Sunday, 2 January 2011

Apa jadi dengan kucing yang lemas kat Tasik Idaman

Pagi semalam di awal tahun baru, DeQdEq ada ceritakan apa yang berlaku pada malam tahun baru kan….pasal pengalaman yang mengerikan buat DeQdEq <entry>.

Tapi, semalam citer DeQdEq tak habis lagi…..jadi hari ni cuba juga menyambung cerita….klu tunggu lama lagi takut tak siap plak sambungan citer nih…

Kucing yang telah diselamatkan dari dalam tasik tu masih kecil….kiranya anak kucing…walaupun dah agak besar anak kucing nih, sepatutnya dia boleh berdikari mencari makanan. Tapi, disebabkan kucing nih bukan kucing normal, keadaan dia sangat membahayakan diri dia sendiri. Sebab tu yang sampai boleh terjatuh ke dalam tasik.

 

Kalau korang semua nak tau, kepada pencinta-pencinta kucing di luar sana, saat DeQdEq cuba lepaskan anak kucing ni berjalan, DeQdEq dah dapat rasakan memang ada yang tak kena pada kucing nih.

DeQdEq tak tau kenapa, tapi apa yang DeQdEq boleh katakan, anak kucing nih boleh dikatakan sakit Parkinson…sakit yang tangan, tubuh badan menggeletar. Korang tau kan Parkinson tu apa…

Anak kucing malang ni memang tak boleh berjalan betul macam kucing-kucing biasa. Bila jalan tak ada imbangan langsung, mesti asyik jatuh jer…macam urat saraf kaki tangan kucing nih dah rosak je DeQdEq rasa. Tapi, DeQdEq bukan doktor, jadi x taula kenapa dengan kucing nih. Mungkin esok DeQdEq cuba bawa ke klinik.

 

Bila tengok kucing nih makan…lagilah menyentuh hati DeQdEq nih…DeQdEq sampai menangis tengok cara kucing nih makan…bayangkan lah kepala dia asyik menggeletar, jadi dia nak makan pun mulut dia tak dapat nak sentuh makanan dengan betul…asyik terpatuk-patuk je kat makanan. Memang DeQdEq tak mampu nak tolong kucing nih macam mana lagi.

Korang tengoklah dulu gambar-gambar selepas kucing ni diselamatkan dari dalam tasik.

P1011072

P1011073

Mulanya DeQdEq cuma nak keringkan badan kucing nih, bagi haba sikit supaya dia dah tak sejuk…pastu nak balik je la…Sekali bila tengok gaya kucing nih tak normal, rasa tak sampai hati nak tinggalkan dia. Jadi DeQdEq pun bawa balik umah DeQdEq.

 P1011074

 P1011075

 P1011076

 P1011077

Bila dah bawa balik ke rumah DeQdEq…DeQdEq rasa macam tak dapat nak terus jaga kucing nih….DeQdEq menyewa rumat flat kat tingkat 3, lepas tu dengan 3-4 orang lagi ada kat rumah nih..macam mana nak bela kucing ni.

Takut budak-budak rumah tak suka dengan kucing, jadi DeQdEq letak la kucing nih dalam bilik DeQdEq jer…Tapi sampai bila nak macam ni kan….berak kencing kucing nih yang buatkan DeQdEq tak dpat nak terus bela kucing nih dalam bilik DeQdEq.

Nak lepaskan kucing nih kat mana-mana tak sampai hati plak….sebab kucing nih bukan kucing normal…dia sakit…PARKINSON plak tu…apa yang DeQdEq boleh buat….

 

Tolonglah DeQdEq….DeQdEq buntu…tersepit di antara rasa kesian, simpati dan tak boleh nak terus bela dalam bilik tidur DeQdEq…ada ke insan di luar sana yang sudi mengambil kucing nih menjadi haiwan peliharaan.

Atau DeQdEq hantar kucing nih ke SPCA? tapi SPCA pun pasti akan cucuk ubat bagi kucing ni mati jer…sebab dia sakit….

Ya Allah, apa yang boleh aku lakukan untuk kucing nih…Kawan-kawan boleh tak membantu DeQdEq….ada apa-apa cadangan?

8 comments:

meowwmania said...

hai deqdeq...sy dtg dr blog papa meow

terharu bila baca kisah pasal Lucky, mujurlah Lucky bertemu dgn insan yg penyayang dan prihatin mcm Deqdeq

terima kasih kerana Deqdeq sanggup bersusah payah menyelamatkan Lucky

smoga Allah membalas segala jaga baik Deqdeq :)

DeQdEq said...

@ meowwmania:

DeQdEq mmg tak sampai hati nak lepaskan Lucky semula...saat pertama pegang Lucky DeQdEq dah dpt rasa lain je...

klu meowwmania kat tempat DeQdEq pun pasti akan buat perkara yg sama kan...sbb kita sama2 sayangkan meoww...

DeQdEq rindu Lucky....huhuh

Papa Hero said...

alhamdulillah si lucky selamat...terima kasih keran sudi membantu si kecil yang lemah ni....syabas!!!

DeQdEq said...

@ papa hero:

tima kasih papa hero...mmg tak sampai hati nak biarkan Lucky sendiri...disebabkan kelemahan dia tu la Lucky telah jatuh dlm tasik...

Mamarempit said...

assalamualaikum deqdeq.....MR pun baca dr blog papa meow....MR siap share lagi kt FB....Lucky memang lucky.....

DeQdEq said...

@ mamarempit:

wsalam mamarempit...tima ksh sudi baca pasal kisah Lucky di sini...Lucky mmg bertuah...x dpt DeQdEq bayangkan andai DeQdEq tak persan Lucky kelemasan...pasti lucky mati dan tenggelam dalam tasik mcm tu je...tanpa ada yang menyedari...

nurul rifdi said...

salam deqdeq.
mulia sungguh hati deqdeq. semoga Allah dpt membalas segala jasa baik deqdeq terhadap LUCKY dan pada haiwan yg lain. amin.

DeQdEq said...

@ nurul rifdi:

salam...
DeQDeq rasa sapa2 klu kt tempat DeQdEq pun akan buat perkara yg sama...sbb mana mungkin melihat makhluk comel dan kerdil tu menderita....

amin...semoga Allah murahkan rezeki kpd semua pencinta haiwan

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...