Tuesday, 30 November 2010

Ada Apa Dengan Nasi Lemak Jati?

Sapa penah dengaq pasal nasi lemak jati? Korang penah dengaq tak nih….kalau ada yg tau please respond me ok..heheeh..DeQdEq terbaca status kawan kat FB…dia teringin nak makan nasi lemak jati….emmm, dah lama juga DeQdEq nih tak makan nasi lemak jati tu….mgkn dah 2 tahun agaknya….

nasi lemak jati

Sumber gambar: Adam Roslan

Pada yang tak penah dengaq pasal nasi jati nih…meh sini DeQdEq nak habaq kat hampa semua. Kat Sec 2 Shah Alam, dekat dgn Kolej Jati asrama budak UiTM, ada lori kecik putih yang tiap-tiap malam dok juai nasi lemak kat cni. Sebab tu la dikenali sebagai nasi lemak Jati…Kalau x silap depa mula berniaga dlm kul 8 malam. Tapi mmg kena beratoq la kalau lambat.

Mmg nasi lemak jati nih terkenal di kalangan student UiTM. Biasa la kan, bila student nak cari yang murah, banyak dan plg utama mengenyangkan….Tapi nasi lemak jati nih, bkn setakat memenuhi kriteria yg DeQdEq sebut tadi, malah nasi lemak jati nih sedap. Kalau tak, xada la sampai teringat-ingat nak makan nasi lemak jati. DeQdEq dok cerita nih pun dah rasa terliur nak makan..heheheh

nasi lemak

Kalau nak beli nasi lemak jati nih, mmg ada byk sgt jenis lauk yang korang bleh makan…dari nasi lemak biasa, telur mata, ayam goreng, ayam pedas, kerang, bergedil, sotong dan banyak lagi lah..Korang pun leh rambang mata nak pilih lauk mana sebab banyak sangat. DeQdEq boleh la sarankan sapa2 yang suka nasi lemak dan kalau dah sampai Shah Alam tu, pi la seksyen 2 dan cuba la rasa nasi lemak jati. Mesti tak menghampakan korang.

Cuma nak bgtau la kan, dulu penah dengaq cerita yang kononnya demi nak melariskan nasi lemak nih, tokey nasi lemak nih guna pelaris. Pelaris dia pakai ialah seluar dalam…hahahaha…yang nih DeQdEq mmg tak tau la kesahihan cite nih…Kadang-kadang kalau org nak menjatuhkan perniagaan orang lain, macam2 bleh buat fitnah kan.

Jadi, terpulang la pada korang kalau rasa teringin nak cuba silakan. DeQdEq pun mmg peminat nasi lemak jati waktu masih student dulu…Mmg ada kala macam teringin ja nak makan, keluaq la pi seksyen 2 tu…

Doa Seorang Kekasih….

Malam nih memang DeQdEq tgh gembira sgt…hati pun berbunga-bunga riang…siap ada rama-rama berterbangan…hehehe…mmg ceria yg amat sgt la nih…Jadi nak juga kongsi perasaan nih dgn korang semua terutamanya yg pengantin baru, yg dlm alam pertunangan dan menghitung hari nak bertukar status….DeQdEq tau, yang dok menghitung hari tu mesti dok dup dap dup dap ja hantung hampa semua kan….tak pun bunyi dag dig dug….maklumlah dah nak bersama teman serumah, teman sekatil dan teman macam-macam lagi lah….korang akan pandai la nanti kan..DeQdEq pun bujang lagi…hhoohoo

Tapi pada yang masih bujang dan mencari-cari pasangan….jangan sedih-sedih ok….jodoh anda pasti ada….cuma cepat atau lambat ja…Jadi, korang dengar la lagu dr kumpulan In-Team nih khas DeQdEq tujukan buat korang semua termasuk diri DedEq juga….

Amacam…best tak lagu nih….rasa berguna tak DeQdEq share nih….dah bertahun-tahun mmg DeQdEq suka lagu nih dan boleh dijadikan doa utk kita….

Seloka minyak naik…heheheh

seloka minyak naik

Hahahah….kan sama mcm DeQdEq tls dlm entry sebelum ni <KLIK>…pakcik naik basikal tetap gembira je…tak yah nak susah-susah hati bila rega minyak naik…

Apa lagi, kom la kita pakat-pakat beli basikal dan naik basikal ja pi keja lepas nih…kaya la tokey kedai basikal lepas nih…hehhee

Harga minyak naik lagi?

Apa yang anda rasa bila tau pasal nih….terbebankah anda atau langsung x rasa apa…huhuuhu…apa yg pasti bila harga petrol naik…semua benda lain pun nak naik…jadi kita sebagai pengguna apa perlu buat…nak x nak, petrol mmg hari-hari kita perlu….kalau tak, kereta tak bergerak, motor tak bergerak…..takkan nak naik basikal kan…klu mmg kerajaan nak galakkan rakyat Malaysia naik basikal plak xtau la kan..mgkn bleh difikirkan cadangan nih..hehehe…ye la Jepun pun selamba je naik basikal kan..tetap je negara diorang maju…

petrol

Korang baca la sendiri berita penuhnya ok…<KLIK>

1 Disember 2010…apa yg best?

DeQdEq tak sabar nak tunggu hari esok…1 Disember 2010…ada apa dgn tarikh nih…emmm…ntah la hati sdg berbunga-bunga skrg nih…hati yang kosong bila terisi, semuanya pun jadi indah kan….tak sabarnya nak menanti hari esk…mcm mana agaknya hati berbunga..neper org selalu cakap hati berbunga…hati berbunga Ada ke mcm nih hati kita bila berbunga…hahahaa….mcm mana la yer bleh dpt perumpamaan yg mcm nih…

Orang melayu dulu-dulu nih mmg kreatif, macam-macam perumpamaan yg diorang cipta dan digunakan sampai sekarang.. Betapa indahnya Bahasa Melayu kita…cewahh…bkn nak berkempen ye…tapi org selalu cakap Bahasa Jiwa Bangsa…apakah maksudnya itu…

Apa-apa pun DeQdEq bangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dilahirakan di bumi Malaysia ini juga sbg bangsa Melayu. Sapa lagi yg nak bangunkan bangsa sendiri kalau bkn kita sendiri.

