Thursday, 31 March 2011

Bila diri merasakan pemikiran mereka betul | sanggup mempertikaikan keputusan Majlis Mufti Negeri Perak

 

Masih lagi dengan isu tarian poco-poco yang diharamkan oleh Majlis Mufti Negeri Perak. Pagi tadi DeQdEq ada kongsikan tentang komen seorang insan yang sanggup keluarkan perkataan “bangang” kepada Majlis Mufti. Kalau belum baca lagi TENGOK SINI

poco2

 

surat mufti perak Surat pekeliling dari Mufti Negeri Perak

 

Jadi, bila dah petang ni DeQdEq cuba tengok lagi di wall Dr Azizan apa komen-komen yang menarik lagi.

Jom kita tengok dulu apa yang menarik perhatian DeQdEq ye":

 

poco 1

 

poco 2

 

poco 3

 

poco 4    

 

Ini antara komen-komen yang buatkan DeQdEq berfikir panjang…” Saya tidak kata tindakan mufti tu salah atau betul. Apa salahnya educate orang ramai dulu secara konsisten. Dakwah dan sampaikan dulu secara konsisten guna tv, radio, suratkhabar....” (Dr Azizan)

Memang Dr Azizan tu kata dia cuma tekankan isu mendidik….maksudnya sebelum dikeluarkan fatwa sebegini, sepatutnya diberi tahu kepada kita….kenapa, apa, bagaimana, siapa….semuanya pasal sebab-sebab poco poco ni diharamkan. Barulah orang ramai tak terkejut ataupun menakutkan orang bukan Islam?

 

Bila baca komen-komen mereka ni….DeQdEq termenung dan terfikir….siapa kita untuk menilai dan mempertikaikan keputusan yang telah disepakati oleh majlis fatwa Negeri Perak ni.

Keputusan ni semestinya bukan dari seorang, malahan datangnya dari bijak pandai dalam ilmu agama.

 

Pendapat mereka ni pula nampak lebih meyakinkan:

 poco puji

poco puji 2

 

Pada DeQdEq, DeQdEq sendiri masih cetek ilmu agama ni…jadi bila ada fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti kita, DeQdEq akan terima pendapat mereka kerana mereka lebih tinggi ilmu agamanya.

Andai fatwa yang dikeluarkan ke atas perkara yang menimbulkan banyak pendapat macam isu poco-poco ni, DeQdEq rasa apa yang terbaik, kita elakkan.

Wallahu’alam

 

 

Ilmu dah cukup tinggi ke sampai nak kutuk bangang terhadap Tan Sri Harussani dan Majlis Fatwa Negeri Perak

 

DeQdEq tertarik untuk kongsikan perkara ni bila ternampak kat wall Facebook tadi, Dr Azizan share link via Dr Maza.com.

Ini pasal isu tarian poco-poco yang diharamkan, mengikut hasil perbincangan dan kajian Majlis Fatwa Negeri Perak….DeQdEq perasan semalam ramai blogger tulis tentang isu ni.

 

Cuma DeQdEq agak rasa kecewa dengan komen seorang insan di link yang Dr Azizan share di Facebook. Korang leh tengok kat imej bawah ni.

poco2KLIK imej untuk lebih BESAR

 

Tak nampak? Kalau tak nampak meh DeQdEq tulis balik apa insan ni komen: “ x kaji dulu dah kuar fatwa…tu haram ini haram….banggang..

 

Wajarkah nak mengutuk keputusan Majlis Fatwa Negeri Perak ni. Andai ilmu tu dah cukup tinggi pun, rasanya tak perlu nak keluarkan perkataaan macam banggang tu.

Pada pendapat DeQdEq, Majlis Fatwa pastinya telah mengkaji dari segala sudut dan berbincang sebelum mengeluarkan fatwa mengatakan Tarian Poco Poco diharamkan. Takkan la sewenang-wenangnya mereka nak keluarkan fatwa. Ini soal akidah dan agama, takkan nak main-main pula.

 

Seperti link yang Dr Azizan konsgikan tu….bersumberkan dari Malaysian Insider, bekas Mufti Perlis iaitu Dr Asri mengeluarkan pendapat beliau yang Poco Poco Tak wajar Diharam…

Kalau nak keluarkan pendapat biar kena caranya macam Dr Asri ni…beliau hormat keputusan Majlis Fatwa Negeri Perak, tapi tetap keluarkan pendapat mengikut ilmu dan takrifan beliau.

Bukannya macam insan yang sesuka hati komen kata banggang tu…DeQdEq memang tak boleh terima la….

 

Nak baca penerangan Dr Asri tentang isu tarian poco-poco….TENGOK SINI

Hantu Kak Limah bakal ke Itali | Tahniah buat Pengarah Mamat Khalid

 

Pagi ni DeQdEq terasa nak blogwalking ke blog kawan-kawan sebelum nak keluar kerja….DeQdEq tertarik dengan entri pasal Filem Hantu Kak Limah bakal ke Itali. Ady Budika yang share pasal ni.

Jadi, DeQdEq pun terjah la Berita Harian….nak tau juga cerita pasal Hantu Kak Limah….

 

 

NAMPAKNYA Pengarah Mamat Khalid mendapat dua khabar gembira sekali gus. Pertama, dia menerima menantu pada Sabtu ini, dan keduanya filem meletup arahannya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, diundang ke sebuah festival filem antarabangsa di Itali, tidak lama lagi.

Tahniah Cik Normah ucapkan buat Mamat yang sememangnya bijak menggarap sebuah cerita yang mampu menarik perhatian ramai. Tahniah juga kerana mendapat menantu. Tidak lama lagi, nampaknya bergelar datuklah pula Abang Mat ya.

Oh ya, berbalik ke cerita pemilihan filemnya kepada Itali, kalau tak silap Cik Normah, sebuah lagi filem arahannya, Zombi Kampung Pisang turut pernah menjejakkan kaki ke festival terbabit.

