Friday, 3 December 2010

SILA BANGUN DAN BERDIRI ATAS KERUSI SAMBIL CAKAP SAYA PRIHATIN

DeQdEq ingin menyahut kempen yang dianjurkan oleh kawan baik DeQdEq di blog nih iaitu Cik Lekik. Kempennya berbunyi SILA BANGUN DAN BERDIRI ATAS KERUSI SAMBIL CAKAP SAYA PRIHATIN. Kempen nih mudah jer….cuma perlu tulis entry berkenaan apa sahaja yang menunjukkan keprihatinan kita.

image

Emmm….apa yang DeQdEq sgt prihatin….sama seperti Cik Lekik….yang DeQdEq tak bleh tahan kalau org suka buang sampah merata-rata. Terutamanya, yang suka buang sampah dari dalam kereta ke bas ke dll. Ini mmg DeQdEq rasa sakit sgt mata kalau ternampak ada orang yg tak bertanggungjawab mcm tu. Macam DeQdEq sendiri pun, kalau ada sampah dlm kereta, DeQdEq akan simpan sampah tu sampai berhenti kat mana2 atau dah sampai ke destinasi, baru DeQdEq ambik sampah tu dan buang ke tong sampah. Tak kiralah di mana saja kita, jangan nak buang sampah merata-rata. Buang lah dlm tong sampah. Kalau tak jumpa tong sampah sekalipun, simpan dulu sampah dlm plastik, bila dah jumpa tong sampah buang lah sampah tu. Tak susah kan nak buat mcm tu, cuma kena ada rasa tanggungjawab utk menjaga tempat kita, rumah kita, kereta kita, negeri kita, negara kita supaya bersih. Kalau semua pun berfikiran mcm nih, InsyaAllah, negara kita akan bersih.

 

Dah tu, kalau kat pasar malam ke, karnival apa2 ke, pameran ke…..lepas je selesai majlis, kita mesti boleh tgk sampah ada di merata-rata…bergelimpangan sana sini….mmg sakit sgt mata kalau tgk….Kenapa la susah sgt orang kita nak buang sampah dalam tong sampah. tak faham betul DeQdEq…mgkn ada yg akan cakap, ala kalau kita tak buang sampah mcm nih, abis tukang kutip sampah atau orang majlis bandaran tu tak ada keje la….Ntah apa2 je la pemikiran mcm nih….

Gambar: pasarmalamtar.blogspot

Tolong lah semua, sama-sama kita menjaga alam sekitar…jangan la berat sgt tangan tu nak buang sampah ke dalam tong sampah…bila terjumpa , ternampak sampah, ringankan tangan tu dan kutip kemudian buang dlm tong sampah…mudah je…

Mari semua, sahut la kempen nih yer….sama-sama kita sedarkan masyarakat kita….tapi kenala bermula dari dalam diri kita dahulu

Sekian, terima la kasih sebab sudi membaca….Jadi saya tag pada semua yang membaca entry nih utk sama2 menyahut kempen ini.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...