 

Bestnya jadi isteri PM

Emmm…xyah buat apa pun…cuma ikut suami pegi sana sini, dah bleh minta elaun….wauuu….saper yg tak nak kan….mcm ni nak juga la..hehehe….dah la gaji PM pun dah puluhan ribu….jd isteri PM pun leh dpt elaun lagi…..

DeQdEq bkn nk mengarut apa….cuma terbaca artikel yang bertajuk Isteri PM layak terima, tuntut elaun

Kalau korang nak tau lebih lagi <KLIK>

najib

Nak tengok wayang free….

Sebelum nih DeQdEq ada buat entry pasal nak gi tgk wayang tapi dgn sapa kan….klu yg belum baca leh tgk <SINI> Dah tu DeQdEq xtau nak tgk citer apa….sama ada Rapunzel, Megamind dan juga Krayon….tapi sampai skrg pun tak pi tgk2 lagi…hehehe…sebabnya x tau nak pi dgn sapa…jadi rasa baik dok umah, gi blogwalking ke blog kawan2 lagi best….

Tapi…malam esk akan tertunai hajat DeQdEq nak pi tgk wayang….yeah….nak pi dgn saper tu…biarlah rahsia…cewahhh…dh mcm Dato’ CT plak….Citer apa yg DeQdEq nak tgk….citernya ialah The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader…Sebabnya DeQdEq dah dapat jemputan dr churp churp….sbb menang contest. DeQdEq pun dah citer pasal nih…bleh tengok <SINI>

narnia 3

Jadi, DeQdEq akan tengok citer Narnia…..langsung tak jadi tgk Rapuzel lagi….padahal DeQdEq tak penah langsung tgk citer Narnia yg sebelum nih…Jadi mcm mana ek…ok ke, kang tak paham plak tgk citer Narnia 3 nih…

Apa-apa pun, DeQdEq nak enjoy lah dgn hadiah pemberian churp churp….thanx to Churp Churp

Jumpa korang malam esk ok di GSC Mid Valley. Jom tgk Narnia….

Broadband….mana yang bagus?

DeQdEq dah mula terfikir nak pakai broadband skrg nih…sbb bila nak travel senang skit nak access internet kan. Tapi x tau nak pilih yg mana. Broadband mana yang bagus, yang laju semestinya….sbb asyik tgk kwn2 yg pakai semua mcm skt hati je dgn broadband sebab lembap. Kalau tak, xdela yang panggil ‘berukband’ kn…..hehehe

broadband 1

Tgh confuse, xtau nak pilih yg mana…Maxis ke, Celcom ke atau Digi….Celcom penah pakai dulu yg abang punya, mcm x best ja…kejap2 disconnect..Sape yg kt cni pakai broadband bleh tak share skit mana yg bagus..

 

image

Ini apa yg DeQdEq dpt dari DIGI…perbandingan antara 3 company yg famous amous nih…lbh kurang je kan…pastu ada lagi nota kaki kat bawah perbandingan nih….biasa la tu kan…Jadi, yg mana satu yang boleh dijadikan pilihan..DeQdEq nak guna bila perlu travel…Kalau kt rumah dan pejabat x ada masalah, sbb ada streamyx…

MAHA 2010…..aper lagi?

Apa lagi yang ada kt MAHA 2010….byk sgt sebenarnya…tak larat pun nak jalan habiskan semua tempat….Kali nih DeQdEq cuma nak share gambar-gambar yang ada utk tatapan semua….

P1010946

Nih org ramai yg beratur nanaik tractor utk ke tapak MAHA….dah ramai orang pun wkt ni,padahal baru kul 9.30 pagi…saper yg mai petang mmg kena berdepan jalan jam teruk….ada kwn tu kata 2 jam setengah br dpt masuk MAHA…..

P1010952

Bergambar dgn ular dalam bekas nih berani la…klu yg ular sawa besar yg DeQdEQ share sblm nih <KLIK> , x berani la…besar dan geli plak tu nak dekat2 dgn ular nih…heheheh

P1010955

Ni alat muzik apa? saper pandai….tolong jawabkan….kitaorang pun tak tau ni alat muzik apa…mcm best je jd bergambar lakt cni…

P1010963

Nih plak bergambar dengan pakaian orang Sarawak…lupa plak nak tanya pakaian kaum apa…dh excited je nak bergambar..hehehe

    P1010958 P1010960 

Nih plak kat Pavillion Sabah, byk hasil tanaman dan ternakan yg diorang pamerkan kat cni. Perkara yang DeQDEq baru tahu, kat Sabah ada buat ternakan lembu utk susu rupanya…kira lembu tenusu la. Ingatkan Malaysia nih import ja susu. Salah satu susu keluaran mereka ialah SUSU 1 MALAYSIA….susu nih ganti susu yg selalu bagi kat sekolah2 tu….

