Monday, 3 January 2011

Mode: Memulihkan semangat yang hilang

Sepatutnya di hari pertama bekerja di tahun baru ni mesti la bersemangat waja nak memulakan tugas. Yelah, azam baru telah disulam agar cantik dan dapat ditunaikan satu persatu supaya tidak ada yang tercicir. Tapi, sebaliknya yang berlaku pada DeQdEq.

Bercakap memang mudah, nak bagi nasihat kat orang pun lancar jer…tapi bila kena batang hidung sendiri, kena tanggung di bahu sendiri, DeQdEq seperti hilang semua kekuatan yang ada. Macam mana untuk memulihkan semangat yang hilang ni…

Bila dari dalam tak punya kekuatan, jadi sukar sangat untuk dizahirkan…walaupun badan sihat tapi terasa sangat-sangat lemah dan lemau. Ya Allah, apa yang harus diri ini lakukan.

 

P1010589Senyuman yang dizahirkan hanya untuk mengurangkan duka lara di hati.

 

Disebabkan semangat yang hilang inilah menyebabkan blog DeQdEq dalam 3 hari ni seperti sunyi dari entry baru dan menarik…semalam dan kelmarin hanya 1 entry yang DeQdEq update. Itupun sebab paksa diri…kalau tak memang 1 entry pun tak ada….

Memang trafik ke blog DeQdEq menjunam teruk kesan daripada DeQdEq hilang semangat ni. Nak blogwalking macam selalu pun tak terasa lagi nikmatnya. Maafkan DeQdEq yer semua jika DeQdEq belum membuat kunjungan balas ke blog korang.

DeQdEq tengah mencari kekuatan dan memulihkan semangat yang hilang ni. DeQdEq tak punya siapa-siapa yang dapat membantu DeQdEq di kala ini…hanya Allah yang satu…DIA lah peneman yang paling setia…sentiasa ada di sisi bila kita susah mahupun senang.

Bila bergantung harap pada manusia, beginila jadinya, bila manusia itu pergi meninggalkan kita, diri bagai hilang punca. Terkapai-kapai mencari kekuatan dan punca hidup.

Ya Allah…berikanlah aku kekuatan untuk terus memajukan diri ini..

 

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...