 

Kiranya, ini bukanlah kali pertama Mamat membawa filemnya ke sana. Kiranya juga, orang luar memang sudah kenallah siapa Abang Mamat kita ni, seperti mana mereka mengenali arwah Yasmin Ahmad.

Lebih membanggakan Cik Normah, filem Hantu Kak Limah turut menampilkan lakonan bos Cik Normah. Walaupun wataknya tidak besar, tetapi tetap meninggalkan impak. Malah, dialog yang dituturkannya dalam filem itu pun menjadi ikutan ramai.


Nampaknya, tak lama lagi peminat antarabangsa pun akan mengenali bos Cik Normah yang tampan itu. Makin naiklah saham dia. Dengan pemilihan Hantu Kak Limah, jangan anggap filem komedi tidak mampu melangkah ke festival antarabangsa.


Tengok, Mamat sudah pun membuktikan filem lawak juga punya kekuatan yang sama dengan filem drama dan sebagainya.

Sumber: Berita Harian

 

Apa kata DeQdEq:

Dulunya DeQdEq memang tak suka dengan Mamat Khalid ni sejak kenal beliau dari rancangan realiti Akademi Fantasia dulu. DeQdEq rasa macam ntah apa-apa ja Mamat Khalid ni bila bagi komen. Asyik duk aaaa…aaa….aaaa…macam gagap gitu. Dah tu bagi komen yang macam tak relevan je.

Dah tu bila tengok hasil arahan beliau macam Man Laksa, DeQdEq macam tak boleh terima pun cerita macam tu. Apa yang bestnya pun tak tahu.

 

Tapi dengan lahirnya Hantu Kak Limah ni, Mamat Khalid berjaya membuka mata DeQdEq dan membuktikan bahawa beliau memang seorang pengarah yang sangat bagus dalam berkarya.

 

Antara watak yang pada DeQdEq mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri….Watak Usop, watak anak Si Mamat yang suka menembak je ni…dan juga Abi Hurairah.

 

Tak dapat dinafikan Hantu Kak Limah ceritanya ringan sahaja dan penuh unsur komedi tetapi MESEJ yang cuba disampaikan melalui Hantu Kak Limah sangat la besar….Adakah korang dapat mesej yang cuba disampaikan dari Filem Hantu Kak Limah tu? Atau dok seronok gelak je….

Tahniah buat Mamat Khalid. Teruskan berkarya.

 

Wednesday, 30 March 2011

Hayati kisah benar ini? Anda di tahap mana???

 

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia…

Sekejap sangat rasanya masa berlalu sekarang ni…rasanya macam masih baru lagi Tahun Baru 2011 hari tu….hari ni dah 30 Mac 2011…dah nak masuk bulan April 2 hari lagi….

 

Bila dah nak habis bulan Mac ni…Contest 5-5-5 DeQdEq juga dengan rasminya akan TAMAT.

 

Alhamdulillah, DeQdEq menerima lagi satu penyertaan dari salah seorang blogger mama yang terkenal juga….beliau ialah MAMA ZHARFAN

Kagum sangat DeQdEq baca entri mama zharfan ni…banyak info dan cerita yang kita boleh jadikan iktibar…inilah sebenarnya objektif DeQdEq anjurkan Contest 5-5-5 DeQdEq ni….Patutla mama zharfan submit last minute yer….the best for last bak orang putih kata…hehehehe…

Tahniah buat Mama Zharfan

 

Objektif untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang betapa pentingnya kita tahu tentang pengurusan kewangan dan harta kita.

Entri menarik dari Mama Zharfan ni DeQdEq rasa dapat membantu untuk membuka mata ramai orang di luar sana untuk lebih peka.

 

Nak tahu apa INFO yang sangat berguna? Tak kira anda bujang atau dah berkahwin….semua perlu tahu tentang ini….

 

JOM kita tambahkan ilmu kita….TERJAH SINI

 

Tuesday, 29 March 2011

Lagi 2 hari akan tamat Contest 5-5-5 oleh DeQdEq

 

Seperti yang DeQdEq war-warkan sebelum ni, Contest 5-5-5 DeQdEq ni akan tamat pada 31 Mac 2011.

 

Alhamdulillah setakat ni dah ada 7 orang penyertaan…Mereka ialah:

adyshariz

cma

miss ran

myvitrd

puan nina

tasha

dan penyertaan terkini ialah dari

Nadhirah Ahmad

 

 

Walaupun sedikit DeQdEq berpuas hati sekurang-kurangnya berjaya menyampaikan sesuatu dan buat orang lain juga berfikir mengenai pengurusan kewangan.

Bukan semua yang berfikir dan merancang tentang pengurusan kewangan ni…jadi objektif DeQdEq untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tercapai juga.

 

Memandangkan tak mendapat sambutan yang banyak…DeQdEq tak dapat ikut seperti perancangan awal iaitu nak bagi hadiah wang tunai sebanyak RM 555…

DeQdEq rasa DeQdEq akan bagi hadiah yang sama rata kepada semua peserta…yelah biar kesemua mereka mendapat hadiah sama rata…kalau kata DeQdEq bagi RM 555 ni kepada 5 pemenang…yang lagi 2 orang tu macam kesian plak.

Jadi, DeQdEq putuskan nak bagi hadiah kepada semua peserta sebab tak ramai penyertaan yang DeQdEq terima.

