Thursday, 13 January 2011

Membaca Surah Yassin hanya ketika berlaku kematian

Assalamualaikum dan selamat malam,

Kenapa malam ni DeQdEq nak menulis sedikit pasal Surah Yassin nih…cerita bermula bila tadi DeQdEq pegi membeli burger kat bawah rumah DeQdEq ni. Dah tu bersembang la dengan akak jual burger tu.

Dia pun bagitau yang ada jiran kat blok yang DeQdEq tinggal ni baru melahirkan anak….jadi persatuan ada keluarkan duit dan belikan hadiah untuk baby tersebut.

DeQdEq rasa kagum juga sebab persatuan kat blok DeQdEq tinggal ni sangat aktif. Macam-macam majlis yang diorang ni selalu buat. Tapi DeQdEq tak pernah join pun….hehehe..sebab merasakan diri ini hanya menumpang dan tak tinggal lama kat sini.

Akak tu pun bercerita la yang malam ni ada majlis bacaan Yassin dan tahlil sebab baru berlaku kematian di kejiranan kami ni. Lepas berita kelahiran, ada plak berita kematian. Begitulah dunia, setiap yang lahir akan menempuhi ajal pastinya.

Cuma bezanya, kelahiran disambut dengan kegembiraan tetapi kematian akan diiringi dengan kesedihan.

 

DeQdEq agak tertarik bila akak tu bertanya:

 

Akak jual burger: Adik tahu tak apa kelebihan baca surah Yassin

DeQdEq: Banyak sangat kak…

Akak jual burger: Itu la kan, memang banyak sangat…tapi ada sepasang suami isteri di kejiranan kita ni, tak pernah dan tak nak join langsung bila ada majlis bacaan Yassin kat blok kita ni.

DeQdEq: Kenapa plak kak?

Akak jual burger: Kata diorang…baca Yassin bila ada orang mati je..

DeQdEq: Terkedu…..tak tau nak cakap apa

 

Apa pendapat korang….betul ke macam tu? Baca Yassin bila hanya ada kematian….pada DeQdEq Surah Yassin tu terlalu banyak sangat kelebihannya…

Sebab tu masyarakat kita menjadikan bacaan Yassin ni seperti perkara harus untuk dilakukan setiap malam Jumaat. Kebanyakkan masjid dan surau pasti akan buat majlis bacaan Yassin selepas solat Maghrib.

 

DeQdEq cuba juga cari kat internet dan terjumpa blog ni….Jadi siapa nak tahu apa kelebihan membaca surah Yassin ( bukan hanya untuk kematin yer), banyak lagi kegunaan surah yassin ni…korang boleh la SINGGAH SINI

11 comments:

ciK waNi said...

byk kelebihan alquran..
bkn stakat surat yassin shja.
malah smua surah didalam alquran mngndungi kelebihan nya tersendiri

deqdeq said...

@ cik wani:

memang betul tu, tak dapat disangkal lagi...Al-Quran memang menpunyai mukjizat yang tak dpt ditandingi....

setiap surah Allah turunkan ada tujuan dan hikmahnya

sissyira said...

salam

dasyat tu

kalau tak ada orang mati mamcam mana yea?

tak baca langsung la yea? huhuh

deqdeq said...

@ sissyira:

itu la kan...mcm mana la agaknya boleh berfikir macam tu...mgkn sbb dh sinonim dgn masyarakat kita bila ada kematian mesti ada bacaan yassin dan tahlil....jadi mereka fikir Yassin hanya utk kematian

myvitrd said...

Sungguh silap orang tu bila mengatakan bacaan yassin tu kita baca time kematian je..

Saya bukan arif bab agama tapi ada sedikit ilmulah..

Sebenar bacaan yasin banyak kelebihannya.. kita boleh baca bila2 masa sahaja dan tak semestinya time malam jumaat je atau ada orang meninggal..

Benda tu dah jadi budaya kita..

Sebaik-baiknya orang yang tengah nazak pon bagus kita bacakan yassin.. ramai orang tersalah anggap bila bacakan yasin orang sakit seolah2 kita meminta orang tu mati cepat..

So mungkin jiran tu jahil sikit dan kita tak boleh nak salahkan dia jawab macam tu..

Sebab budaya kita dari kecik dah mengajar macam tu.. baca yassin time malam jumaat dengan time kematian je.. walhal bila2 pon boleh baca sebenarnya.

Maaf kalau saya panjang pulak berceloteh dalam ni.. sekadar ingat mengingatkan sesama muslim..

deqdeq said...

@ myvitrd:

trima kasih sgt2 sbb sudi singgah dan tinggalkan komen kat sini...mmg sgt2 dihargai

DeQdEq setuju sgt apa yg myvitrd ckp tu...dah jadi budaya pasal baca Yassin tu....surah Yassin dan kematian + org sakit dah macam sinonim...

contoh lain plak macam Surah Al-Fatihah, org merasakan hanya utk tujuan yg sama sedekah kepada org meninggal...padahal kita boleh bacakan Al-Fatihah utk semua perkara...hanya bergantung kepada doa kita.

Pendek kata seluruh Al-Quran ada fadilatnya dan kelebihannya...kita yang tak tau

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh pg jumaat yg indah!hye DeQ2..anakmuda terutamanya serig keliru.knpa time ada prg menggl br klm kbt buka kitab,buka al-Quran,buka yassin?blh dibaca time ssh hati,time gembira tanda bersyukur,time gelisah dan keliru..semua boleh.tq dgn n3 ni ye DeQ2..hrp jrn tu dpt hidayah dan fhm kelebihan bc yassin ni

deqdeq said...

@ aleasara:

itu la kan...byk lagi yang keliru skrg nih...Al-Quran byk kelebihannya cuma kita ni yang jahil...

semoga kita semua mendapat hidayah Allah sentiasa

||aLeaSaRa|| said...

yuhuu sggh sini bw award ambil ye

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/01/alhamdulillah-rezeki-hari-jumaat.html

Amira Naddia said...

jahil la pasangan tuh...yassin bkn utk kematian je..

deqdeq said...

@ aleasara:

tima kasih bagi award...hehhee

@ amira naddia:

kita doakan semoga mereka mendapat petunjuk Allah, begitu juga kita...jgn berhenti menuntut ilmu

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...