Sunday, 16 January 2011

Belum sampai 24 jam…DeQdEq dah rindu kat anak DeQdEq ni…huhuhu…sedihnya

Lepas solat Maghrib tadi hati rasa sayu sangat…sedih je….dah la sorang-sorang…DeQdEq menangis sudah…sebab teringat kat ‘LUCKY’ bukan laki yer…

Lucky merupakan kucing yang DeQdEq selamatkan dari mati lemas kat Tasik Idaman < ENTRY>. Waktu tu malam tahun baru….kiranya DeQdEq sempat menjaga dan memberi kasih sayang kat Lucky selama 15 hari sebelum diserahkan kepada Papa kucing yang baik hati untuk menerima Lucky dan menjaga Lucky.

DeQdEq bukan tak nak jaga Lucky….tapi DeQdEq tak mampu….kalau nak tau kenapa DeQdEq tak boleh terus jaga Lucky…boleh TENGOK SINI

 

Hari ni, seperti yang dijanjikan dengan Papa Kucing…DeQdEq hantar Lucky ke tempat Papa Kucing….memang best sgt tempat ni…kat tepi bukit…sejuk je…

Harap-harap Lucky dapat sesuaikan diri dengan tempat baru dan juga kawan-kawan baru. Maafkan DeQdEq sebab tak dapat nak terus jaga Lucky.

 

 P1011112

 

 P1011126

 

P1011127

 

P1011131

 

 P1011136

 

P1011137

15 comments:

||aLeaSaRa|| said...

alah comelnye mesti dEq2 rindu lepas ni kan?eloklah Papa kucing jaga Lucky.Lagi terurus.dEq2 pun blh jengok lucky lagi.jgn sedih2 ye.kite fhm sbb my sis mmg syg giler kat kucing.mcm2 pglmn tempoh dgn dia spjg bela kucing.

DeQdEq said...

@ aleasara:

mmg dah rindu sgt2 rasanya...tapi bila fikir Lucky lebih gembira rasanya kat tempat baru dari terkurung dlm bilik, jd terpaksa relakan juga...

Myvitrd said...

wah banyak nye kucing.. ni jadi tokey kucing ke apa ni? hik2

Ikah said...

Deqdeq, yealah, pasti rindu coz dah 15hari bersama dier. Takpe, ini salah satu ujian Allah bagi kat kita dlm menjaga amanahNya. KIta pakat doa yea

DeQdEq said...

@ myvitrd:

kucing2 tu bkn kucing DeQdEq pun...itu kucing2 papa kucing...DeQdEq plak pegi hantar kucing yg DeQdEq selamatkan malam tahun baru lepas kat papa kucing...sbb DeQdEq tak leh nak terus jaga kucing tu


@ Ikah:

mmg rasa rindu sgt2....bila balik umah selalu Lucky ada dgr dia bising asyik mengiau...asyik nak gesel kat kaki...tp skrg senyap sunyi je..


mudah-mudahan la Lucky gembira dgn kawan2 baru...tima kasih Ikah...sma2 kita doakan

nEuR0 shEwAzni said...

dah lama berhajat nak g umah Papa Meow ni . nk jmpa wewek , wawa (nama saya) , and mybe leh jmpa lucky . hehe .

DeQdEq said...

@ neuro shewazni:

pegi la jenguk diorang....DeQdEq suka juga kat wewek tu....body mcm betina sekali tgk jantan...hehehe...

best sgt2 dpt jumpa kucing2 tu...kiranya sejam juga DeQdEq habiskan masa kat umah Papa Meow semalam

zaa_marilyn@yahoo.com said...

hari ahad p rumah PM sempat berkenalan ngan Lucky.

comel. skali tgk nampak normal. tp papa dah cakap awal2 yg Lucky nie istimewa.

kucing2 rumah PM ramah tamah,insyallah cepat la Lucky mesra ngan abang2 n kakak2 baru

m4rilyn said...

hari ahad p rumah PM sempat berkenalan ngan Lucky.

comel. skali tgk nampak normal. tp papa dah cakap awal2 yg Lucky nie istimewa.

kucing2 rumah PM ramah tamah,insyallah cepat la Lucky mesra ngan abang2 n kakak2 baru

DeQdEq said...

@ m4rilyn:

pegi petang ke? sbb DeQdEq gi sana pagi...klu x mst dpt jumpa kan...

Lucky mg comel...makan selera...aktif main mcm kucing lain...cuma dia tak kuat untuk berjalan...dpt nak imbang badan...

DeQdeq pun harap sgt Lucky dpt sesuaikan diri....

m4rilyn said...

ha'ah pg petang sbb papa free belah petang tiap masa.

jumpa incik smart yg sengal tak?

DeQdEq said...

@ m4rilyn:

incik smart tu anjing yang PM bela tu ker?
ada la sekor tu datang menerpa DeQdEq...DeQdEq terkejut dan tak biasa lagi dengan anjing...

jadi PM suruh anjing tu pegi...sbb DeQdEq takut...heheh

mungkin lepas nih nak cuba juga bermesra dgn anjing2 PM

Sunah Mohammad said...

sukenye tengok~ lucky da jumpa kawan2 baru~~

DeQdEq said...

@ sunan mohammad:

DeQdEq harap sgt Lucky dpt sesuaikan diri dgn kawan2 baru tu...harap Lucky happy...

Lia3003 said...

hm, kesian lucky, harap leh sesuaikan diri kat tempat baru.

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...