Saturday, 1 January 2011

Pengalaman mengerikan di malam tahun baru 2011…kucing lemas dalam tasik

Malam tadi, malam tahun baru 2011….mungkin ada yang pegi sambut tahun baru kat mana-mana…tengok bunga api, konsert dan sebagainya..DeQdEq tak pula pegi sambut kat mana-mana.

Cumanya, keluar pegi makan dengan kawan-kawan je…keluar makan pun dah pukul 10 lebih…memang la nak menambahkan lemak yang dah sedia banyak ni…huhhu…padahal azam tahun baru nak turunkan berat badan….

DeQdEq dan kawan-kawan pergi makan kat Tasik Idaman. Pernah tak korang sampai kat Tasik Idaman nih….kalau belum DeQdEq nak bagitau tempat dia menarik la sebab dikelilingi tasik dan ada hiburan macam deejay dan juga persembahan nyanyian. Kalau tak silap ada karaoke juga rasanya.

Nak tau lebih lanjut pasal Tasik Idaman, korang boleh ke laman web rasmi, blog atau facebook Tasik Idaman ni. Tasik Idaman nih terletak di Dengkil.

Tasik Idaman

 

Tak sangka la plak Tasik Idaman ada buat pertunjukan bunga api juga malam tadi…Kiranya DeQdEq dapat juga la tengok bunga api, walaupun tak pegi ke mana-mana sambutan tahun baru.

Bila dah habis pertunjukan bunga api, DeQdEq pun nak balik la….DeQdEq makan kat tempat macam dalam gambar kat atas tu. Bila je lalu jambatan tu, elok je sampai kat tepian darat, DeQdEq macam perasan ada benda tergolek jatuh dalam tasik. Sebabnya tepian darat tu membukit, ternampak la ada benda yang jatuh ke dalam tasik.

Atas dasar ingin tahu, DeQdEq pun patah balik sebab nak tengok apa benda yang jatuh. Sekali DeQdEq tengok ada anak kucing yang sedang terkapai-kapai kelemasan dalam tasik tu. DeQdEq dah mula gelabah bila tengok anak kucing tu terkapai-kapai….menjerit DeQdEq minta tolong..

Tak fikir dah malu kat orang, sebab fikirkan anak kucing tu je. Nasib baik ada seorang pekerja Tasik Idaman nih yang sudi nak tolong selamatkan anak kucing ni. Mujur juga anak kucing nih jatuh bukan ke tengah tasik, masih di tepi tasik…Jadi dapat la tangan pekerja tu nak mencapai anak kucing.

Alhamdulillah dapat juga selamatkan anak kucing tu…DeQdEq tak jadi balik lagi, cuba temankan anak kucing tu dulu…Bayangkan jantung dia tengah berdegup kencang dan tengah basah kuyup. Tak sampai hati DeQdEq nak tinggalkan anak kucing tu macam tu je.

Ada pekerja bagi kain pada DeQdEq jadi DeQdEq keringkan badan anak kucing tu dan cuba panaskan badan anak kucing tu. DeQdEq peluk anak kucing tu nak bagi haba pada dia.

Bila dah mula kering, DeQdEq cuba dirikan anak kucing tu…tapi DeQdEq perasan ada yang tak kena dengan anak kucing nih….

Nak tau apa yang tak kenanya…nanti DeQdEq sambung cerita ni yer…

 

 

1 comment:

Olate Omote said...

Ciannyer...Omote pun ada wawan kucing, Utih nama dia...

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...