Friday, 7 January 2011

Sehari bersama staff DIGI

Hari ni DeQdEq buka kaunter promosi di DIGI kat Subang Hei-Tech…Memang ramai juga staff DIGI…kira best juga la buka kaunter kat sini sebab respons yang diterima tak mengecewakan.

Walaupun nak dapat client yang nak melabur atau menyimpan agak susah sikit. Kebanyakannya lebih suka berbelanja dari menyimpan. Tapi bila dapat berinteraksi dengan diorang sangat-sangat la best.

DeQdEq boleh tengok je hari ni, kaunter lain yang jual barang-barang semuanya ramai yang pergi. Memang ramai tertarik untuk membeli…huhuhuhu…bila tengok kaunter CWA, sebut jer simpanan dan pelaburan….pakat geleng-geleng kepala terus tanda tak nak.

Tapi apa yang lebih menarik, mereka yang betul-betul mempunyai disiplin dalam menyimpan dengan sendirinya datang ke kaunter kami untuk bertanya pasal simpanan dan pelaburan dalam unit amanah atau Unit Trust.

Kalau yang bangsa Cina lebih memilih untuk menyimpan menggunakan wang tunai lebih daripada menggunakan wang KWSP diorang. Mentaliti dan penerimaan diorang terhadap simpanan dalam Unit Trust juga berbeza sangat. Diorang ni lebih positif dan berani dan juga banyak pengetahuan dalam hal kewangan.

Memang DeQdEq kagum dengan diorang ni, muda-muda lagi dah banyak menyimpan. Sepanjang bekerja dengan CWA ni, DeQdEq susah nak jumpa dari kalangan orang Melayu sendiri yang ada disiplin untuk menyimpan dari usia muda. Ada tu memang ada, tapi tak ramai.

Korang pula macam mana? ada buat simpanan tak? kalau belum sekarang ni kena mula menyimpan dah…biar sikit tapi tetap ada simpanan. Mulakan je dulu dengan RM 1 sehari simpan dalam tabung…bila dah cukup setahun terus masukkan dalam ASB atau mana-mana Unit Trust.

Apa tu Unit Trust? Pada yang belum pernah dengar pasal Unit Trust boleh la TERJAH SINI. Kat sini DeQdEq ada kongsikan ilmu berkenaan Unit Trust dan kat mana tempat simpanan di Malaysia ni yang bagi pulangan yang tinggi.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...