 

 P1010967

Haaaaaaaa……ini Pavillion Kedah…haruslah bergambar kat cni kan…sbb DeQDeQ anak jati Kedah….mai jangan tak mai sini ok…hehheeh

P1010975

Yang ni plak kawan satu sekolah DeQdEq…..dia salah satu exhibitor kt MAHA….kira usahawan la kawan DeQdEq nih…jadi korang singgah la booth kaan DeQdEq ni ok..klu x silap booth no 0157 di Dewan D atau Agro Bazaar…

Pengubat jiwa DeQdEq….

Haa…ni la ubat yang paling murah dan senang bila tgh sedih ke, marah ke…pegang je anak kucing, peluk anak kucing boleh hilangkan segala tekanan yang tgh kita tanggung…percayalah, ini merupakan terapi yg sgt mudah utk kita lakukan.

Mam DeQdEq nih mmg suka sgt dgn kucing….sayang kucing…tp x dpt nak bela kucing lagi sbb duduk menyewa kt rumah yg xdak tanah…dah tu ramai2 lak…mcm mana nk bg ruang utk kucing plak kan…

kucing 1

Comel kan….takkan tak tersenyum gembira bila tgk anak kucing comel mcm nih…so sweet to cuddle the,,,bagi mereka yg belum ada baby…hehehe… kucing 2Ni pun comel sgt…mmg DeQdEq akn tersenyum la bila tgk kucing…tambah2 yg comel2 mcm nih…Tapi kalau yg sakit, yang kena langgar kete ke…semua tu DeQdEq x sanggup nak tgk….

Dlm dok blogwalking…DeQdEq jumpa blog ni yang ada share pasal kucing….byk juga yg DeQdEq xtau lg pasal kucing ni rupanya…antaranya ialah:

Keistimewaan dari KUCING

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Ada banyak lagi sebenarnya….klu korang pencita kucing dan nak tau lebih lanjut <KLIK>

Monday, 29 November 2010

Tak ada MyKad……terpaksa tangguh kawen

image

 

Tak paham betul DeQdEq bila baca pasal gadis ni….Urusan yang dah berpuluh tahun utk mohon My Kad masih tak selesai2….Apa cer JPN? Nak tunggu menteri turun baru nak buat keje ke…..Tak paham…tak paham….Tak pasal2 tak leh kawen sbb tak ada My Kad….

Kesian je kt Shahidah Othman nih, hidup dah mcm pelarian je….padahal hidup di negara sendiri…Apa la perasaan korang kalau terpaksa lari dan menyorok bila ada pemeriksaan polis….Dah mcm mat-mat Bangla atau Indon yg masuk Malaysia tanpa permit jadinya…

Come on JPN…..buat la keje cepat….Susah sgt ke prosedur utk keluarkan My Kad utk kes yg mcm nih…x paham la DeQdEq.

image Sumber: Kosmo Online

 

Kalau cinta………?

Lurve this song…hehehe..

Kalau cinta jangan kacau,

Kalau sayang tak perlu marah…

Kalau ikhlas tak minta berbalas….

Bosan, xada apa nk buat…..dah tu xtau nak tulis apa malam ni….dah la kepala tgh sakit plak nih…

 

sakit kepala

Arggghhhhhhhh……..sakitnya kepala ku…huhuhu….idea pun x dtg2….sedih…jadi saja layan video nih nak bg hilang bosan….

Award buat DeQdEq kah ini?

Terkejut da terharu bila kawan baik yang DeQdEq kenal setelah aktif blogging nih tag nama DeQdEq dlm entry nya…DAN AKHIRNYA…SI COMOT MENDAPAT AWARD. Bila baca entry Cik Lekik nih, DeQdEq tak pasti yg Cik Lekik nih tag nama DeQdEq sebabnya Cik lekik tulis Dedeq…jad DeQdEq takut cik lekik maksudkan org lain…hehe…bila tanya balik cik lekik, a’ah…betul la cik lekik tag nama DeQdEq… jadi maksudnya apa ek? deQdEq pun dapat award juga ke nih…hehee…maaf la blur skit…sbb baru sgt join blogging nih….klu ni award utk DeQdEq…maknanya award nih yang PERTAMA la DeQdEq dpt…diulang PERTAMA ok…..yahuuuuuuuuuuuu…yabedabeduuuuuuu…..tima kasih CIK LEKIK ye…u r my best friend…

loveis4ever LOVELY BLOG AWARD

Sebelum tu, ada 5 soalan yang DeQdEq kena jawab dulu:

5 perkara indah:

1) Tentula sebab dapat award pertama ni kan, dari kawan baik ku Cik Lekik

2) Dapat kawan baru iaitu Cik Lekik dan juga ASROLMANIA

3) Blog DeQdEq dh ada follower wlupun baru 25 org..hehehe

4) Dah beratus kali juga jumlah orang yg view blog DeQdEq…tima kasih semua yang sudi view..

5) Blogging dah jadi hobi baru DeQdEq…pegi mana pun igt psl nak blogging je, apa yg bleh nk tulis nk masuk dlm blog..heheh

 

Seterusnya DeQdEq pun nak juga tag orang lain kan..hehe…jadi sama2 kita semua ada award nih…simpan ok….sebab KITA KAN GENG (mcm dlm Upin & Ipin :Geng Pengembaraan). Mari kita lihat saper yg kena…

ASROLMANIA

MIZZNISS

N@DI@

CIK SCARLETT

CIK LEKIK JUGA……lurve u…:-)

Potong kuku, pakai cincin….apa yg kita tak tau?

potong kuku

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.Percayalah.


