Sunday, 23 January 2011

Linda Onn mahu merampas trofi Penyampai Radio Popular dari Fara Fauzana dengan bantuan LOOK

Tadi bila terbaca pasal blogger meraih pendapatan 1 juta dari myvitrd, DeQdEq pun keluar la semata-mata nak beli surat khabar berita minggu. Yelah, nak tau la apa yang menrik sampai boleh menjana 1 juta hanya melalui blog.

Ramai juga blogger yang dah menulis pasal ni….muka red mummy a.k.a kak red mesti menghiasi blog-blog pada hari ini.

 

Bila dah beli surat khabar, mulalah DeQdEq membelek-belek surat khabar..baca berita apa yang best…selain berita pasal blogger tu. Jadi, DeQdEq cuba cari apa yang menarik untuk dikongsi di blog DeQdEq ni.

Baca punya baca, belek dan belek…tak juga dapat idea nak tulis apa….mungkin disebabkan selsema dan sakit kepala yang menyerang DeQdEq sekarang ni membantutkan idea untuk menulis.

 

 

Sampai la pada satu berita yang telah menarik minat DeQdEq untuk dikongsikan. Tajuknya ialah: LOOK pastikan Linda Onn menang.

LOOK? Siapa LOOK? Kalau Linda Onn mestila korang kenal kan…penyampai radio SURIA FM juga mantan penyampai radio ERA FM dan juga SINAR FM.

 

LOOK adakah singkatan untuk Linda Onn’s Orange Klub. Kiranya kelab peminat dan penyokong Linda Onn la ni.

LOOK begitu bersemangat untuk pastikan Linda Onn berjaya memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Linda Onn pernah memegang trofi ini selama 6 tahun berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2006 sehinggalah muncul Fara Fauzana yang mempunyai daya tarikan tersendiri sehinggakan melayakkan dirinya dinobatkan Penyampai Radio Wanita Popular merampas trofi dari Linda Onn.

 

Untuk berita lanjut boleh ke Berita Harian Online.

6 comments:

Tasha said...

kesiannya deqdeq sesema n pening kpala~ bawa berehat yer.

DeQdEq said...

@Tasha

tima kasih tasha...

umi_e said...

citerlah tentang blogger yang jadi jutawan tu... itu lebih menarik (bagi kak e yang tak baca surat khabar hehehhee)

Citarasa Rinduan said...

em..
macam2 lah orang kita nie nak menang..

deqdeq..kita serupa...demam dan salsema..lambat kan nak pulih...moga kita segera sembuh...

DeQdEq said...

@umi_e

rasanya dh ramai blogger yg share pasal citer blogger tu ari ni...jd DeQdEq dgn x laratnya cuba mencari cerita yg tak best sgt hehehe

DeQdEq said...

@Citarasa Rinduan

ye ke kak...semoga akak pun cepat sembuh ye...mmg bdn x selesa sgt bila selsema mcm ni...huhuhu

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...