Tuesday, 1 February 2011

Krisis di Mesir | Bagaimana keadaan pelajar Malaysia

Dalam kesibukan bekerja semalam, DeQdEq ada terbaca pasal keadaan di Mesir. Berlaku krisi di Mesir dan keadaan menjadi sangat huru hara dan sudah sampai ke tahap darurat.

Apa perasaan kita bila melihat keadaan ini? Tahukah atau sedarkah kita akan terdapat pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana..juga rakyat Malaysia yang bekerja di Mesir. Jadi, bagaimana keadaan mereka?

 

Korang tau tak bagaimana keadaan di Mesir ketika ini. Dah banyak blogger yang tulis berkenaan krisis ini. Dan memang terdapat kempen untuk kita sama-sama menyebarkan keadaan yang berlaku di Mesir supaya rakyat Malaysia di Mesir diselamatkan oleh kerajaan Malaysia.

Untuk meyahut kempen sila ke SINI

 

Kebanyakan media di Malaysia bagai tak berminat untuk melaporkan keadaan yang berlaku di Mesir ketika ini. Apa yang lebih sibuk diperkatakan adalah Pilihanraya DUN Tenang. Jadi, mungkin kita di sini berasa yang keadaan di Mesir tak la seteruk mana. Dan mungkin ada segelintir yang langsung tak tahu pasal keadaan genting di Mesir ketika ini.

Sebab tu kita perlu menyebarkan seluas yang mungkin berita ini melalui blog, Facebook, Twitter dan segala laman sosial atau rangkaian yang kita anda demi menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir.

 

Rujuk entry dari @DyyaDizarch dari laman blognya:-

SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR, MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.

PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK. PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU. BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK? FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA. ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY.

SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY. HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.

 

 

The Egypt Protests

 

UPDATE TERKINI BOLEH DILIHAT DI http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

 

Untuk melihat keadaan dan mengetahui dengan lebih lagi tentang krisis di Mesir ini, korang boleh la ke blog-blog berikut. Mereka telah perincikan keadaan yang berlaku di Mesir.

1) http://dizarch.blogspot.com/

2) http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

3) http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/

4) http://yanmieonline.com/2011/01/keadaan-rakyat-malaysia-di-mesir/

 

 

8 comments:

Ujang9897 said...

smoga kerajaan cpt bertindak..

Sunah Mohammad said...

moga mereka semua dilindungi kat sana~

DeQdEq said...

@Ujang9897

itulah...mudah-mudahan

DeQdEq said...

@Sunah Mohammad

amin...sama-sama kita doakan keselamatan saudara kita di sana

Fadzli Amir said...

Harap2 jangan la sampai dah terjadi perkara buruk baru nak ambil tindakan....

DeQdEq said...

@Fadzli Amir

betul tu...semoga kerajaan kita cepat bertindak

Tasha said...

semoga semua pelajar Malaysia selamat amin~

DeQdEq said...

@Tasha

amin...sama2 kita doakan mereka

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...