Thursday, 9 December 2010

Penghijrahan Amir Ruffedge

Amer Munawer atau lebih dikenali sebagai Amir Ruffedge kini telah berubah imej dan melakukan penghijrahan. Amer kini telah berubah imej dan merakamkan lagu berunsurkan dakwah.

Amer Ruffedge

Menurut penyanyi yang menjadikan Babyface, Yusuf Islam, Sami Yusuf sebagai kompas. Lagu ini adalah lagu yang melahirkan perasaan rindu dan kasih kepada Sayyidina Muhammad Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.

Ia banyak menceritakan tentang beberapa keistimewaan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w, dimulakan dengan kisah tentang bulan yang pernah menyaksikan/terdapat dalam hadis tentang kisah pembelahan bulan oleh Baginda bagi membuktikan mukjizat kenabiannya.

Menurutnya lagi /”Seluruh Mahabbah adalah sebuah ekspresi yang dilahirkan oleh saya sendiri untuk menyatakan harapan untuk memberi seluruh kecintaan dan kasih kepada Baginda Rasulullah s.a.w.”/ Setelah lebih 3 tahun tidak melahirkan sebarang bentuk karya, Amer Munawer Yusoff mengharapkan karya ini menjadi ‘pembuka’ untuknya terus berkarya.

Menurut KC Ismail, Ketua Unit Muzik, Alibi Music “Kami berasa amat bangga dengan karya yang dihasilkan oleh Amer Munawer, kelainan yang dibuat secara total olehnya memberikan warna baru buat industri muzik tempatan.” Mungkin pendengar sudah biasa mendengar muzik nasyid dari kumpulan nasyid, dan kini hadir seorang penyanyi solo yang membawa mesej yang sedemikian namun dibawakan di dalam nada irama yang berbeza.

Ujarnya lagi, jika pemuzik luar berbangga dengan kehadiran Yusoff Islam, Maher Zain dan Sami Yusuf, diharap pendengar muzik tempatan dapat menerima imej dan muzik yang dibawakan oleh Amer Munawer.

Sumber: budiey.com

Gambar: Amer Munawer (budiey.com)

Lagi bercahaya plak DeQdEq tengok muka Amer nih…alhamdulillah mana tau Amer boleh berjaya macam Maher Zain dan boleh realisasikan dakwah dgn buat konsert kat Bukit Bintang mcm dalam citer Dakwah Muharram >>>> SINI yang baru ditayangkan kat TV3 pada malam 1 Muharram lepas. Cerita yang sgt best, lakonan Aqasha pun mantap sgt…..terasa nak suami mcm tu…Ustaz Rock ok….hehhehee

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...