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.


DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....


((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

 

Credit to: Mohd Najib

FARMBOOK.MY……aper tu?

Korang mesti tak tau lagi pasal farmbook nih kan…ala2 facebook la…tapi yang istimewanya, laman sosial nih dicipta oleh seorang anak muda MELAYU…. Beliau adalah Azri Zahier Azmi….Nak tgk muka dia? Haa….tu mamat yg berdiri sebelah DeQdEq tu la orangnya….Bagus idea mamat nih kan…..Mula2 dengar Farmbook nih, DeQdEq terus teringatkan game farmville yg dlm facebook tu je…hehehe..bila tgk laman Farmbook ni plak mmg nampak macam game sbb banner dia pun guna kartun kan….tp xapala, yg penting kegunaan Farmbook ni kan….

P1010985

Ok, serba sedikit tentang Farmbook ni ialah, Farmbook merupakan laman sosial untuk para usahawan terutamanya peladang dan penternak untuk berinteraksi lebih mudah. Tapi tidak terhad kepada pada golongan penternak dan peladang je…Kalau korang ada bisnes sendiri, ada produk yang nak dijual atau pun korang nak beli atau tempah barang2 dari farmbook nih pun bleh. Sebabnya, Farmbook ni dilengkapi dengan e-commerce atau e- perniagaan melibatkan bank-bank seluruh dunia. Ini mengikut apa kata En Azri sendiri, bukannya DeQdEq pandai2 buat cerita plak ye…Jadi, farmbook nih tak semestinya hanya untuk usahawan malah sesuai juga untuk anda sebagai para pengguna atau pelanggan yang ingin membeli sebarang produk yang ditawarkan.

 

image

Nih merupakan banner Farmbook.my….DeQdEq dah mendaftar pun sebagai ahli farmbook nih wlupun tak tau lagi mcm mana nak gunakannya…DeQdEq join sebagai tanda nak bagi sokongan pada program mcm ni…..kalau kita tak tolong bangsa sendiri, saper lagi kan..Jadi, korang semua yang mmg ada bisnes sendiri tu apa lagi, cepat2 la mendaftar dan kongsikan maklumat perniagaan anda seperti lokasi, jumlah stok, gambar, perkembangan perniagaan, promosi atau apa sahaja untuk dibaca oleh seluruh dunia (petikan dari flyers Farmbook yg DeQdEq dpt kt MAHA smlm)

Antara lain yang boleh dipetik dr flyers tu……

BAGAIMANA FARMBOOK.MY BOLEH MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA?

  • rangkaian perniagaan tanpa sempadan
  • transaksi ‘online’ yang selamat
  • pemasaran tanpa had 24 jam sehari
  • kemaskan status perniagaan
  • artikel berkaitan pertanian
  • e-tutorial dan video untuk tips pertanian

image

Ok, cukup kot review DeQdEq pasal Farmbook nih….ni bleh minta komisyen dari Farmbook nih sebab tolong promosikan utk diorang…hehehe…Apa tunggu lagi….jom la kita join farmbook plak terutamanya para usahawan di luar sana ok….Mari sama2 kita mambantu dan membangunkan ekonomi bangsa kita.

 

P/S: Korang jgn la nak kutuk2 sgt lagi Farmbook nih….masih mentah lagi, mgkn msh byk kekurangannya…jadi byk lagi yg Farmbook nih nak kena upgrade dan update laman sosial nih supaya lebih ramai tertarik utk menggunakannnya…tapi kalau korang boleh bg cadangan utk diorang ni improve itu lg baik…beri cadangan membina.

Celebrity @ MAHA…..saper tu?

Di hari minggu semalam, DeQdEq dan kawan2 pegi menghabiskan masa satu hari kat MAHA 2010…korang dh pegi blum….best tau….tapi mmg penat la nak berjalan DeQdEq pun pegi tak larat nak pusing semua tempat pun…hehhee…..Ok kali nih DeQdEq nak share dgn saper yg DeQdEq jumpa semalam wkt pegi MAHA 2010…Present to you…..

P1010950

Mula2 sampai, DeQdEq n the gang pegi ke rumah-rumah negeri…Pertama skali kami masuk Pavillion Perlis….dekat ctu kami jumpa la selebriti kita nih…hehehe…beliau ialah ular sawa yang dh berusia 14 tahun dan beratnya 40 kg…Kira selebriti la kan sbb org sibuk nak amik gambar dgn dia…..

P1010954

Nih pula kumpulan apa tah….diorang nih mempersembahkan muzik asli…sedap muziknya…..cewasss….Korang bleh jumpa kt Pavillion Terengganu ye….kat ctu ada jual sata juga…makanan yg terkenal di Terengganu.

P1010966

Nih plak DeQdEq bersama Chef Razak di Pavillion Johor. Chef Razak tunjuk demo utk memasak sarang burung. Sarang burung nih mst korang tau kan mmg mahal dan sgt2 berkhasiat.Nanti DeQdEq cuba share plak apa khasiat sarang burung nih yer…Kalau korang nk tau, sarang burung yg DeQdeq tgh pegang tu harganya RM 400 ok…Kitaorang dpt la rasa skit sarang burung tu…emmm…not bad ok…

P1010972

Nih plak Aziz Desa…Kenal tak korang nih dgn Aziz Desa? Dia pengacara Nasi Lemak Kopi O kt TV 9 tu…Aziz Desa nih ada sempena karnival SUA RASA Tv9 yang berlansung di Tapak MAHA nih juga. Kitaorang sampai kt Agro Bazaar tgk Aziz Desa dok sibuk promote makanan2 kat situ. Jadi, DeQdEq pun menyibuk juga nak bergambar…hehehe.