Alhamdulillah…berkat kesabaran selama 1 tahun 8 bulan…hari ini terbalas juga…income hari ini saja RM1,000

 

Alhamdulillah….terima kasih Ya Allah….sesungguhnya rezeki yang Engkau berikan ini sangat la besar nikmatnya…terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku…Namun terlalu sedikit hamba-Mu ini bersyukur…

 

Kalau entri sebelum ni bunyinya macam sedih je kan….tapi untuk entri ini, DeQdEq berasa gembira…terubat juga rasa sedih…sebabnya baru dapat seorang client invest dengan DeQdEq…

 

Client ni DeQdEq dah jumpa pada Julai 2009…tapi lepas tu call nak jumpa asyik tak dapat ja sebab dia sibuk….Alhamdulillah, hari ini…setelah 1 tahun 8 bulan bersabar dan tak pernah putus asa….inilah hasilnya….income untuk hari ini sahaja dari seorang client ialah RM 1,000….belum kira yang setiap 3 bulan lepas ni…

Berbaloi ke? Mungkin ada yang kata apalah sangat kan setakat RM 1,000 ni…tapi pada DeQdEq sangat besar nilainya…bila DeQdEq berusaha sendiri dan akhirnya dapat menikmati hasilnya…

 

Alhamdulilllah…..terima kasih Ya Allah…sekurang-kurangnya DeQdEq boleh tersenyum untuk hari ini….

Terima kasih atas dorongan mu…

 

Terima kasih kalian….terima kasih kerana sudi memberi kata-kata semangat buat DeQdEq…

Terima kasih buat mereka ini:

Akak Lekit ku

Syaz

Qeat

Sunah

Alief

 

Tentang entri MALAM TADI tu…DeQdEq memang terasa sedih bila mengenangkan dugaan dalam perhubungan….pilihan ada, TAPI….mungkin kawan-kawan terdekat DeQdEq faham cabaran apa yang sedang DeQdEq lalui.

Kalau orang lain jalannya seperti mudah sahaja menuju ke gerbang perkahwinan.

 

*

*

*

*

 

BERKENALAN

Berkawan

*

*

*

*

 

BERKAWAN

kuch kuch

*

*

*

*

 

BERTUNANG

bertunang

 

*

*

*

*

 

BERKAHWIN

kahwin

 

DeQdEq pula….perkenalan pertama gagal….

Perkenalan kedua pula….lagi hebat cabarannya….sukar rasanya….Pihak lelaki di awal perkenalan telah berjumpa kedua orang tua dan menyampaikan hasrat untuk memperisterikan….TETAPI….

Apakan daya…PERBEZAAN kita membuatkan hubungan kita tidak diterima….

 

petunjuk-Mu tetap ku pohon…Semoga sinarnya pasti ada tidak lama lagi insyaAllah….

Aku berserah kepada-MU jua Ya Allah…

 

Monday, 28 March 2011

Huhuhuhuh…tercabarnya diriku ini

 

Baru mendapat berita gembira dari seorang sahabat lama….sahabat 1 geng kat sekolah dulu…geng SBG-14….kalau nak tau apa tu SBG-14…TENGOK SINI ye…DeQdEq dah pernah cerita sebelum ni.

Sahabat DeQdEq yang seorang ni dah bertunang…huhuhuhu….gembira bagi pihak dirinya…dalam masa yang sama hati kecil ku ini merasa cemburu dan sedih juga….huuhuhu….

 

Bilakah agaknya akan tiba giliran ku pula….Ya Allah…sedih sangat rasanya, bila seorang demi seorang kawan-kawan ku telah bertunang dan juga mendirikan rumah tangga.

Sesungguhnya cabaran-MU untuk ku terlalu banyak dalam perhubungan ini….calonnya ada…TAPI….

Apakan daya ku sebagai hamba-MU yang lemah…aku pasrah segalanya kepada-MU Ya Allah…Engkau Maha Mengetahui segalanya, apa yang terbaik buat hamba-MU yang kerdil ini…

 

Aku pohon kepada-MU Ya Allah….permudahkanlah perjalanan untuk kawan-kawanku…semoga lancar persiapan menuju ke gerbang perkahwinan mereka…janganlah mereka diuji seperti ku ini…biarlah hanya diriku yang perlu merasai pahitnya dugaan-MU Ya Allah…

Aku yakin…pasti ada manisnya….cuma aku tak tahu bilakah waktunya…

 

P1010895

Kenangan ketika perkahwinan Masna…salah seorang ahli SBG-14…Masna dah memboyot sekarang ni…tak lama lagi yang baju pink tu, Dr Farhana pula akan berkahwin….

Tahniah buat semua kawan-kawanku..semoga kalian mendapat rahmat Allah sentiasa dan bahagia dunia dan akhirat

 

Saturday, 26 March 2011

Disebabkan entri ulat dalam payudara…nak buat apa pun terbayang ulat…huhuuhu

 

Aduh la…macam mana nih…..petang tadi DeQdEq berkongsi maklumat tentang ulat dalam payudara tu…

Memang DeQdEq dah meremang bulu roma semua….dah baca belum pasal ulat payudara tu…kalau belum cepat BACA SINI. Kalau tak baca rugi sangat-sangat.

Entri masih panas dan meletup okey…

 

Memang ramai juga yang singgah blog DeQdEq untuk baca pasal ulat dalam payudara tu….cuma DeQdEq nak bagitau korang….sejak DeQdEq tengok gambar tu…lepas tu berkongsi pula di blog ni…menonton video lagi….

Sekarang ni DeQdEq nak buat apa pun asyik terbayang je gambar ulat dalam payudara tu. Walhal gambar tu hasil orang edit je…Tapi impaknya sungguh la besar kepada DeQdEq.

Nak mandi terbayang, masuk tandas terbayang…nak minum terbayang…nak solat pun terbayang-bayang lagi pasal ulat dalam payudara tu…huhuhuhu….parah betul ni….setiap kali terbayang memang meremang je bulu roma dan geli rasanya…

 

Tolong…macam mana nak lenyapkan bayangan ni….

 

 

AWAS SEMUA WANITA, SILA AMBIL PERHATIAN…INI SERIUS | ULAT DALAM PAYUDARA

 

Sebentar tadi DeQdEq melihat 1 gambar yang sangat-sangat menakutkan dan meremangkan bulu roma DeQdEq ni….ini bukan gambar hantu ke pontianak ke atau yang sewaktu dengannya.

Gambar tersebut merupakan sesuatu yang amat rapat dengan semua wanita.

Jadi DeQdEq berasa sangat la perlu DeQdEq kongsikan perkara ni dengan para wanita semua.

