Monday, 28 March 2011

Huhuhuhuh…tercabarnya diriku ini

 

Baru mendapat berita gembira dari seorang sahabat lama….sahabat 1 geng kat sekolah dulu…geng SBG-14….kalau nak tau apa tu SBG-14…TENGOK SINI ye…DeQdEq dah pernah cerita sebelum ni.

Sahabat DeQdEq yang seorang ni dah bertunang…huhuhuhu….gembira bagi pihak dirinya…dalam masa yang sama hati kecil ku ini merasa cemburu dan sedih juga….huuhuhu….

 

Bilakah agaknya akan tiba giliran ku pula….Ya Allah…sedih sangat rasanya, bila seorang demi seorang kawan-kawan ku telah bertunang dan juga mendirikan rumah tangga.

Sesungguhnya cabaran-MU untuk ku terlalu banyak dalam perhubungan ini….calonnya ada…TAPI….

Apakan daya ku sebagai hamba-MU yang lemah…aku pasrah segalanya kepada-MU Ya Allah…Engkau Maha Mengetahui segalanya, apa yang terbaik buat hamba-MU yang kerdil ini…

 

Aku pohon kepada-MU Ya Allah….permudahkanlah perjalanan untuk kawan-kawanku…semoga lancar persiapan menuju ke gerbang perkahwinan mereka…janganlah mereka diuji seperti ku ini…biarlah hanya diriku yang perlu merasai pahitnya dugaan-MU Ya Allah…

Aku yakin…pasti ada manisnya….cuma aku tak tahu bilakah waktunya…

 

P1010895

Kenangan ketika perkahwinan Masna…salah seorang ahli SBG-14…Masna dah memboyot sekarang ni…tak lama lagi yang baju pink tu, Dr Farhana pula akan berkahwin….

Tahniah buat semua kawan-kawanku..semoga kalian mendapat rahmat Allah sentiasa dan bahagia dunia dan akhirat

 

8 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sabar la deqdeq... mcm2 akak dulu dr sekolah smpai keja selalu je org ckp org mcm akak lambat jodoh, kalau kawen pun susah nak dpt anak.. yelah org katik.. walau bercouple bagai pun tetap suara2 kak Nam buat statement secara depan2 camtu. Tp kuasa Allah.. sampai masa, maka terjadilah
AKHIRNYA DARAH KU BERJAYA DI SEDUT

~SYAZ~ said...

insyaAllah x lame lagi sampailah seru tu..ngeee~ ^__^

Allah dah tentukan segala2 nya dari dalam rahim ibu kita lagi..

nur ikhyar dee said...

deqdeq!!!!

rilek-rilek...

i ahli SBG-14 belum kawen lagik

^_^

Sunah Mohammad said...

akak, jangan sedih2..saya tak bertunang lagi...:D

aLieF si Muncung ManiS said...

deqdeq jgn risau...jodoh takkan kemana..sabar je..tahniah kepada sahabat deqdeq..huhu..bgtaw sahabat deqdeq,kalau dia dapat anak nnti,,letak nama aliefmuncung sebagai nama anak dia..haha..

DeQdEq said...

@ kak abby, saz, qeat, sunah dan alief:

terima kasih semua...deqdeq yakin akan ketentuan-NYA...

cuma sedih je bila jalan utk deqdeq tak semudah org lain...

Anonymous said...

deq2..
sbr byk2 na..km pn prnh mengalami situasi mcm 2..lg teruk ada..cuma xramai tau hal ni..yg pntg skrg life must go on..doa byk2 agar dipermudahkan segala urusan..amin..-shiela SBG14-

Anonymous said...

deq2, sbr byk2..km pn prnh mengalami..lg teruk kot..cuma xramai tau hal ni..pe2 pun life must go on..kita b'doa byk2 mdh2an dipermudahkan segala urusan..amin..-shiela SBG14-

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...