Monday, 31 January 2011

Apakah persediaan anda bila tiba masanya…Innalillah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pengunjung blog DeQdEq,

Salam ceria dan salam bahagia.

 

Dah dua hari blog DeQdEq tak berupdate..sebab sibuk bercuti di hujung minggu….Bila hari ini memulakan kerja, terasa hati ini tersentap dan terkedu bila di awal pagi sudah mendapat berita yang sangat sedih dari seorang client DeQdEq.

Tak dapat DeQdEq bayangkan keadaan di client DeQdEq sekarang ni…sebab tu DeQdEq mencuri masa menulis juga entri ini untuk berkongsi rasa dengan pembaca semua.

 

Bayangkan, 2 hari yang lepas, client DeQdEq telah disahkan bahawa terdapat ketumbuhan di otak. Bila tadi, DeQdEq call client DeQdEq tu, dia dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk mendapat nasihat dari sepupu beliau yang juga seorang doktor. Jika tak ada yang menghalang, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin.

Saat dirinya bagitau DeQdEq yang dia telah disahkan ada ketumbuhan di dalam otak, bagai halilintar yang memancar rasanya….Terdiam DeQdEq tak tau nak cakap apa. Apa yang mampu DeQdEq panjatkan doa semoga pembedahan lancar dan dia kembali sihat.

 

DeQdEq tak tau nak tulis apa lagi sebab tak tau macam mana nak lahirkan perasaan DeQdEq di kala ini…hanya Allah yang lebih mengetahui.

DeQdEq rasakan dah gagal jadi penasihat pada client ni, sebabnya dia masih belum buat penama dan masih belum sempat menulis wasiat beliau. Takut DeQdEq kalau jadi apa-apa. Bukan nak minta, tapi itulah hakikatnya…apa-apa boleh berlaku dalam keadaan macam ni.

 

Semoga client DeQdEq akan berjaya melalui pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam otaknya dan dia akan kembali sihat…Harap pembaca semua doakan juga untuk beliau.

 

Kalau korang berada di tempat client DeQdEq ni, apa yang korang rasa…apakah persediaan korang…apakah yang bakal diwarisi kepada anak dan isteri. Sudahkan anda update penama di EPF dan bagaimana wang simpanan di tempat lain juga harta anda.

ADAKAH ANAK DAN ISTERI ANDA DAPAT MEWARISI SEMUA ITU

Sudahkan anda siapkan urusan penama dan wasiat…

 

Pada saat ini juga DeQdEq rasakan DeQdEq patut dan wajib jalankan tanggungjawab DeQdEq sebagai penasihat kewangan dan harta dengan menyampaikan maklumat betapa pentingnya penama dan wasiat dalam pembahagian harta.

Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan ku…semoga diriku dapat membantu saudara seagamaku dengan sebanyak mungkin…amin

 

Kalau anda rasa ini merupakan tanggungjawab anda untuk pastikan harta anda sampai kepada insan yang sepatutnya…anda perlu sediakan wasiat….untuk keterangan lanjut anda boleh RUJUK SINI.

Juga boleh hubungi DeQdEq untuk mendapat consultation dari DeQdEq…

ADAKAH PILIHAN ATAU TANGGUNGJAWAB

IEP SEMINAR PERCUMA BERKENAAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA

BERMINAT? HUBUNGI dEqDeQ DI SINI

RUJUK SINI

 

 

 

 

 

10 comments:

hawiz said...

tumpang simpati..hope client deqdeq pulih nnti..amin..

Blur said...

hope die selamat...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Fakta Menarik Part 3

ch!natsu said...

semoga semuanya baik2 sj utk client deqdeq~

DeQdEq said...

@hawiz

harap sangat...semoga semuanya baik2 dan client deqdeq akan sihat

DeQdEq said...

@Blur

amin...sama2 kita doakan

DeQdEq said...

@ch!natsu

amin...deqdeq pun harapkan perkara sama...

sissyira said...

salam malam selasa =)

Ya Allah, semoga semuanya selesai dengan baik, turut bersimpati dengan apa yang terjadi

ziarah rakan yang saya follow =)

DeQdEq said...

@sissyira

mudah-mudahan syira...kita doakan yg terbaik utk client deqdeq...

Myvitrd said...

Penama untuk wasiat memang penting... takut berlaku apa2 sekurang2nya harta kita dah ada pewaris

DeQdEq said...

@Myvitrd

tp sedihnya, ramai org Islam masih tak rasa kepentingan menulis wasiat ni.

mereka fikir buat apa nak tulis wasiat ikut je faraid..

sdgkan mereka x tau, klu tak ada wasiat, proses nk dptkan surat dari Amanah Raya Berhad pun boleh memakan masa bertahun-tahun.

Belum lagi kalau pewaris nya berangkai-rangkai sebab ramai yang dah meninggal....macam2 lagi la..

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...