 

ulat payudara

 

 

Mungkin ada yang dah tau dan mungkin juga ada yang masih belum tahu pasal perkara ni. Jadi, mari kita sama-sama sebarkan perkara ni. Kesahihan perkara ni DeQdEq tak dapat pastikan.

Waktu di UiTM dulu, pensyarah DeQdEq pernah juga berkongsi cerita ini, tapi bukan pasal bra…tapi pasal seluar dalam. Cuma, kesan dari ulat tersebut memang lebih kurang macam dalam gambar ni, sebabnya dia akan makan isi kita.

Sejak tu, pensyarah DeQdEq akan pastikan seluar dalam dibasuh dengan air panas dan dia akan seterika dahulu seluar dalam terutamanya di bahagian getah.

 

DeQdEq cuba la Google cari maklumat pasal ulat atau larva yang hidup pada badan manusia…Makin di cari, makin banyak info, gambar dan video yang membuatkan DeQdEq nak termuntah dan geli rasanya….huhuhuhu

 

Apa yang DeQdEq berjaya temukan ialah:

 

Sumber 1 yang mengatakan gambar tersebut adalah tidak benar. Ianya hanya diedit menggunakan photoshop. Dan kalau kita amati pun, memang mirip seperti bunga teratai kan….Macam gambar yang DeQDeQ jumpa ni.

Gambar ni juga disebarkan bersama kisahnya tersendiri. Nak baca kisah tersebut boleh TERJAH SINI.

 

ulat dan teratai

 

Jadi, DeQdEq terus lagi menggali dan mencari maklumat:

 

Sumber 2 dan Sumber 3 menerangkan memang wujudnya ulat atau larva yang hidup dalam badan mamalia. Ia dikenali sebagai Botfly.

 

Banyak video yang memaparkan perihal ulat atau larva botflies (lalat bot) yang menjadikan manusia yang masih bernyawa sebagai perumahnya. Bukan sahaja pada payu dara, kepala, mata, leher, kepala, tangan, bahagian belakang badan dan juga kaki.

Lalat Bot adalah dari keluarga  Oestridae. Wujud  sekitar 150 spesies yang dikenal di seluruh dunia yang menjadikan mamalia sebagai perumah larvanya. Larva spesis lalat Bot, Hominis Dermatobia yang juga dikenali sebagai Tarsola atau American Warbie fly bukan sahaja menjadikan binatang ternakan dan rusa sebagai perumahnya.

Bahkan ia juga  adalah satu-satunya spesies yang menjadikan manusia juga sebagai perumah larvanya. samada dengan memasukkan terus telur-telurnya ke dalam badan manusia.

 

Ataupun menjadi kira- kira 40 jenis nyamuk, lalat lain dan juga sejenis kutu menjadi vektornya, agen bagi memulakan kitaran hidup anaknya. Bagi nyamuk dan kutu ia berada pada cecairnya yang akan disuntik masuk ke tubuh manusia.

Manakala bagi lalat, lalat Bot betina akan melekatkan kira-kira 30 biji telur di bawah sayap lalat spesis lain. Telur lalat bot yang dijatuhkan pada kulit kita, akan bertindak balas dengan kepanasan suhu badan kita, lalu segera menetas.

 

Seterusnya ia akan mengorek lubang pada kulit dan terus memasuki tubuh badan manusia . Ia membesar dan terus tinggal di dalam badan kita dengan memakan lemak, lapisan kulit dan tisu-tisu badan.

Duri-duri pada larva lalat Bot ini akan mengait, menghiris dan melumatkan isi daging sisi lubang yang dibina bertujuan membesarkannya dan juga menjadi makanannya, menyebabkan kita merasa  sangat sakit. Semasa ia tinggal di dalam lubang pori tersebut, ia juga merembeskan antibodi yang bertindak sebagai penghalang jangkitan kuman.

 

Kira-kira 8 minggu ia akan mencapai peringkat kepompong. Kebiasaannya pada peringkat kepompong ia akan jatuh ke tanah dan seminggu di tanah ia akan bertukar menjadi lalat Bot yang dewasa.

 

CARA MENGATASINYA:

1) Salah satu cara untuk mengeluarkan Larva tersebut dengan meletakan daging mentah pada bahagian kulit yang didiami larva tersebut sebagai umpan.

 

2) Cara lain adalah dengan menggunakan  gubal pokok matatorsalo, didapati di Costa Rica, yang akan membunuh larva, tetapi larva yang mati masih wujud di dalam kulit.

 

3) Selain daripada itu, menutupi lubang pada permukaan kulit dengan pengilat kuku, vaselin (Gel Petroluem) atau pita pelekat menyebabkan larva tersebut tidak dapat bernafas dan selepas 1 hari larva tersebut akan mati kelemasan.

Dengan kematian larva tersebut bererti tiada lagi rembesan antibodi yang menghalang jangkitan kuman. Lalu risiko untuk dijangkiti kuman adalah tinggi sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul.

 

4) Baru-baru ini, doktor  mendapati bahawa alat yang digunakan bagi mengeluarkan bisa ular,  boleh digunakan bagi mengeluarkan larva dengan mudah dan berkesan pada semua tahap tumbesar larva lalat bot. oleh sebab ia bertindak dwi kegunaan maka kini ia menjadi salah satu komponen utama dalam kit peti pertolongan cemas.

 

Sumber lain juga ada menyatakan perubatan penyakit misteri melalui kaedah perubatan Islam. Seperti contoh pesakit diabetes yang dah berulat kakinya mampu sembuh menggunakan kaedah perubatan Islam ini.

Kalau kita cuba singkap kembali kisah Nabi Ayob juga, beliau pernah diuji Allah dengan penyakit ganjil dan ulat pada dirinya. Jadi, Allah maha mengetahui segalanya. AllahuAkbar.

 

Antara video yang menunjukkan bukti bahawa memang wujud ulat yang boleh hidup dalam badan manusia.

