Friday, 19 August 2011

Berbuka Puasa dengan Artis dan Selebriti (I)

 

Ini pula DeQdEq kongsikan kenangan berbuka puasa dengan kawan DeQdEq di Intekma Resort, Shah Alam. Dengan hanya RM47 untuk dewasa, kita boleh nikmati lebih dari 50 hidangan.

Memang tak termakan semuanya….tapi enjoy sangat sebab dapat luangkan masa dengan kawan di tepi kolam renang lagi….siap dihiburkan oleh Rosma AF 1….

 

Rosma sangat comel dan kurus je…jeles tul tengok Rosma kurus dan cantik sangat…Sepanjang Ramadhan 2011 ni memang Rosma akan membuat persembahan di Intekma Resort.

Solat terawih berjemaah pun ada juga…..jadi jangan risau untuk solat terawih ye…

 

 SAM_0367

Khai, Rosma dan Sahri mendendangkan lagu Raya baru mereka yang bertajuk Aidilfitri Mulia….Lagu yang rancak dan sedap didengar…..I Likeeee…

 

SAM_0380

Dapat bergambar dengan Rosma di atas pentas lepas berduet dengan Rosma lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma…

Tak sangka plak dalam ramai-ramai Rosma ajak DeQdEq siap pegang dan tarik tangan ke pentas untuk nyanyi dengan dia….hhuhuhuu…Apa-apa pun memang menjadi kenangan buat DeQdEq…

Rosma memang peramah dan pandai berceloteh….

Sebagai hadiah sebab sudi naik ke pentas, Rosma hadiahkan DeQdEq CD lagu Raya…terima kasih Rosma

 

 SAM_0382

Bergambar selepas minta tandatangan…

 

 SAM_0383

 

SAM_0385

Terima kasih untuk CD Lagu Raya ni…

 

CD bertajuk Lebaran Illahi Aidilfitri memuatkan 6 buah lagu iaitu 4 lagu baru dan 2 lagu lama yang diberi nafas baru iaitu Dendang Perantau dan Hari Raya Bahagia.

 

Manakala 4 lagu terbaru ialah:

1) Aidilfitri Mulia (ini yang Khai, Rosma dan Sahri nyanyi waktu DeQdEq berbuka kt Intekma)

2) Gemersik Illahi

3) Gembira Di Hari Raya

4) Hari Raya Bersama

Juga turut serta penampilan khas Cikgu Siti Hajar di dalam Album ini.

 

Jadi, kepada yang nak beramah mesra dengan Rosma, boleh la berbuka puasa di Intekma Resort…..Rosma tak sombong, memang baik dan mesra sangat.

Jangan lupa KLIK fanpage Khai & Rosma kat SINI

 

SELAMAT BERBUKA SEMUA DAN SELAMAT HARI RAYA…..

 

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...