P1010974

Haaaa….ni korang nak tau tak saper…Ni la HANG TUAH ok….ada lagi Hang Tuah sekarang nih..hehehe.Sebenarnya pakcik ni adalah maskot untuk Kopi Hang Tuah. Antara exhibitor di MAHA. Banyak betul kopi kat malaysia nih. Antaranya ni la, Kopi Hang Tuah….Xtau la bleh dpat kt mana. DeQdEq x minum kopi..jadi x minat la nak tau…heheeh

P1010983

Ni plak clown yang ada pada hari ni…..Kitaorang tgh dok berehat lepas dah penat berjalan. Clown nih pun dtg berehat dan lepak kat ctu juga. Apa lagi, amik gambar la kiter….hehe

P1010989

Ok, ni plak adalah Mahmud Ali Basha….pelakon…Tak sangka minat juga dia nak datang pameran macam ni. Bila dah terserempak, DeQdEq pun tegur je la dan minta nak bergambar. Baik dan lembut je percakapan Mahmud Ali Basha ni….5 bintang la bg dia…sebab tak sombong..hehehe

P1010985

Haaaaa…..ni mst korang tertanya2 saper la nih yg DeQdEq nak highlight juga….selebriti ke….pelakon ke…penyayi pn bukan….model ke….Semua tu pun bukan….sebenarnya DeQdEq nak kenalkan mamat sebelah DeQdEq tu..Beliau merupakan founder laman sosial dan berinteraksi terutamanya utk para usahawan. Laman sosial ciptaan beliau nih dikenali sebagai FARMBOOK.MY dan baru sahaja dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada hari Sabtu lepas. DeQdEq rasa bangga sgt sbb anak Melayu yang merupakan pencipta dan penggeraknya. 2 thumbs up ok utk mamat nih…Nnt DeQdEq akan buat entry sepenuhnya utk Farmbook ni ok.

Sunday, 28 November 2010

Premiere Screening - The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Best ke citer nih ek….DeQdEq mmg x penah layan citer narnia nih….Tiba2 di pagi yang indah ni, DeQdEq check email dan ada dpt invitation dr Churp Churp….bunyinya begini :

 

narnia

“You are cordially invited to the ChurpChurp Premiere Screening The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader and each invite entitles a pair.”

Hhuhuu….biar betul nih…betul ke dpat? Br je lagi berblogging dan cuba msk contest2 yg ada….mcm x percaya je klu betul dapat nih…Walaupun tak minat dgn citer Narnia ni, tapi rasa excited sbb dpat tiket percuma…

Apa2 pun klu betul. thanx to Churp Churp….sebab buatkan hari ini indah sekali…hehhee

Ok lah….nak gi MAHA pagi nih….jumpa nnt…xdpt nak update byk pagi ni…

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Pertama kali nih nak join contest Ben Ashaari….saja2 la kan try, cuba, test power..hehehe…maklumlah DeQdEq nih baru lagi…jadi masih tgh merangkak belajar utk blogging….korang pun join ek….mari kita memeriahkan contest nih demi kebaikan kita bersama….Utk tau lebih lanjut tengok >>>>> SINI

Mari la kita tengok entry Abang Ben yang menarik jiwa dan raga DeQdEq untuk mengetahui isi kandungannya.Semuanya mmg menjurus kepada blogger baru mcm DeQdEq nih…

1) Kenapa NUFFNANG aku ‘0’ je?

2) TIPS popularkan blog..

3) Bagaimana nak dapat komen yang banyak?

4) Tips TRAFFIC TINGGI tanpa perlu berblogwalking!

5) Tips untuk blogger baru..curi trafik

 

Kemudian, Abang Ben minta letak entry dari blog DeQdEq sendiri, yang DeQdEq rasakan bermanfaat untuk korang semua. Ini adalah antaranya, memandangkan DeQdEq masih baru, belum banyak lagi entry dari DeQdEq. tapi DeQdEq akan share apa yg rasanya baik untuk dikongsi.

1) Hai Cikgu Shida…..Dr Rozmey (akhir)

2) I’m fall in love with EYRIQAZZ dan ASROLMANIA

3) Doa Pembuka 12 Pintu

4) Contoh dah depan mata….

5) Adakah Anda Ingin Menjadi Orang Terkaya di Dunia

Ok, DeQdEq dah settle….korang jangan lupa tau…join skali contest nih…

Saturday, 27 November 2010

Anda Mahu Tingkatkan Kelajuan Broadband Anda?

Haa…..sapa yang kat cni pakai broadband? Selalu tak ada masalah broadband tu slow ke, lembap ke dan sewaktu dengannya….Sekarang dah tak perlu lagi risau…ada cara nak mengatasi masalah ni. Tak kira lah korang pakai broadband mana-mana pun. Tips nih boleh dipakai oleh korang semua…         

.broadband

Korang nak tau ke tak? DeQdEQ pun tau sebab baca kat blog Cik Lekat Lekik….my best fren…..tapi Sifu sebenarnya ialah Budak Botak…..Korang tunggu apa lagi cepa-cepat la klik >>>> SINI

Lepas nih tak yah nak tension lagi sebab broadband lembap nak mampus…huhuhu. Enjoy la dgn broadband and lepas nih…..