Dalam payudara: Video 1

Dalam kepala: Video 1 dan Video 2

 

 

Apa kata DeQdEq:

Mungkin benar gambar pertama tu adalah hasil edit sahaja..tapi hakikat sebenar memang wujud ulat atau larva yang boleh hidup dalam badan manusia ni. Walaupun Botfly tak wujud di negara kita, tapi kemungkinan untuk ada tu juga besar. Sekarang ni, apa saja yang tak mustahil kan.

Jadi, sebagai langkah terbaik, kita perlu menjaga kebersihan terutamanya pakaian. Bukan wanita sahaja malahan lelaki juga okey. Tubuh badan kita adalah pinjaman dan amanah Allah, jadi kita perlu menjaga dengan sebaiknya.

Sebab itulah Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan dan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.

 

Mungkin DeQdEq kena kembali pastikan basuh baju menggunakan air panas kembali……

 

Apa nak buat bila entri di blog makin berkurang? (Part I)

 

arkib

 

Cuba anda amati dan kaji imej yang DeQdEq kongsikan di atas….apa yang boleh kita simpulkan?

Apa yang DeQdEq nampak….entri yang DeQdEq hasilkan dari bulan Januari hinggalah ke bulan Mac ni makin menurun bilangannya….dari 75 ke 54….nasib Mac belum habis lagi….tapi kita dah pun menghampiri penghujung Mac dalam 3-4 hari lagi.

 

Jadi, dapatkah DeQdEq menandingi entri pada bulan Februari sekurang-kurangnya..kalau nak menyamai bulan Januari macam jauh je lagi 33 nak ke 75 tu.

DeQdEq tau…tak ada yang mustahil dan semuanya terletak pada diri sendiri sebenarnya…

 

Kalau tak percaya cuba tengok ni:

 

 imej sunah Imej dipinjam dari Sunah Sakura Dot Com

 

Macam mana? Tersembul tak biji mata bila tengok entri hasil dari seorang blogger ni? Kalau nak tau siapa dia, sila terjah SINI

 

Jadi, macam mana nak menghasilkan entri sebanyak itu? Apa kata kita sambung selepas iklan…tettttttttt

 

Friday, 25 March 2011

Teknik mengorat cara Zack Zukhairi

 

Malam ni memang DeQdEq kering idea sebenarnya nak update blog…Jadi, DeQdEq mengisi masa lapang membaca blog-blog yang best…

DeQdEq tengah melepak kat blog Zack Zukhairi…..pada yang masih belum kenal mamat sorang ni….sila la ke blog dia okey….follower dah 19 ribu lebih…..memang ini kira otai la….setanding Hanis Zalikha….tak tau la mana yang lebih dulu terjun ke dunia blog ni…

Tapi yang pastinya, kalau lelaki mesti lebih suka singgah blog Hanis Zalikha kan….yang perempuan mesti suka singgah blog Zack Zukhairi….hehehhe…..saja je DeQdEq ni…

Apa-apa pun….dua blogger ni memang mempunyai daya tarikan tersendiri melalui gaya penulisan mereka…..

 

DeQdEq nak berkongsi dengan korang teknik mengorat cara Zack Zukhairi ni…..mamat ni memang sempoi….asyik tergelak je DeQdEq baca teknik yang dikongsikan oleh si Zack ni:

 

 

Teknik mengorat untuk LELAKI sahaja:

 

TEKNIK 1

TEKNIK 2 (DeQdEq paling suka teknik ni…kepada lelaki yang tengah dok usha awek tapi tal berani nak mulakan langkah…apa kata korang cuba teknik ni…memang confirm la awek tu cair dengan korang…..tak caya cuba la dulu)

TEKNIK 3

TEKNIK 4

 

Teknik mengorat untuk PEREMPUAN sahaja:

TEKNIK 1

 

 

Kepada yang dah berjaya menggunakan teknik-teknik di atas sila la komen di sini…heheehhe

 

 

Pencarian harta karun DeQdEq bermula hari ini

 

Entri malam tadi DeQdEq ada sebut pasal pencarian harta karun kan…hari ini pencarian DeQdEq telah bermula…

Jauh perjalanan DeQdEq pada hari ini hanya untuk mendapatkan harta karun DeQdEq….perjalanan hari ini bermula pada pukul 9 pagi tadi menuju ke Sungai Besar, Selangor….Kat mana tu?

DeQdEq nak habaq pun tak tau sangat…tapi dah lepas Kuala Selangor, Tanjung Karang dan juga Sekinchan.

 

Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun terpaksa menempuh hujan lebat….dan kini DeQdEq telah kembali ke Shah Alam semula.

 

harta

 

Harta karun apa plak yang DeQdEq nak cari kan? Buat masa ni biarlah kita simpan dulu ye….DeQdEq pun baru je memulakan perjalanan…masih jauh lagi untuk menggenggam harta karun itu.

 

Dah baca belum blog kucing terbiar dot com bakal mewarnai Majalah Islam di TV Al-Hijrah…memang terbaik la…DeQdEq memang gembira sangat bila dapat tahu berita ni.

 

 

Blog dalam blog dan topik hangat jadi pilihan

 

Assalamualaikum semua dan selamat hari Jumaat…Jumaat penghulu segala hari..pastinya ramai yang suka bila hari Jumaat kan…satu, ada rehat yang panjang terutamanya wanita. Keduanya, esok hari Sabtu …CUTIIIIIII…..

Alhamdulillah juga kita masih dipanjangkan umur dan masih bernafas di muka bumi Allah dengan limpahan rahmat-NYA….semoga kita bertambah amalan dengan meningkatnya umur kita…amin.

 

Hari ini, DeQdEq terasa ingin berkongsi dengan pembaca dan pengunjung blog DeQdEq tentang apa yang menarik hati DeQdEq sepanjang blogwalking.

Seperti biasa, bila ada topik menarik dan hangat, pastinya akan menjadi topik pilihan kebanyakan blogger. Tapi DeQdEq tak ada nak ulas sangat pasal topik-topik hangat ni. Cuma DeQdEq nak berkongsi tulisan blogger lain yang disampaikan dengan gaya mereka tersendiri dan cukup bermakna.

