Tuesday, 8 March 2011

Bayar saman berjumlah RM180 dapat rebat RM50

 

Semua pun dah tahu kan yang tempoh bayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac ni….jadi kepada yang masih belum lagi membayar saman, anda masih ada 2 hari lagi untuk selesaikan bayaran.

 

 

Pada mulanya DeQdEq malas nak bayar sebenarnya saman ni, sebab cuma ada 2 saman, tu pun satu,saman parking dan juga dua, saman sebab tak update nama dan alamat. Saman yang kedua ni DeQdEq tak faham sangat sebenarnya sebab kesalahan apa DeQdEq kena saman. Sebabnya, DeQdEq kena saman sebab parking kat kawasan rumah flat Seksyen 7, Shah Alam ni je.Ingat sama la dengan saman parking yang pertama tu.

Kalau saman parking macam yang pertama tu cuma RM 30 je, tapi tak ada la diskaun 50%. Tapi bila semak saman, sekali saman yang kedua tu kena denda sampai RM 300. Dah sama macam kesalahan speeding je plak….

Sebab tu yang rasa tak puas hati nak pegi bayar. Tapi disebabkan kereta DeQdEq ni atas nama abang DeQdEq, yelah, kereta beli waktu student …jadi guna la nama abang….DeQdEq pun malas la nak simpan lama2 lagi saman ni, baik selesaikan terus, jadi nama abang DeQdEq pun bersih.

 

Bila dah bayar saman tadi, barula tahu dan jelas kesalahan yang kedua tu. Dalam resit pembayaran tu, kesalahan DeQdEq dikategorikan sebagai “tidak melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam”.

Tapi hangin juga la bila baca kesalahan ni, bila masa plak waktu dan tarikh kena saman tu DeQdEq kemalangan…sedangkan kereta DeQdEq duk tengah parking elok ja kat kawasan rumah flat tu…

Pelik bin ajaib juga DeQdEq waktu dapat saman tu dulu, sebab dalam saman tu tertulis untuk DeQdEq kena laporkan nama dan alamat. Tapi DeQdEq buat tak kisah je….bila tak pergi update, ambik kau….kena denda RM 300, dah tu atas kesalahan “tidak melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam

 

Memang mengarut je la polis trafik ni….saman orang sebab nak duit…ishhhh geram juga DeQdEq…tapi disebabkan dah kenanya nama abang DeQdEq, DeQdEq bayarla juga…sebab dapat diskaun kan…jadi dari RM 330 DeQdEq hanya perlu bayar RM 180. Dah jimat RM150 kan.

Tapi apa yang best tadi,bila lagi satu nak sampai giliran DeQdEq, ada seorang Encik ni tegur DeQdEq, dia minta tolong DeQdEq bayarkan saman dia sekali sebab nombor giliran dia lambat lagi, mau kena tunggu 2 jam lagi. Dia ada satu saman je pun….jadi DeQdEq tak kisah, ok je…DeQdEq pun bayarkan saman Encik tu dan DeQdEq…

Sekali Encik tu bagi RM50 sebagai upah atau tanda terima kasih sebab dah dapat jimatkan masa dia dari dok tunggu berjam-jam lamanya…

Rezeki kan…memang tak sangka….dah melayang RM180, DeQdEq dapat pula RM50….alhamdulillah….DeQdEq sebenarnya tak kisah pun tolong bayarkan, sebab dah memang giliran DeQdEq kan…DeQdEq tak de la nak minta balasan…DeQdEq menolak RM 50 tu, tapi Encik tu tetap berkeras nak bagi…jadi DeQdEq ambik je la….heheheh

 

9 comments:

zaryl said...

rebat/diskaun mmg dh bagus dah. yang disuruh bayar tapi tak buat salah tu apa kes plak? huhu naya je kan?

DeQdEq said...

@zaryl

haa....itu lagi satu hal...mmg byk yg dpt saman mcm tu...mcm deqdeq pn saman kedua tu tak ada kaitan langsung..mmg hangin

aLieF si Muncung ManiS said...

deqdeq,,boleh la belanja alief makan kFc dgn duit 50 tu..hehe.gurau je

a n a s t a s y e a said...

rezeki jangan ditolak =)

anastasyea's latest post .. Hati-hati ! Gambar anda mungkin dicuri untuk tujuan jahat !

d_tieah said...

Perghhh..
Rezeki tu.. Mesti bisnesman kan lelaki itu? Dari dia tunggu berjam2 baik dia buat bisnes, masuk jugak duit kan? Tu yg tak kesah kot dihulurnya 50 hengget..


Entry Terbaru : Rahsia Tentang Tidur Yang Perlu Anda Tahu

Myvitrd said...

syukur rezeki tu... kalau dapat kurang alhamdulilah

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye da follow awak :) follo me back @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/2011-fia-formula-one-world-championship.html

Tasha said...

orang dah bagi kan.... kita amik je la kan~

rezeki tu ada dimana2.....
I pun sejak akhir2 ni bila kesempitan duit, tiba-tiba ada dtg rezeki lain. alhamdulillah~

bee said...

deq kesalahan ke du tu maybe ada org laporkan kot...pelik juga kan :)

haha dapat RM terubat jiwa yg lara kan keluar duit bayar saman tadi ekee

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...