Monday, 31 January 2011

Harga minyak RON 97 naik 10 sen lagi

Harga minyak naik lagi? Biar betul? Bukan ke baru je naik hari tu….nak naik lagi?

Nampak gayanya macam tu la…..jadi apa kesannya? Adakah anda akan turut merasa kesan dari kenaikkan harga minyak atau petrol atau RON97.

Kepada penguna RON 95 mungkin boleh menarik nafas lega…tapi macam biasa la kan…bila harga petrol naik, semua barang pun nak naik harga juga.

Tapi rasanya isi pendapatan rumah atau pendapatan rakyat Malaysia puratanya masih di tahap sama dalam RM 2,000 sebulan…tak pula nak naik kan. Jadi, apa yang anda mampu lakukan…

Mula fikirkan kerja sampingan? Nak buat 2-3 kerja atau macam mana?

 

Bila terjadinya macam ni, DeQdEq rasa bersyukur sangat dengan kerjaya DeQdEq yang mempunyai pendapatan yang tiada had…unlimited income…nak mulakan kerjaya dengan CWA?

Boleh rujuk di SINI.

 

 

 

Petikan dari Malaysia Kini:

 

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

 

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telah pun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

 

Sumber: MalaysiaKini

 

8 comments:

HAZWAN17 said...

wah naik harga lagi...

DeQdEq said...

@HAZWAN17

naik lagi dan lagi dan lagi....turun mcm mustahil je...huhuhuh

Sunah Mohammad said...

o...ron95 RM 1.80 lak eh..

DeQdEq said...

@Sunah Mohammad

a'ah...RON 95 tetap RM 1.80....

Papa meow said...

Naik lagi ...adeh!
kna kerja kuat lagi ni...carik pitih lebih :D

Hadiah menang pilihan raya Tenang kn ...naik seposen :D

DeQdEq said...

@Papa meow

naik lagi dan lagi...tak tau la lepas ni mcm mana...mcm boleh naik lagi je

Adzriel AB said...

ron97 bagus utk enjin. kalau harga ron97 murah, tak berapa lakulah ron95 yg kualiti rendah tu. tapi nisbah apa yg dipakai bila teh tarik naik 10 sen juga?

DeQdEq said...

@Adzriel AB

itu la..mmg RON97 lagi bgs...

cuma yg x tahan sbb bila minyak naik barang lain pun nak naik

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...