 

Berikut merupakan TOPIK HANGAT dan menarik:

 

1) Fesyen Tudung Yuna yang terbaru

 

Entri pilihan DeQdEq ialah:

 

- Makalah Ilmu: http://makalah2u.blogspot.com/2011/03/artis-bertudung-sesatkan-masyarakat.html

- Budak Botak: http://www.budakbotak.com/2011/03/komen2-lelaki-tentang-fesyen-terbaru.html#axzz1HZ3HcGN0

- Beautifulnara: http://beautifulnara.com/abang-nara-tak-sokong-yuna-fesyen-tudungnya-yang-terbaru/

 

2) Cubaan Bunuh Diri di KB Mall ( baru je dengar kat berita HOT FM pukul 8 pagi)

 

Entri pilihan DeQdEq:

 

- Cik Epal : http://cikepal06.blogspot.com/2011/03/video-perempuan-bunuh-diri-dekat-kb.html

- ar-rifke: http://www.ar-rifke.com/2011/03/kes-bunuh-diri-di-kb-mall-cubaan-bunuh-diri-pelajar-perempuan-dari-tingkat-atas-kb-mall.html

Tahniah buat Papa Meow dan juga semua pencinta kucing

 

Baru tadi DeQdEq post entry pasal Lucky di bawah jagaan Papa Meow yang semakin gemoks kan…

Sekarang ni, entri ni DeQdEq nak bagi ucapan TAHNIAH khas buat Papa Meow dan anak-anak bulu kerana bakal mengisi Majalah Islam TV Al-Hijrah.

 

Papa Meow @ Saudara Al-Bakri @ pemilik http://kucing2terbiar.blogspot.com/ …..tahniah buat anda

 

papa meow

 

Nampaknya usaha Papa Meow dah mendapat tempat masyarakat…semoga selepas ni…usaha Papa Meow dan pencinta kucing yang lain akan mendapat sokongan dari lebih banyak pihak, insyaAllah…

 

Nak tahu kisah lanjut pasal temujanji Papa Meow dengan TV AL-Hijrah boleh TENGOK SINI

 

 

Thursday, 24 March 2011

Terima kasih Papa Meow…Lucky makin gemuk dengan papa meow

 

Dah lama DeQdEq tak bercerita pasal Lucky kan….sejak DeQdEq hantar Lucky kat Papa Meow hari tu, DeQdEq masih tak berkesempatan nak pegi lagi jenguk Lucky.

Harap Papa Meow update dan letak gambar dak Lucky je la….Maaf sangat Papa Meow, DeQdEq tak dapat nak pergi lagi….

 

Hari ni, ada lagi update terbaru Papa Meow pasal Lucky….

Jom kita tengok gambar Lucky yang terbaru ni….

 

 

Lucky makin gemok….gembira DeQdEq tengok….kalau DeQdEq tak selamatkan Lucky di Tasik Idaman tu..tak tahula apa nasib Lucky kan

 

 

Lucky bersama Adik….adik ni kalau ada yang tak tahu….matanya telah diambil orang dan bagi pada kucing lain….sedih kan kisah adik ni…

Ada orang sanggup ambil mata Adik, bagi pada kucing dia pastu buang adik…..kisah adik DeQdEq pernah tulis sebelum ni….boleh TENGOK SINI

My First Giveaway by Sew n Cut

 

Dah lama DeQdEq tak masuk contest disebabkan agak sibuk…..contest 5-5-5 DeQdEq yang masih berjalan pun DeQdEq tak sempat nak promosi macam mula-mula dulu.

Malam ni terasa nak join plak giveaway nih….

 

 

Ini adalah hadiahnya…terhad kepada 20 orang je….

Siapa nak join juga? KLIK SINI

Orang ada baby, orang ada kucing….DeQdEq ada apa?

 

Petang ni memang tak ada kerja sangat…sebabnya esok akan bermula pencarian harta karun DeQdEq untuk sepanjang 1 bulan lagi insyaAllah…semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Bila dah tak sibuk ni, DeQdEq pun menjalankan aktiviti menjelajah blog lain….cuba singgah sebanyak blog yang mungkin…sebab dah lama sangat tak sempat nak blogwalking…

 

Blog yang menjadi tarikan utama semestinya blog yang banyak bercerita tentang si comel….tentunya anak-anak bulus…

DeQdEq memang suka dengan si comel berbulu ni iaitu kucing….

 

Selai dari blog pencinta kucing, DeQdEq juga singgah ke blog mommy vogue…kebanyakkan ibu muda suka bercerita tentang baby mereka….memang rasa bahagia bila kita dapat berkongsi cerita indah kita dengan pembaca kan?

 

Yang ada kucing penuh cerita tentang kucing….yang ada baby dan juga anak, penuh cerita mereka dengan aksi dan keletah anak-anak…

Itu mereka semua….tapi DeQdEq….apa yang DeQdEq ada? Tak ada apa…huuhuhuhu….kucing pun tak dapat nak bela lagi…DeQdEq akan teruskan pencarian harta karun DeQdEq dulu…

Hanya menumpang kasih dan ketawa dengan membaca kisah-kisah anak bulu dari blog lain je….

Lepas tu, bolehla nak ada anak-anak bulu….heheheheheh….

 

 

Tak guna kalau ada jawatan tinggi tapi…

 

Selamat tengah hari semua…

DeQdEq tulis entri ni sebab tengah sakit hati dengan salah seorang client. Bila dah ada ramai client, macam-macam la perangai yang ada….

Cuma DeQdEq sakit hati sangat bila orang tak hormat kita…apa dia ingat dia bagus sangat ke? susah ke nak hormat orang lain kalau pun kau tu belajar tinggi kerja pun jawatan tinggi tapi tak tahu nak hormat orang lain.

 

Kisah ni sebenarnya bermula dari Januari 2009 bila client ni invest dengan DeQdEq…memang dia kategori client besar la, sebab orangnya jawatan tinggi banyak la duitnya.

