Sunday, 20 February 2011

KWSP umum dividen 2010 sebanyak 5.8%

 

epf

 

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

 

Sumber: Utusan Online

 

Apa kata DeQdEq:

Bila baca berita ni, DeQdEq berasa gembira bagi mereka yang ada caruman di KWSP sebab dividen pada tahun 2010 ini merupakan dividen yang tertinggi dalam jangka masa 5 tahun ini (2006-2010) malahan dalam 10 tahun ini.

Malahan, DeQdEq lebih berasa gembira bagi pihak client-client DeQdEq yang dan mendapat keuntungan yang berganda sehingga 30% hanya untuk tahun 2010. Ini kerana mereka telah membuat keputusan bijak untuk melaburkan sebahagian wang caruman di KWSP iaitu dari Akaun 1 ke dalam saham amanah atau unit trust.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh mendapatkan khidmat nasihat DeQdEq di SINI

 

p/s:

kepada yang ingin meyertai contest 5-5-5 deqdeq….ini juga boleh dijadikan salah satu isi tapi perlulah mendapat kupasan yang kreatif dan menarik.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...