LLEKAT LEKIT GURL STORY: BERPRASANGKA BAIK ITU AMALAN YANG BAGUS tapi..

Di petang-petang sabtu nih, makin laju dan mencurah-curah pula idea DeQdEq nak tulis blog...hehhe....DeQdEq dah cuba utk sampaikan apa yg DeQdEq nak share dgn korang semua...Korang dah jenguk lum entry2 DeQdEq untuk ari nih.....kalau belum sudi-sudikan lah yer

DeQdEq tulis entry ni khas utk best friend DeQdEq yang tak jemu-jemu bertandang ke blog DeQdEq dan memberi komen2 yang membina.....tima kasih sangat2 Cik Lekatlekik

Harap korang semua boleh baca topik hangat pada hari ini iaitu:


dan juga kesinambungannya di blog Cik Lekatlekik nih yer...

LLEKAT LEKIT GURL STORY: BERPRASANGKA BAIK ITU AMALAN YANG BAGUS tapi..

Sapa2 lagi yang mungkin nak berkolabrasi dengan kami berdua untuk terus buat kesinambungannya...amat lah dialu-alukan...hehehee....sharing is caring dear....lurve u ollzzz....

Hai Cikgu Shida…….Dr Rozmey (akhir)

sambungan:

DeQdEq dah tak nak membebel panjang2 lagi pasal dua insan ni. takut kang, banyak pula salah dan silap pada mereka berdua…..nak jumpa bila raya nak minta maaf pun belum tentu lagi dapat…hehhee….pada yang tak baca lagi Part 1 dan Part 2, rajin2 la jenguk ye.

Ok la, DeQdEq cuma nak simpulkan sikit2 la apa yang DeQdEq nak cuba sampaikan sebenarnya….Kita kena bersangka baik pada sesama manusia, jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan ada rasa sombong atau tinggi diri yer….DeQdEq memang berpegang pada kata-kata berikut, yang dah lama DeQdEq dapat. Tapi x ingat sangat kata2 penuh, jadi DeQdEq search la, sib baik jumpa….thanx to http://www.usahataqwa.com/umum/sombong.html

 

Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap dan sifat takabbur atau sombong ini.

 

* Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.

* Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

* Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.

* Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

* Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

*Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.

 

Ok la……tamat sudah tulisan Hai Cikgu Shida…….Dr Rozmey….rasa2 ada kesinambungan ker utk ketiga-tiga episod nih…hehehe

DeQdEq cuma ingin berkongsi rasa jer, harap jangan ada yang tersinggung dengan apa yg DeQdEq tulis nih…..juga untuk menjadikan peringatan utk diri DeQdEq sendiri dan juga semua…

 

Hai Cikgu Shida ……Dr Rozmey (Part 2)

sambungan:

Emmm….DeQdEq dah bg masa kt korang untuk berfikir dan cari apa kebaikan yang ada atau yg kita boleh ambil dari Cikgu Shida dan juga Dr Rozmey. Korang cari tak? jangan la malas2 tau….nnt Cikgu Shida marah sebab kerja rumah tak siap…hehehe…Cikgu Shida,klu ada terbaca ni, DeQdEq gurau je ye, jangan terasa hati plak…(ader ke Cikgu Shida nak baca blog DeQdEq nik kan…perasan je). Ok la, DeQdEq nak masuk terus ke tujuan utama.

 

Apa kebaikan atau apa yang boleh dijadikan contoh dari CIKGU SHIDA dan DR ROZMEY:

1) Kedua-dua mereka mempunyai kerjaya yang sangat bagus dan baik dari segi menyumbang kepada masyarakat. Betul tak? Yelah, yang sorang tu cikgu dan yang sorang lagi pula doktor. Cikgu Shida nih cikgu English lagi, igt senang ke nk jadi cikgu English nih, mahunya nak kena amik TESL lagi. Kalau yng Dr Rozmey plak, tak payah cakaplah. Semua orang tau kan, nak jadi doktor bukan senang. Nak belajar ‘medic’ ni pun dah bertahun-tahun, baru habis. Jadi, mereka nih salah seorang pekerja profesional ok….

 

DeQdEq cuba la cari latarbelakang Dr Rozmey, dan ini hasilnya….DeQdEq share pasal latarbelakang pendidikan dr Rozmey je ye.

KELULUSAN
Ijazah Perubatan (MD,USM 1993),
Sarjana Perubatan
(Perbidanan & Sakit Puan USM 1999)

PENDIDIKAN
SRK Sultan Yahya Petra Kuala Krai
MRSM Pengkalan Chepa, University Sains Malaysia(USM)

2) Diorang nih kreatif,berani dan berkeyakinan yang begitu tinggi. Mmg x bleh nak disangkalkan pasal nih, kalau tak xkan la bleh Cikgu Shida nih nak ber ‘miming’ lagu2 hit dan juga menunjukkan aksi tarian dan sebagainya. Sebenarnya DeQdEq mula2 tgk video Cikgu Shida ni kt facebook bila ada kawan share, video yg lagu Kalau Berpacaran.

