Saturday, 12 February 2011

Lupakan Valentine, ingatlah Nabi dan Rasul kita

 

 

Dah lama CIK SUNAH menjemput DeQdEq untuk join kempen ini…tapi disebabkan kesibukan yang melanda diri dalam minggu ni, tak sempat sangat nak update blog dan juga blogwalking.

Walaupun hanya tinggal sehari lagi ke 14 Februari…rasanya belum terlambat untuk DeQdEq sama-sama menyahut kempen ini dan war-warkan kepada semua supaya lupakanlah Hari Valentine….sebab ianya bukanlah budaya orang Islam, dan sesungguhnya sambutan Hari Valentine tidak dibenarkan dan telah disepakati oleh Majlis Fatwa:

 

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata:

“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Untuk melihat huraian dan dalil-dalil yang sah…boleh RUJUK SINI

 

Oleh itu, sama-samalah kita menjauhi Hari Valentine ni. Jangan jadikan alasan untuk hari berkasih sayang….sedangkan sepatutnya kita jadikan setiap hari adalah hari kasih sayang.

Malahan makin hari hendaklah makin sayang. Bukan setakat pada tarikh 14 Februari ni je nak sambut dan raikan kasih sayang.

 

Apa kata kita mengingati Rasulullah SAW sempena hari kelahiran Nabi kita pada 15 Februari ini…itu lebih baik….berapa banyak kasih dan sayang kita telah berikan kepada Rasulullah SAW yang telah berkorban segalanya demi kebahagiaan umatnya di dunia dan akhirat.

Pernahkah kita mengenang jasa dan perjuangan Rasulullah SAW. Kasihkah kita pada baginda….sedalam mana cinta kita pada kekasih Allah yang unggul ini.

Jika, hati anda masih belum terdetik rasa kasih, sayang dan cinta pada Rasulullah SAW…muhasabah la diri…dan renungi lah diri kita…dari mana asal usul kita, dan ke mana hala tujuan kita apabila di SANA nanti..

 

Mudah-mudahan ini menjadi peringatan kepada diri DeQdEq dan juga kita semua…insyaAllah…

Kalau ikutkan DeQdEq nak coretkan banyak lagi, tapi masa dan kesibukan diri, tak dapat nak berkongsi banyak perkara.

 

Akhir kata, bersama la kita selawat ke atas nabi kita, Nabi Muhammad SAW.

11 comments:

♥yaya budak suka embun♥ said...

setuju sangat

DeQdEq said...

@♥yaya budak suka embun♥

terima kasih

aLieF si Muncung ManiS said...

betul tu..baek sambut maulidur rasul selasa ni.huhu..

ENTRY BARU ALIEF-->sape cakap lelaki ber blog itu loser??you are freak..lelaki berblog itu stylo dan cool okay.."

Sunah Mohammad said...

terima kasih akak~ :)

DeQdEq said...

@aLieF si Muncung ManiS

itu la...sama2 kita mengingati satu sama lain

DeQdEq said...

@Sunah Mohammad

sama-sama sunah

Qaseh dalia adelia said...

kempen jgn tak kempen hehe

ellinnur & fairuz said...

Alhamdulillah... dah 5 tahun akak meniaga kek nie.. ade banyak sangat sebenarnye permintaan untuk hari valentine nie..

tapi kami tak penah terima dan tak akan kot.. walaupun bende nyer kecik jea kot (setakat tak amik order), tp kami dah niat nak boikot hari valentine nie sejak dulu lagi.. dan seronok tgk makin lama makin ramai yang dah tak celebrate.. ^_^

sissyira said...

salam

harap2 remaja kita tidak terus lalai.

DeQdEq said...

@Qaseh dalia adelia

betul tu, kempen mcm ni mesti sama2 kita sahut dan sebarkan

DeQdEq said...

@sissyira

kita semua kena sama2 usaha dan sebarkan ilmu semoga umat Islam kita lebih peka

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...