Thursday, 31 March 2011

Bila diri merasakan pemikiran mereka betul | sanggup mempertikaikan keputusan Majlis Mufti Negeri Perak

 

Masih lagi dengan isu tarian poco-poco yang diharamkan oleh Majlis Mufti Negeri Perak. Pagi tadi DeQdEq ada kongsikan tentang komen seorang insan yang sanggup keluarkan perkataan “bangang” kepada Majlis Mufti. Kalau belum baca lagi TENGOK SINI

poco2

 

surat mufti perak Surat pekeliling dari Mufti Negeri Perak

 

Jadi, bila dah petang ni DeQdEq cuba tengok lagi di wall Dr Azizan apa komen-komen yang menarik lagi.

Jom kita tengok dulu apa yang menarik perhatian DeQdEq ye":

 

poco 1

 

poco 2

 

poco 3

 

poco 4    

 

Ini antara komen-komen yang buatkan DeQdEq berfikir panjang…” Saya tidak kata tindakan mufti tu salah atau betul. Apa salahnya educate orang ramai dulu secara konsisten. Dakwah dan sampaikan dulu secara konsisten guna tv, radio, suratkhabar....” (Dr Azizan)

Memang Dr Azizan tu kata dia cuma tekankan isu mendidik….maksudnya sebelum dikeluarkan fatwa sebegini, sepatutnya diberi tahu kepada kita….kenapa, apa, bagaimana, siapa….semuanya pasal sebab-sebab poco poco ni diharamkan. Barulah orang ramai tak terkejut ataupun menakutkan orang bukan Islam?

 

Bila baca komen-komen mereka ni….DeQdEq termenung dan terfikir….siapa kita untuk menilai dan mempertikaikan keputusan yang telah disepakati oleh majlis fatwa Negeri Perak ni.

Keputusan ni semestinya bukan dari seorang, malahan datangnya dari bijak pandai dalam ilmu agama.

 

Pendapat mereka ni pula nampak lebih meyakinkan:

 poco puji

poco puji 2

 

Pada DeQdEq, DeQdEq sendiri masih cetek ilmu agama ni…jadi bila ada fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti kita, DeQdEq akan terima pendapat mereka kerana mereka lebih tinggi ilmu agamanya.

Andai fatwa yang dikeluarkan ke atas perkara yang menimbulkan banyak pendapat macam isu poco-poco ni, DeQdEq rasa apa yang terbaik, kita elakkan.

Wallahu’alam

 

 

5 comments:

Nora said...

Kadang2 diorang ni bercakap ikut perasaan. Cubalah kaji dulu sebelum berkata. Bila fatwa tu keluar, mestilah segala perbincangan telah dibuat. Kita ni dahlah tak tahu, makinlah nampak jahil bila bercakap tak berfikir dulu kannnn...
Blog kita : ... Roda Hidupku ...

mamawana said...

Tak faham gak poco poco ni sebenarnya camner? Asal usulnya bercampur jantan betina ker sebab tu kah haram atau pakaiannya ker yg tak menutup aurat atau apa ya? Joget lambak pun haram laah..joget kat night club, disko semua haram....sehati berdansa semua tu haram....

myvitrd said...

Saya pon setuju dengan mufti tu.. kami ni orang bukan bijak pandai pasal agama.. yg keluarkan fatwa tu..orang yg bijak n arif kalau nak dipertikai juga..kenapa lantik dia.. pecat je..kalau rasa salah fatwa dia..

Jgn dok suka menegakkan benang yg basah.. mentang2 poco2 ni ramai peminat..ramai pulak marah bila diharamkan..

Dalam islam pon masa ada wanita / lelaki digalakkan menari..

Jangan kerana emosi ..agama digadai

Rozita said...

poco tu mungkin diharamkan kerana khabarnya ianya datang dr umat kristian di filipina yang membuat gerakan tarian seperti bentuk salib..

tapi sebab diharamkan sebenar tak pasti.. cuma salah satu tanda akhir zaman adalah bila pendapat alim ulamak dipandang ringan dan tidak diperdulikan..

Balqees Amanda said...

ape yg sebenarnya jd ni..mmg dulu pon ade gak kan ulama yg bgtau poco2 ni haram tp org ramai buat jugak smpai polis pon ambik buat senaman..ni jd isu berbangkit pulak..tp kn dr asri tu ckap tak haram dan diharuskan pulak..cm ne cerita tu..

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...