DeQdEq mula2 mmg igt Cikgu Shida nih lelaki beb….sbb dia pakai baju melayu dan songkok tu….mmg igt dia lelaki…Jadi tak heran sgt la kan kalau budak lelaki mcm nih. Bila dah blog walking lagi, baru DeQdEq tau yg rupanya dia mmg perempuan….Jadi bila dah tau dia perempuan, mmg ada terdetik skit, nape Cikgu Shida ni mcm ni ye…

Memang tak manis la kan perempuan mcm tu, tambahan kerjaya sebagai seorang cikgu menuntut kita untuk memberi contoh yang baik anak bangsa kita…DeQdEq tak nak la komen sgt pasal yg tak baik tu…DeQdEq pun x sebaik mana utk komen2 org lain…hehe

 

Kelebihan Dr Rozmey dalam bidang marketing memang x leh nak sangkal lagi. Kalau tak mustahil la produk dia yang Jus Mate 5 tu bleh terkenal seantero malaya nih kan. Sedangkan sebelum produk dia ada kt pasaran, dah berlambak pun produk2 macam tu, cuma tak la terkenal mcm produk Dr Rozmey nih.

Dr Rozmey memang berani dan berkeyakinan tinggi dgn filem pertama dia sehinggakan ramai yang memandang mcm berlagak plak mamat sorang nih kan…biar la dia, duit dia…hehehe..cuma tahap keyakinan yang tinggi tu, mmg walllah beb….

 

Taknak la membebel panjang-panjang lagi……nanti la sambung lagi….

Sebelum tu DeQdEq saja nak share video nih….enjoy ya…mari kita bersenam dulu….

Hai Cikgu Shida…..Dr Rozmey (Part 1)

Emmm……dah genap seminggu DeQdEq aktif blogging setakat nih…Jadi, dah banyak blog yang DeQdEq singgah dan terjah waktu blogwalking..Banyak cerita atau gossip yang selama nih dah heboh satu malaya, DeQdEq baru tau.

Contohnya, pasal gambar Bang Bil kita yang sorang tu la, Nabil Raja Lawak bercium mulut dgn pasangan barunya, Qasha . Ketinggalan betul DeQdEq ni kan….hehehe. Yang kedua, pasal kisah ‘Cinta syyy” Uncle Seekers dgn Permaisuri Aishah.

 

Tu la akibatnya kalau malas nak selak suratkhabar dan juga bertenggek depan kaca TV kul 8 mlm menonton Buletin Utama atau 12.30 tgh hari Ahad menonton Melodi…hehehe…klu ini gossip ja lebih kn.

Ini memang sikap buruk DeQdEQ yang masih tak leh nak ubah. Malas nak baca suratkhabar atau tengok berita. Tapi, dah ada kemajuan la berbanding zaman belajar dulu…

Sebabnya sekarang nih rajin juga la selak suratkhabar dan dengar berita untuk tgk apa jadi pasaran terkini terutamanya KLCI, dah berapa point, naik ke turun. Tu pun sebab nak bagi ada idea pasal pasaran semasa supaya senang bila kuar berjumpa client nanti.

 

Bila dah blogwalking nih, DeQdEq tertarik juga la nak tulis pasal dua insan yang memang tengah hangat di perkatakan sekarang nih. Ramai blogger yang amik peluang untuk membuat ulasan dan melontarkan pendapat masing-masing pasal dua insan yang begitu hebat aura mereka.

Sapa lagi kalau bukan CIKGU SHIDA dan juga DR ROZMEY. Ada lagi ke yang tak kenal saper mereka berdua nih. Pada mereka yang selalu ber’Facebook’ dan blogging mesti kenal la kan.

Tapi, pada mereka yang masih belum mengenali Cikgu Shida dan Dr Rozmey ni, orang boleh je google. Berderet-deret nanti keluar pasal diorang ni.

cikgu shida2[9]

Perkenalkan Cikgu Shida (Sumber: Google)

 

DeQdEq taknak mengutuk sapa-sapa pun kat sini atau mencari keburukan. Tak kira la sama ada Cikgu Shida, Dr Rozmey atau pun para pengkritik mereka ni. Apa yang DeQdEq nak tulis kali nih lebih kepada apa yang baik dan positif dari dua insan ini.

Bukan apa, DeQdEq memang lebih suka untuk melihat sesuatu tu dari sudut positif dan DeQdEq cuba plak berkongsi dengan korang semua di ruang blog yang tak seberapa nih .

 

Pengalaman banyak mengajarkan DeQdEq supaya tak pandang seseorang tu dengan sebelah mata atau berprasangka buruk walaupun orang tu seorang kutu rayau, mat rempit ke, pencopek ke, pelacur ke.

Tak kisah la buruk macam mana sekali, atau jahat macam mana pun mereka, kita tak ada hak untuk menghukum atau mengadili golongan ni, sebab kita pun manusia biasa juga. HAKIM yang seadil-adilnya cuma ada satu iaitu ALLAH.

dr rozmey

Inilah Dr Rozmey (Sumber: Google)

 

Apa yang baik dan bagusnya dari Cikgu Shida dan Dr Rozmey ni ek? Jangan kata banyak yang tak elok je ye….Cuba berfikir lebih skit, dan cuba renung-renung sokit…hehehe

Mesti ada punya kebaikan dari diorang nih.Korang jumpa tak? Kalau tak jumpa, nanti DeQdEq bagitau ye…bersambung. (PART 2)

 

 

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Mantap sihhh....Blackberry Bold 9780
Semua pun mula teruja bila tengok iklan Celcom nih....bila la agaknya DeQdEq bleh merasa pakai BB nih....ada tak sapa2 yang nak sponsor...hehhe

Rasa-rasanya DeQdEq jumpa ramai yang menyatakan hasrat ingin memiliki Blackberry Bold 9780..kalau x silap EYRIQAZZ salah satu daripadanya, dengan tajuk entry Blackberry Bold 9780| Jantungku Berdegup Kencang.....beruntung kau BB....ramai yang ingin mengintai tirai kamar mu dan ada yang lebih ikhlas ingin terus memilikimu....cewassss....tapi masih ramai yang hanya mampu memandangmu dari luar bilik kaca saja....Mengapalah dirimu meletakkan hantaran yang begitu mahal.....macam mana DeQdEq boleh memilikimu....Ohh....Blackberry 9780

Korang semua, tak nak ke? Dah nak hujung tahun nih....bonus mesti masyukkk kan......boleh la dapatkan satu...heheh

Contoh dah depan mata….

