Thursday, 3 February 2011

Apakah faktor yang membuatkan ramai yang akan menyertai contest yang dianjurkan

 

Sambungan dari ENTRI ini:

 

DeQdEq akan sambung apa lagi faktor kepada ramainya yang akan join contest yang kita anjurkan. Macam dalam ENTRI sebelum ni, DeQdEq dah terangkan dan bagi contoh bahawa hadiah memang menjadi faktor tarikan utama untuk kita join sesuatu contest tu.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan lagi bila nak buat contest ni. Bila buat contest mesti la nak dapat banyak penyertaan kan? Kalau penyertaan kurang tak best la. Betul tak?

 

DeQdEq pernah bertanya kepada blogger hebat kita iaitu Eyriqazz. DeQdEq menghubungi Eyriqazz melalui email. Berikut petikan email dan pendapat dari Eyriqazz.

 

eyriqazz 2

 

Mengikut Eyriqazz, dan pada pendapat beliau, sebelum kita nak anjurkan contest, kita perlu pastikan trafik blog kita stabil dulu. Kalau masih baru dan belum dapat trafik yang stabil, kena la usaha dan kerja keras dan rajin promosikan contest yang kita buat tu.

Contohnya, bila blogwalking…tinggalkan komen dan ajak blogger lain join contest yang kita anjurkan tu. Faham?

 

Dalam erti kata lain, trafik memang penting untuk sesuatu blog maksudnya blog kita kena la ada pengunjung. Kalau tak ada pengunjung siapa yang nak baca entri kita tulis? Kalau kita buat contest sapa plak yang nak join kan?

 

eyriqazz

 

Seterusnya, faktor penting lain ialah syarat yang tak memberatkan. Contohnya macam syarat yang nak kena jadi follower, LIKE page dan sewaktu dengannya. Biarla diorang follow sebab diorang suka. Tak perlu nak suruh-suruh kan.

Seterusnya syarat letakkan banner kat sidebar. Kalau letak banner dalam entri tu OK…bila nak kena letak plak kat sidebar agak menyusahkan plak. Betu tak? Macam banyak sangat perkara…leceh la.

Jadi bila ada syarat yang menyusahkan macam ni, akan buatkan sesetengahnya tak berminat nak join.

 

Setakat ini dahulu perkongsian DeQdEq. Kesimpulannya, nak menarik ramai orang join contest kita, hadiah kena menarik dan jangan letakkan syarat-syarat yang berat. Lagi mudah lagi ramai yang suka dan join.

Lagi mudah cara penyertaan lagi ramai yang berminat untuk join.

 

16 comments:

Azman Roslan said...

betul tu, jangan letak banyak sangat syarat yg leceh.. biar mudah, pasti ramai akan join..

Angelika said...

a'ahh kadang kadang ada yg suruh jadi follower dulu, macam memaksa, kan?
well, just saying :)

neway thnx fer d info !

Tasha said...

setuju~
tapi nmpknya I dah lama tak buat contest

DeQdEq said...

@Azman Roslan

betul tu juri...hehehe...mmg klu sng je syaratnya mmg ramai yg suka nak join

DeQdEq said...

@Angelika

mmg sesetengah kita tak suka dgn syarat yg spt menyuruh atau dipaksa...

yelah klu x follow x ckp syarat...nnt tak qualify plak nk mennag contest kan...mmg rasa mcm terpaksa la...jd follow je sbb nak join contest

DeQdEq said...

@Tasha

bila plak tasha nak buat contest lagi?

rossoneri said...

hmm kita xkisah kalau dia suh jadi follower,tapi yang xbestnya bila dah suruh kita ni jadi follower,rajin2 lah update,ini lepas contest terus hilang,xpon update blog macam nak xnak je...

dan yang paling kita sakit hati, bila buat contest hilang pulang kan owner blog tuh..dahlah yg join contest dia ramai,lebih 100..taulah busy,tapi janji tetap janji,update benda lain boleh pulak kan..

hehe tiba2 emo pulak... :D

Sunah Mohammad said...

macam nak wat giveaway lak...huhuhu

mie said...

sokong 100%...
lagi satu, jangan paksa suruh buat sticky post..
ehehee

DeQdEq said...

@rossoneri

emmm...ada juga ke mcm tu...terima kasih juga sbb share kt sini yer...

skrg2nya deqdeq tau...peserta contest nak tau perkembangan contest dari semasa ke semasa...

jadi deqdeq akn ambil perhatian kat situ bila buat contest nanti

DeQdEq said...

@Sunah Mohammad

buat la sunah....nak hadiah kek lapis...heheheh

DeQdEq said...

@mie

a'ah...klu sticky post tu sama gak mcm menyusahkan..hehehe

||aLeaSaRa|| said...

kite ni suka support kwn2 yg buat contest/ga/segmen.tapi cukup malasssss kalu kena tag lbh dr sorg dan kena ltk banner kat sidebar.tang kena follow tu keite tak ksh..yelah time ni nk support blog kwn2...erm tgu DeQdEq lah ni bila nk buat contest he3..

DeQdEq said...

@||aLeaSaRa||

alamak...mcm mana nih...deqdeq baru plan nak kena tag lbh dr sorang juga...huhhuhu

puanbee said...

betui betui..tp bg bee follow tu oke lg kot..cuma like2 fb , atau follow di twitter atau yg letak banner kat sidebar jer tu teruk sgt lah syarat nyer..

DeQdEq said...

@puanbee

yup..deqdeq pun setuju...setakat follow tu ok jer...klik je la butang follow...

tp klu yg lain2 tu mmg mcm leceh la skit...nk itu ini...

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...