Sepanjang tahun 2009 tu okey lagi…tapi masuk je tahun 2010, client ni dah mula tunjuk perangai pelik. Dari selalu senang nak jumpa, dah jadi susah…asyik mengelak…macam-macam la lagi.

 

Tapi DeQdEq tetap selalu contact dan bagi update tentang pelaburan dia. Pada tahun lepas, pada Mei 2010, waktu hari lahir dia, kebetulan hari lahir dia dan isteri dia jatuh pada hari yang sama. Jadi, DeQdEq pun pergi la rumah dia bawa sebiji kek hari jadi nak jadikan kejutan pada client dan isteri.

Tapi, client DeQdEq tak ada, yang ada isteri dan anak-anak dia. Jadi, DeQdEq pun berbual la sekejap dengan isteri dia…lepas tu balik la.

 

Pada keesokkan paginya, client DeQdEq ni awal-awal pagi lagi dah mesej dan nak keluarkan duit pelaburan dia. Memang dia dah untung banyak, jadi DeQdEq kata DeQdEq perlu jumpa untuk dapatkan tandatangan dia.

Tapi sampai ke sudah tak boleh juga nak jumpa dia…dia pun asyik nak mengelak je.

 

Tiba-tiba, pada tarikh 13-08-2010, DeQdEq terima mesej dari client ni. Memang rasa pelik sangat sebab, selama ni bila DeQdEq call dia, nak jawab pun susah, mesej pun tak berbalas, sekali dia yang mesej DeQdEq.

Mesej dia berbunyi:

“Hi d….free tak malam ni?”

 

Memang rasa sangat pelik…rupa-rupanya dia nak jumpa sebab nak ajak DeQdEq join bisnes apa tah….tapi DeQdEq kata malam tak dapat nak jumpa. waktu tu pula kan bulan puasa.

Jadi, DeQdEq kata siang okey la….apa kata jumpa kat rumah en je…sebab bulan puasa macam mana nak jumpa kat kedai makan kan.

Tapi dia tak balas mesej DeQdEq tu..

 

Pada malamnya, lepas solat terawikh, DeQdEq dapat mesej dari client ni…kali ni berbunyi macam ni pula":

“ Ni nak bagitau, jangan sesekali datang ke rumah lagi sebab tiada undangan….dulu u datang pun sya tak suka…u r not welcome at my house..tq “

 

Macam tu la gayanya mesej dari seorang General Manager di salah sebuah syarikat pengeluaran kereta tempatan yang besar juga la.

 

Bila dapat mesej tu, DeQdEq abaikan sahaja….tapi lepas-lepas tu DeQdEq tetap call dan updates pasal pelaburan dia.

 

Sekali hari ni, bila semak dalam sistem DeQdEq, client ni dah melabur dengan consultant lain plak…baru lagi pada 4 Mac lepas.

DeQdEq baru je lepas call client ni pada Khamis lepas, tapi client ni tak pula cakap sepatah dia dah invest dengan consultant lain.

 

Jadi, tadi DeQdEq call client ni dan dapatkan kepastian dan maklumkan pada dia, sekarang dia boleh berurusan dengan consultant baru. Jadi, DeQdEq tak perlu menjaga lagi akaun dia.

Tapi, dia boleh buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

 

Kalau la orang yang ada budi bahasa, pastinya akan maklumkan sepatah dua pada DeQdEq. Tapi tak ada langsung. Dan DeQdEq selalu contact dia, dia yang tak nak berjumpa atau bercakap.

Dia boleh mesej je kata tak berminat atau dah invest dengan orang lain. Kan senang….DeQdEq pun tak ada nak buang masa nak contact dia lagi.

 

Tapi, sekarang ni DeQdEq rasa lega sangat sebab dah lepas tanggungjawab DeQdEq dari menjaga akaun dia lagi…DeQdEq dah jalankan tangungjawab DeQdEq dengan sehabis baik pada dia, tapi kalau dia tak suka biarlah.

 

Akhir kata dari DeQdEq, hormat la pada orang lain, tak kira apa jawatan kita, setinggi mana pangkat kita, setinggi mana pun pendidikan kita, hormat la pada orang lain.

Budi bahasa kan budaya kita.

 

Wednesday, 23 March 2011

Manusia macam ni nak dikategorikan sebagai apa ye?

 

TAdi ternampak kat wall Facebook, ada kawan yang pencinta kucing kongsikan 1 link ni….link dari blog Kak Tedi….ataupun blog : http://myqza.blogspot.com/

 

Terasa sakit hati DeQdEq baca entri tersebut sebabnya, korang baca dan nilai la sendiri kata-kata dari seorang insan ni…..Berikut merupakan kata-kata orang tu pada salah seorang blogger pencinta kucing.

 

ASKUM, maaf klu sy gnggu, sy cuma nak bertanya dan menegur kamu.

1. knp menagih simpati org klu dh thu diri tak mampu, itukan kucing2 kurap, buang duit, buang tnga, lainlah kucing parsi cantik, lawa berbaloi klu membela.

2. sudah tu minta di wall cages PERCUMA. kamu ingat semua orang akan fikir positif?

3. membela anak2 kucing kurap, berpenyakit, untuk apa...mintak wang dari masayarakat luar? mintak simpati atau mahu glamour? ukur baju lah saudari.

4. kamu dan 2 tiga orang sahabat kamu lagi juga sama, membela haiwan terbiar konon diri itu tuhan atau malaikat, mahu dipandang tinggi dimata masyarakat? begitu?

5. cuba nasihat sahabat2 kamu, tak perlu berlakon baik di depan orang, mungkin hakikat disebaliknya kamu mungkin sama saja spt manusia lain.

salam

 

 

Jadi, setelah korang baca apa yang dia tulis ni…korang rasa macam mana? Nak tau cerita lanjut dan apa yang Kak Tedi huraikan…sila ke blog Kak Tedi.

