DeQdEq salah, DeQdEq dengan hati terbuka menerima teguran,tapi cakap la baik-baik yer…

1 comment:

athirah said...

br sebulan blogging... mcm dh lama je gaya nye... nway.. good luck :)

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...