Monday, 3 January 2011

Andai kau rasa ujian yang kau hadapi adalah yang paling berat…ENGKAU SILAP

Kita selalu rasa bila masalah menimpa diri kita, masalah kita lah yang paling berat dan paling susah. Sedangkan kita tak nampak, rupa-rupanya lebih ramai lagi orang lain yang menghadapi masalah yang jauh lebih berat. Tapi mereka tetap tabah dan kuat menghadapi apa jua ujian yang mendatang.

Seperti mana yang selalu kita dengarkan, Allah menurunkan ujian ke atas seseorang hamba itu adalah setakat kemampuan dirinya untuk menampung. Allah tak akan turunkan ujian yang mana kita tak kan mampu untuk menghadapinya.

Tapi, bercakap atau menulis begini terasa mudah dan senang je, Tapi untuk betul-betul hati ini menerima dan akur dengan segala ujian bagai terlalu sukar. Ibarat macam orang kata ‘cakap tak serupa bikin’. Cakap je pandai, kena kat batang hidung sendiri dah tak reti nak buat apa.

Ke mana hilangnya semangat yang dulunya begitu tinggi dan sentiasa berkobar-kobar. Ke mana juga hilangnya dirimu yang begitu kuat bila menghadapi sebarang jua ujian yang melanda. Ke mana perginya sikap-sikap positif yang pernah menjalari segenap ruang urat saraf dan sendimu.

Hanya kerana ujian kecil ini…semuanya itu hilang dengan sekelip mata. Begitu payah engkau membina insan dalam dirimu. kemudian engkau benarkan dirimu jatuh tergolek hanya kerana satu ujian kecil.

Pasti ‘mereka’ itu ketawa kalau melihat engkau begini. Lemah dan kosong…engkau tak punya apa-apa. Bangkitlah, bangunlah…jangan kau terus duduk setelah kau jatuh begitu lama…Jangan kau lari lagi dari semua masalah yang ada. Berdepanlah segala masalah itu dengan hati yang kuat, ibadat yang cukup, doa yang tak pernah putus-putus. Pastinya Allah akan berada dengan-Mu.

Semoga dengan itu, segala urusan akan dipermudahkan. Semoga hari ini lebih dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ni…dan juga hari seterusnya jauh lebih baik…..

Rindunya dengan senyuman yang macam ni…senyuman yang betul-betul terukir kerana hati yang gembira.

 

NEW YEAR, NEW MONTH, NEW WEEK….AND……NEW ME…

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...