 

Apa kata DeQdEq:

Pada DeQdEq..kalau tak suka tak perlu la nak mengata orang dan menghina perbuatan orang lain pula. Sekian.

Bosan dengan politik Malaysia…Skandal Seks Anwar Ibrahim…Kes Liwat Anwar Ibrahim…apa lagi?

 

Assalamualaikum semua dan Selamat Pagi….

Macam biasa mulakan hari ini dengan senyuman..:-)

 

Sesungguhnya DeQdEq tak minat dengan cerita politik apa lagi DeQdEq ni memang kategori yang malas baca suratkhabar dan menonton berita.

Bila asyik pasal cerita-cerita macam kes Anwar ni la yang membuatkan DeQdEq malas nak baca suratkhabar dan menonton berita ni…Malaysia tak ada perkara lain ke yang nak difikirkan….

 

DeQdEq terpanggil juga nak tulis pasal isu ni selepas membaca di DenaiHati. DeQdEq rasa DeQdEq juga punyai fikiran dan rintihan yang sama macam DenaiHati ni….doa dari DenaiHati….

 

DENGAN RASA RENDAH DIRI AKU MEMOHON DOA KE HADRAT ILLAHI SUPAYA :

1. SEANDAINYA ANWAR IBRAHIM DIFITNAH MAKA SI PENFITNAH ITU MATI DIPANAH PETIR.

2. SEANDAINYA ANWAR IBRAHIM MELAKUKAN SEMUA KESALAHAN SEKS TERSEBUT TETAPI TIDAK MAHU MENGAKU MAKA ANWAR IBRAHIM MATI DIPANAH PETIR.

SEMUGA ALLAH SWT PERKENANKAN DOA AKU INSAN KECIL.

 

 

DeQdEq juga terfikir akan perkara yang sama macam Cik Lekit…Cik Lekit ada buat entri pasal Anwar Ibrahim 2 Alam….DeQdEq pun fikir sebelum ni pasal kes liwat yang dulu sampai usung tilam…..tapi dah dibebaskan dari tuduhan tu.

Lepas tu timbul plak lagi kes liwat dengan Saiful Bahari….masih belum selesai rasanya kes tu….kini muncul pula skandal seks…ataupun video seks Anwar Ibrahim dengan pelacur.

 

Tolonglah wahai pemimpin Malaysia…tolongla fikirkan tentang rakyat dan negara pentadbiran anda….Usahlah hanya cuba menyogokkan rakyat dengan cerita-cerita jelik macam ni lagi. Banyak lagi isu penting yang perlu pemimpin Malaysia usahakan.

Kalau nak baca dan tau lagi pendapat DenaiHati dan Cik Lekit….sila ke blog mereka…sesungguhnya pendapat mereka DeQdEq rasa mewakili sebahagian dari kita semua.

 

Andai DeQdEq tersalah tulis, ampun maaf dipinta…sesungguhnya DeQdEq takut juga nak tulis pasal ni, takut jatuh sebagai fitnah…tapi apa yang DeQdEq ingin sampaikan…tolongla wahai pemimpin rakyat..fikirkan la pasal rakyat…rakyat memberi kepercayaan, jadi laksanakanlah tanggungjawab anda.

 

Sekian….

 

 

Tuesday, 22 March 2011

Nama-nama yang muncul di blog DeQdEq

 

Assalamualaikum semua….Salam 1 Malaysia

 

Hari ni DeQdEq tak sempat nak update entri…hari ni agak sibuk sikit…

Tapi bila malam ni, sempat DeQdEq tengok analytic Nuffnang…dan juga keyword yang muncul kat blog DeQdEq ni…

 

Banyak betul nama-nama yang muncul hari ni…Tengok la sendiri….Antara nama-nama yang muncul ialah:

 

Dr Rozmey

Ujang9897

Cikgu Aishah

deqdeq

Chef Razak dan juga

Cikgu Shida

 

nama-nam

 

Selain nama-nama di atas…macam biasa kucing comel pasti akan muncul sebagai keyword yang paling banyak…

Sunday, 20 March 2011

Pesta Belon Panas 2011 mengecewakan

 

Hancur rasanya hati ni bila sampai di sana, hajat untuk melihat belon-belon panas yang pelbagai bentuk tak kesampaian…

Di manakah semua belon-belon itu? Kenapa tak ada seperti yang dijanjikan…tercari-cari juga DeQdEq belon-belon panas tu….dah la nak naik belon tiket dah habis…

 

DeQdEq sampai kat Putrajaya tadi dalam pukul 9 pagi…tiket semua dah habis dijual okey…hampa lagi harapan ini…jadi untuk mengubat lara, jalan-jalan la melihat apa aktiviti yang ada…

Melihat kuda berjaya mengubat sikit hati yang lara ni…tapi tak berani pula nak naik kuda tu…jadi tengok je la…

 

Memang banyak ada aktiviti sampingan kat sana…tapi tujuan utama nak tengok belon panas yang bentuk doraemon la, lion la…dan macam-macam lagi….tapi tak ada pun.

DeQdEq pun bertanya di khemah sekretariat, mana belon-belon panas yang diwar-warkan tu…tak ada pun.

 

Sekretariat menjawab, semua belon tu dah terbang….pukul 7 lagi belon tu semua dah ada dan bersiap untuk terbang. Kalau nak tengok, tunggu petang pula dalam pukul 4 macam tu.

Aduh…terpinga-pinga rasanya…ingatkan bila datang Pesta Belon Panas, ada la banyak belon untuk dilihat…rupanya mereka akan terbang dulu…kemudian turun lagi…waktu belon tu bersiap untuk terbang la kita baru boleh lihat dan ambil gambar.

 

Kiranya DeQdEq tadi tak dapat pun nak ambil gambar belon-belon panas yang macam-macam bentuk tu.

Cuma yang ada belon panas yang digunakan untuk bagi pengunjung naik…belon panas biasa…tu pun tiket dah habis….

 

p/s: gambar-gambar akan DeQdEq update kemudian ye…

 

 

 

 

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...