Untuk entry kali nih, saja la DeQdEq nak share dgn korang semua tentang sebuah kisah kejayaan anak muda yang memang DeQdEq kagumi. Beliau ni merupakan Agency Manager DeQdEq atau pun sifu, mentor yang banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar pada DeQdEq dari mula DeQdEq kerja sampai la sekarang. Jadi serba sedikit, korang semua boleh tau apa sebenarnya kerjaya DeQdEq sekarang nih.

Tak perlu DeQdEq citer panjang2 pun kat sini kan…..Korang bleh jalan2 sendiri dan singgah ler kat KOSMO online.

Kosmo! 1

Kosmo! 2

Kosmo! 3

Kalau korang terrer, cari la DeQdEq dalam gambar nih ok…hehehe

Kosmo! 4

Credit to KOSMO ONLINE 

Moral of the story pada entry nih sebenarnya, contoh sudah berada di depan mata, kenapa taknak rebut peluang dan ilmu dari org yang dah berjaya kan…kan..kan…

DeQdEq sebenarnya pilih utk tulis blog nih, salah satu sebabnya nak mengingatkan diri DeQdEq ni sendiri. Yelah, kalau dah tulis kt blog bgtau kat semua orang, dah citer itu, citer ini… takkan DeQdEq nak dok diam ja taknak buktikan apa2 plak kan….Mestila kena buktikan sesuatu. “RESULTS SPEAK LOUDER”…ni antara kata2 dari manager DeQdEq nih yang dia slalu ulang2 bagi peringatan pada DeQdEQ atau kata2 semngat la.

Bestnyaaaaaaaaaaaaa………baru tau

Best…apa yang bestnya nih….emmm, tak tau nak habaq mcm mana kt korang…..DeQdEq dah mula seronok blogging sekarang ni. Hari2 lepas balik keja mest kena mengadap laptop…..terus blogwalking sambil update blog DeQdEq yang masih ibarat baby yg masih merah baru dilahirkan beberapa hari….hehehe….mula buat blog dah lama sebenarnya tapi x aktif pun. Bulan 2 tahun ni berhasrat nak teruskan hajat utk aktif berblog tapi tak jalan juga, setakat 2 post je yg berjaya DeQdEq tulis…hampeh kan….sampai la hari khamis lepas bersamaan 18 November 2010, ntah mimpi apa DeQdEq rasa nak berblog semula. Jadi, mulalah study sana sini, terjah blog itu ini, semata-mata nak belajar cara nak buat blog…..skrg dah boleh la skit2….klu dulu x tau apa kebendanya HTML semua tu….tp skrg, msh xtau juga…hehehe….cuma tau la nak edit2 skit2 tu….

Yang lagi best…DeQdEq dah dpat beberapa kawan baru bila mula blogging nih….DeQdEq x kisah klu blogger2 yang superb mcm BEN ASHAARI, RED MUMMY, CIK EPAL, YANMIE ONLINE, EYRIQAZZ dan byk lagi, x pandang pun blog DeQdEq nih….diorg nih dah ramai follower, dan mst sibuk dgn nak update blog.

sahabat

Picture: google.com (mana lagi….hihihi)

Apa yang lebih berharga dan bernilai pada DeQdEq, DeQdEq dah dapat kawan baru yang mmg best sangat. Diorang nih pun supportive sangat-sangat…….Mereka adalah CIK LEKATLEKIK dan juga ASROLMANIA. DeQdEq happy sangat dapat kenal korang berdua nih….Korang mmg baik sangat2….takkan ku lupa kawan pertama yg DeQdEq dapat dr blogging nih….lurve u olllzzzz

Jadi, kalau anda suka berkawan, blogging nih pun salah satu caranya nak cari kawan…bukan setakat Facebook atau Twitter ja…hehehe

MAHA 2010…….apa yang best?

MAHA2010 b

Credit:http://www.mahaexpo2010.com/

Emmm…..apa yang best kt MAHA ni? Dulu DeQdEq penah pi tahun 2008 kot rasanya…2 –3 kali juga la pi….pi rombongan kelas, waktu tu kan blajar Food Science and Technology….ada la juga kaitan dgn MAHA ni. Pastu pi bawa mak DeQdEq jalan2 kt MAHA. Mmg penat nak jalan2 kt MAHA ni sebab besar sangat. Yang DeQdEq pi dulu, dia ada banyak tempat utk kita pi…ada bahagian2 nya…yang dalam dewan dan juga luar dewan….Yang paling tak leh lupa, kt bahagian haiwan-haiwan ternakan mcm lembu, kambing semua tu…busyukkkkkkkkkk….hehehe….

Untuk tahun 2010, tak tau la apa yang menarik. DeQdEq nak pi hari Ahad nih…nnt DeQdEq akan share dgn semua yer apa yg best kt sana….

Tunggu…….

 

P/S: Thanx to ASROLMANIA sebab ajar cara2 nak buat ScreenGrab nih……mantap sih….hehhee

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...