Saturday, 25 December 2010

Saya Blogger Kedah

Mula-mula bila DeQdEq nampak tajuk entry blogger kat dashboard tu ada macam-macam, tapi semua tulis Saya Blogger …… mengikut negeri masing-masing. Kalau Pahang, Saya Blogger Pahang, kalau Selangor plak, Saya Blogger Selangor…

Pelikla juga, jadi lompat la masuk ke blog-blog nih…rupanya BPM menganjurkan segmen untuk blogger mengikut negeri….menarik sangat konsep nih…sekurang-kurangnya boleh juga kenal blogger dari satu negeri kan…

Sapa-sapa kat sini Blogger Kedah macam DeQdEq jom kita ramaikan senarai blogger Kedah….biaq kita yang ada ahli paling ramai…yeah…kalau nak tengok syarat-syaratnya…apa lagi TEKAN SINI

kedah 3

Kalau blogger dari negeri lain pun DeQdEq jemput sama-sama kita meriahkan segmen nih…boleh juga kenal blogger dari negeri lain, pasni kalau nak jalan-jalan pusing Malaysia dah ada kawan kan…kan..hhehe

 

Okey, jom kenali diri DeQdEq serba sedikit yer…Nama penuh Nurdiyana binti Yaccob, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Status diri masih bujang….tengah menunggu bila plak nak bertukar status..hehehhe…Tapi boleh jer panggil dengan nama DeQdEq yer…sbb nak komersialkan nama nih….ada hati tu..hheheh

Kalau nak kenali DeQdEq lebih lagi dan nak berkawan dengan DeQdEq, korang boleh la menziarahi DeQdEq di laman sosial Facebook (KLIK) atau boleh juga jadi follower DeQdEq di Twitter, kita leh sembang-sembang lagi. (KLIK). Kalau nak email plak, boleh juga…just email kat biefyna@gmail.com.

DeQdEq memang lahir dan membesar di Sungai Petani, Kedah. Rumah mak ayah pun di Sungai Petani…baru je balik minggu lepas (TENGOK SINI). Kiranya daerah Kuala Muda yer…besebelahan dan berjiran dengan daerah Yan, kat mana DeQdEq sekolah dulu.

Kalau kampung, rumah tok plak kat Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda. Kalau nak ke Pantai Merdeka lalu la kampung DeQdEq nih…kiranya umah tok DeQdEq dengan Pantai Merdeka ni tak jauh pun.. perjalanan dalam 10 minit je.

Nak tau apa tempat menarik kat Kedah? Cuba korang hayati lirik lagu kat bawah ni dulu…

Cinta Pantai Merdeka

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
( korus )

Kuukir namamu
Di awan
Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...
( 1 )

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka
( solo )
( ulang 1 & korus )

Okey, yang berwarna ungu tu….semuanya antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika sampai ke Daerah Kuala Muda/ Yan Kedah.

Kalau rasa nak panjat gunung dan dapatkan udara segar boleh la ke Gunung Jerai. Kalau rasa nak lepak pantai jom la ke Pantai Merdeka.

Dari Pantai Merdeka ni plak, boleh naik bot ke Tanjung Dawai. Kalau nak beli belacan ke, ikan bilis ke…kat Tanjung Dawai ni murah.

kedah combine Gambar: Google

Kalau nak pi kot jalan darat pun boleh juga, melalui Merbok…kalau lalu kot sini leh juga berhenti kat jeti Sungai Merbok…bila waktu malam lagi cantik dengan lampu-lampu…kat sini boleh makan ikan bakar, tapi waktu malam la….sedapnya…

Kalau kat gambar Pantai Merdeka tu, korang boleh nampak Gunung Jerai sekali….tu la yang lagu Cinta Pantai Merdeka gabungkan ketiga-tiga tempat bi agaknya dalam lagu ni….

Kalau taknak mandi pantai plak….ada pilihan lain, boleh ke Taman Tema Carnival….kalau nih memang tak jauh la dengan rumah DeQdEq…5 minit jer…enjoy juga sini..DeQdEq paling suka slide dia…giler buat kecut perut DeQdEq je….

the carnival

Okey, kalau nak jauh dan luar dari daerah Kuala Muda/Yan ni, ada lagi tempat menarik kat Kedah…yang paling popular tentulah Pulau Langkawi….yang ni kalau tak tau memang la korang nih…hehehhe….dkt Pulau Langkawi ni pun jer ada banyak sangat tempat best.

kedah edit 2

Selain tu DeQdEq nak promote juga Tasik Pedu….DeQdEq pun tak pernah sampai lagi kat Tasik Pedu nih..tapi penah tengok dalam citer ‘IDOLA’ kalau x silap lakonan Norman Hakim dan Normala Shamsudin, depa shooting kat Tasik Pedu ni la….cantik pemandangan dan kawasan dia…Jadi, impian DeQdEq nak berbulan madu kat sini…hehheh

Kalau yang suka nak membeli-belah, boleh la singgah Pekan Rabu kat Pekan Alor Setar…kat sini macam-macam ada…Pastu kalau tak larat nak pusing satu bandaraya Alor Setar, boleh je naik Menara Alor Setar dan lihat pemandangan seluruh bandaraya Alor Setar.

Ada banyak lagi sebenarnya kalau nak disenaraikan…nanti panjang sangat pula…DeQdEq kongsikan sebahagian dulu kat sini yer…

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...