Wednesday, 23 March 2011

Bosan dengan politik Malaysia…Skandal Seks Anwar Ibrahim…Kes Liwat Anwar Ibrahim…apa lagi?

 

Assalamualaikum semua dan Selamat Pagi….

Macam biasa mulakan hari ini dengan senyuman..:-)

 

Sesungguhnya DeQdEq tak minat dengan cerita politik apa lagi DeQdEq ni memang kategori yang malas baca suratkhabar dan menonton berita.

Bila asyik pasal cerita-cerita macam kes Anwar ni la yang membuatkan DeQdEq malas nak baca suratkhabar dan menonton berita ni…Malaysia tak ada perkara lain ke yang nak difikirkan….

 

DeQdEq terpanggil juga nak tulis pasal isu ni selepas membaca di DenaiHati. DeQdEq rasa DeQdEq juga punyai fikiran dan rintihan yang sama macam DenaiHati ni….doa dari DenaiHati….

 

DENGAN RASA RENDAH DIRI AKU MEMOHON DOA KE HADRAT ILLAHI SUPAYA :

1. SEANDAINYA ANWAR IBRAHIM DIFITNAH MAKA SI PENFITNAH ITU MATI DIPANAH PETIR.

2. SEANDAINYA ANWAR IBRAHIM MELAKUKAN SEMUA KESALAHAN SEKS TERSEBUT TETAPI TIDAK MAHU MENGAKU MAKA ANWAR IBRAHIM MATI DIPANAH PETIR.

SEMUGA ALLAH SWT PERKENANKAN DOA AKU INSAN KECIL.

 

 

DeQdEq juga terfikir akan perkara yang sama macam Cik Lekit…Cik Lekit ada buat entri pasal Anwar Ibrahim 2 Alam….DeQdEq pun fikir sebelum ni pasal kes liwat yang dulu sampai usung tilam…..tapi dah dibebaskan dari tuduhan tu.

Lepas tu timbul plak lagi kes liwat dengan Saiful Bahari….masih belum selesai rasanya kes tu….kini muncul pula skandal seks…ataupun video seks Anwar Ibrahim dengan pelacur.

 

Tolonglah wahai pemimpin Malaysia…tolongla fikirkan tentang rakyat dan negara pentadbiran anda….Usahlah hanya cuba menyogokkan rakyat dengan cerita-cerita jelik macam ni lagi. Banyak lagi isu penting yang perlu pemimpin Malaysia usahakan.

Kalau nak baca dan tau lagi pendapat DenaiHati dan Cik Lekit….sila ke blog mereka…sesungguhnya pendapat mereka DeQdEq rasa mewakili sebahagian dari kita semua.

 

Andai DeQdEq tersalah tulis, ampun maaf dipinta…sesungguhnya DeQdEq takut juga nak tulis pasal ni, takut jatuh sebagai fitnah…tapi apa yang DeQdEq ingin sampaikan…tolongla wahai pemimpin rakyat..fikirkan la pasal rakyat…rakyat memberi kepercayaan, jadi laksanakanlah tanggungjawab anda.

 

Sekian….

 

 

5 comments:

::blog anak jawer:: said...

isu ni sememangnya sensitif...n x ramai yg berani menulis tentang ni..tapi kalau kena dengan bahasa nya...n x menyinggung mana2 pihak...rasa x menjadi masalah....luahan rakyat...n AJ sgt2 nersetuju dgn deqdeq...

BTW...jor jalan2 blog AJ..baca entry baru...

http://airzone09.blogspot.com/2011/03/bila-kawan-jadi-lawan.html

relevan said...

memang nyampah dengan kes begini..

Sunah Mohammad said...

betul tu kak...ade banyal lagi benda lain yang lebih penting untuk dibincangkan daripada cakap isu2 macam ni..cam da takde modal pulak depa ni..

Solihin Zubir said...

konspirasi demi konspirasi yg timbul hnya akan membuatkan rakyat jelik dan membuktikan kerajaan smakin terdesak menyekat kemaraan pakatan rakyat..

aLieF si Muncung ManiS said...

alief benci la mereka2 ni..isu ni tak payah la nak heboh2..senyap2 sudah...ni semua gara2 politik..alief tak suka politik.kalau la ada doraemon,alief nak pindahkan semua kaum2 sebegini dan kaum yang boleh memporakperandakan malaysia ke satu pulau yang terpencil..biar diaorang hidup kat situ..adoi...huhuhuhu

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...