Tuesday, 22 February 2011

Kalau susah….macam mana nak buat? tukar format atau apa yer….

 

Ada kawan-kawan DeQdEq katakan memang contest 5-5-5 DeQdEq ni agak susah….terima kasih tau Cik Lekit dan Cik Sunah..

DeQdEq tau, memang contest yang mudah akan dapat ramai penyertaan….banyak contoh contest yang mudah kita boleh tengok….DeQdEq sendiri pun banyak juga join contest-contest tu….

Contohnya Contest Kucing Paling Comel….memang sangat mudah…cuma letak gambar kucing je…DeQdEq rasa penyertaan contest ni dah pun melebihi 50….tahniah kepada penganjur…adik kita sorang ni…apisv3.

Kalau sesiapa yang suka kucing…ada gambar kucing…boleh join juga….SILA KLIK SINI

 

Tapi tak kurang juga kan ada contest yang bukan la susah, cuma kehendak contest tu agak berat dan memerlukan kita memerah otak dan berfikir lebih jauh dan kreatif….mungkin contest 5-5-5 DeQdEq ni pun boleh dikategorikan begitu.

Sebabnya, DeQdEq buat contest ni bukan setakat untuk suka-suka…DeQdEq punya objektif dari mula-mula menulis blog lagi, iaitu ingin mendidik dan memberi ilmu setakat termampu oleh DeQdEq.

Memandangkan kerjaya DeQdEq setiap hari pun adalah untuk meyampaikan maklumat dan mendidik client tentang pengurusan kewangan, jadi DeQdEq ingin sekali berkongsi ilmu di alam blog pula.

 

Macam contest 5-5-5 ni, DeQdEq mengambil masa mungkin dalam 2 minggu juga untuk merangka contest ni, sebab nak bagi mudah dan menarik, di samping dapat mencapai objektif untuk mendidik dan menyampaikan ilmu tentang pengurusan kewangan.

Apa yang korang faham atau tau tentang CREATE, PROTECT & PRESERVE.

 

CREATE:

Bagaimana anda ingin menggandakan wang simpanan anda….bagaimana anda merancang kewangan anda pada setiap bulan..ada tak buat simpanan. Potong gaji dan masukkan ke Tabung Haji atau ASB ke…semua itu adalah termasuk dalam mencipta kekayaan atau CREATE WEALTH.

 

PROTECT:

Ini pula adalah berkenaan apakah anda telah mempunyai perlindungan….kiranya anda punya kekayaan yang melimpah ruah sekarang ni, tapi tak ada pelan perlindungan, andai kata suatu hari nanti anda jatuh sakit atau hilang keupayaan kekal, tak mampu lagi bekerja.,Takaful dan Insurans dapat menggantikan sumber pendapatan anda atau ‘income replacement’.

Bila sakit menimpa, duit berjuta pun boleh habis dengan sekelip mata memandangkan kos perubatan masa kini terlalu tinggi….sebab tu kita selalu lihat di dada akhbar, yang mana terdapat ramai yang meminta simpati orang ramai unuk menderma bagi menampung kos-kos rawatan.

 

PRESERVE:

Ini pula lebih kepada perancangan harta pusaka anda. Tahukah anda apa akan terjadi kepada harta dan aset anda bila anda telah tiada di dunia. Apakah semua harta itu akan sampai ke tangan insan tersayang anda.

Atau harta anda tak dapat dituntut kerana anda tidak menulis wasiat dan melantik pentadbir yang akan menguruskan pembahagian harta anda.

_______________________________________________

 

Banyak lagi sebenarnya untuk dikongsikan di sini…sebab itu DeQdEq ingin melihat sejauh mana anda semua tahu tentang pengurusan kewangan dan harta kita.

Sebab DeQdEq sendiri, pada usia muda dulu tambahan di waktu remaja, tak mengambil berat dan tak mengambil tahu pun tempat simpanan yang mana memberikan pulangan yang tinggi…

Bila dah bekerja dalam bidang ni..barula rasa macam menyesal, kenapala DeQdEq tak simpan duit PTPTN dulu…kalau aku simpan sikit…sekurang-kurangnya DeQdEq dah ada simpanan sikit kan…

 

Tapi hal yang lepas biarlah lepas kan…jadi apa yang kita boleh buat adalah merancang untuk masa kini dan masa hadapan…

Maafla…panjang lebar pula DeQdEq membebel dalam entri ini….DeQdEq cuba untuk sampaikan apa yang DeQdEq rasa…

 

Tentang Contest 5-5-5 tu…andai ramai yang bermanfaat dan dapat menambah ilmu dari contest ini pun syukur alhamdulillah….sebabnya, ilmu yang kita kongsikan dan dapat pula diamalkan oleh orang lain sangat-sangat la menguntungkan, di dunia dan juga akhirat insyaAllah.

 

merce Jom cuci mata sikit…heheheheh…..cantik tak kereta ni?

 

11 comments:

Puanbee said...

betul tu deqdeq hadiah masyuk memang lah susah :)

Sunah Mohammad said...

good kakak sayang...bagi penerangan..:)

actually berbaloi jek kesusahan tu sebab hadiah pun lumayan... :)

DeQdEq said...

@Puanbee

a'ah...betul bee...bila contest tu mencabar, pasti hadiahnya pun berbaloi kan...

deqdeq pun nak join 1 contest ni...hadiah dia ipad....

DeQdEq said...

@Sunah Mohammad

terima kasih juri...heheheh

Citarasa Rinduan said...

deqdeq..semoga ramai yg join yer walau ampak agak sukar gitu

Adyshariz said...

btui tu deqdeq..nk didik masyarakat mmg kene mcm2 gaya..hope ramai yg sudi join contest deqdeq ni.. akak pon amik masa gak nk buat entry, seharian kene review blog deqdeq, 2 hari karang draf..hehe..

takpe ..hadiah berbaloi-baloi

Nadhirah Ahmad said...

contest susah cam 5-5-5 skrg2nya tak brdsrkn luck je. lg bes n mcbar. bg sy, sy lbih ttrik cntst mcm ni drpd yg buat2 link2 j.

Nadhirah Ahmad said...

sy akn join cntest ni. tp tgh fikir lg. puzzle dh siap. heeeeeee

DeQdEq said...

@Citarasa Rinduan

terima kasih kak ayu...akak selalu support deqdeq...

DeQdEq said...

@Adyshariz

terima kasih kak...bila contest mcm ni, mmg kena bagi komitmen lebi...sebab tu ramai yg agak susah skit nak join...deqdeq faham...

tp asalkan objektif utk mendidik tercapai pun dh ckp alhamdulillah

DeQdEq said...

@Nadhirah Ahmad

terima kasih dear...sebab sudi support contest deqdeq ni..

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...