Wednesday, 27 April 2011

DiGiLIVE K-Pop: 2AM showcase | BE terbaru dari Nuffnang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Nampaknya dah lama sangat DeQdEq senyap dan tak update blog DeQdEq ni..mujur belum bersawang lagi….

Bila dah tak rajin update ni….pengunjung pun berkurang dan ranking di Alexa pun makin menurun….apakan daya DeQdEq sebab DeQdEq belum cukup kuat untuk berjuang di alam maya serentak dengan berjuang di alam nyata…

DeQdEq memang makin sibuk di alam nyata untuk mengejar harta karun DeQdEq yang makin jelas bayangnya…..InsyaAllah, jika DeQdEq terus bekerja keras dan dengan izin Allah, harta karun itu akan berada dalam genggaman DeQdEq dua bulan dari sekarang…Amin…

 

Sungguh DeQdEq tak sangka, walaupun DeQdEq jarang update blog sekarang ni, tapi masih tetap punya pengunjung 100UV sehari….Nuffnang sememangnya baik hati.

DeQdEq ingatkan lepas semua BE menjadi metered earning…mesti DeQdEq takkan dapat lagi BE baru…

Tapi rupanya DeQdEq silap…Nuffnang tidak pernah mengecewakan….DeQdEq tetap diberikan BE…Terima kasih Nuffnang

 

BE terbaru DeQdEq ialah   

digi

DiGi DEP Music K-Pop

 

Untuk peminat K-Pop…jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapat tandatangan dan pas untuk bertemu 2AM di belakang pentas secara eksklusif dibawakan oleh DIGI.

 

digi 2 

 

DiGiLIVE K-Pop: 2AM showcase


The hottest K-Pop act is in town! Get your 2AM showcase passes today.

Also stand a chance to win a Meet & Greet session with the Korean heartthrobs when you purchase 2AM CallerTunes™!

 

Showcase Details

Date: 21 May 2011
Time: 6pm - 7pm
Location: Jln Ampang, Kuala Lumpur

 

untuk info lanjut KLIK SINI

Sunday, 24 April 2011

Jangan Ingat Karbohidrat Jahat

 

Karbohidrat jahat? Siapakah karbohidrat ni? Kenapa plak dia jahat? Apa yang dia dah buat?

 

Jawapannya:

 

Siapakah Karbohidrat?

karbohidrat

 

Karbohidrat merupakan senyawa yang terbentuk dari molekul karbon, hidrogen dan oksigen. Sebagai salah satu  jenis  zat gizi, fungsi utama karbohidrat adalah penghasil energi  di dalam tubuh.

Tiap 1 gram karbohidrat yang dikonsumsi akan menghasilkan energi sebesar 4 kkal dan energi hasil  proses oksidasi (pembakaran) karbohidrat ini kemudian akan digunakan oleh tubuh untuk menjalankan berbagai fungsi-fungsinya seperti bernafas, kontraksi jantung dan otot serta juga untuk menjalankan berbagai aktivitas fisik seperti berolahraga atau bekerja. (Sumber)

 

Kenapa Karbohidrat ni jahat?

Sebab dia berjaya menggemukkan ramai orang…termasuk DeQdEq…hehehehe

 

-

-

-

-

-

-

-

-

-

TETTTTTTTTTTT SALAHHHHH………

 

Sebenarnya bukan karbohidrat yang jahat okey…yang jahatnya ialah diri kita sendiri….

Kenapa DeQdEq kata kita yang jahat…sebabnya, kita yang tak tahu mengawal pemakanan kita….makan sampai tak ingat dunia…jadi pengambilan karbohidrat kita mungkin melepasi tahap yang diperlukan dalam sehari…

Jadi hasilnya, energi yang diambil lebih banyak dari energi yang keluar….memang la hasilnya badan ni mengembang. Cuba energi masuk kurang dari energi keluar…keputusan sebaliknya pasti berlaku….lebih banyak pembakaran akan berlaku…jadi, dapat la kurangkan berat badan.

 

Samala juga macam isu penjualan nasi lemak di sekolah yang menyebabkan kanak-kanak obese tu….tapi hakikatnya ialah bukan sebab makanan…tapi sebenarnya pemakanan yang salah. Boleh baca kat KOSMO

 

 

DeQdEq masih ingat kata-kata pensyarah subjek Nutrition dulu….

There is no bad food…there is bad DIET”

Maksudnya: tak ada makanan yang jahat atau buruk…..yang jahatnya adalah cara pemakanan kita…kalau kita pandai kawal…memang tak akan timbul masalah obese dan penyakit.

 

 

Berikut petikan dari kevinzahari.com:

 

“Tetapi apa yang salah adalah sikap kita sendiri kerana mengambil karbohidrat berlebih-lebihan. Jangan sangka karbohidrat itu ‘jahat’. Kita sangat memerlukan karbohidrat tetapi dalam jumlah yang sesuai,” katanya.

Ada jenis diet popular yang mengamalkan pembuangan karbohidrat dalam pemakanan sebaliknya hanya protein dan lemak dan dalam tempoh tertentu, mereka boleh mengurangkan berat badan.

“Tetapi diet ini adalah diet yang membosankan dan kebanyakan pengikutnya akan berpaling tadah selepas beberapa lama. Waktu itulah berat badan akan naik kembali.

 

 

“Justeru, pengambilan makanan yang sederhana dan sesuai dengan keperluan diri adalah kunci pengawalan berat badan dan kesihatan yang baik.

“Karbohidrat sangat penting pada setiap waktu makan kerana ia penyumbang tenaga utama kepada kita,” katanya.

Wednesday, 20 April 2011

Sudah ada yang bertanya DeQdEq

 

Assalamualaikum dan selamat malam…

 

Sungguh DeQdEq tak sangka entri luahan hati DeQdEq semalam sudah berjaya menambat minat orang. Entri pasal  I wish I have a personal assistant right now….ohhhh…please…PERSONAL ASSISTANT WANTED

Sebenarnya DeQdEq semalam terasa berat sangat dengan kerja yang menimbun…jadi memang terasa kalau ada pembantu sangat la best kan…

 

Sememangnya dah lama DeQdEq fikir untuk mengambil seorang pembantu peribadi ataupun PA…

Bila ada PA yang boleh tolong buatkan semua kerja paperwork macam isi borang….baru la DeQdEq boleh terus maksimumkan kerja DeQdEq di luar untuk mencari client baru…

Tak adala DeQdEq buang masa nak isi borang lagi….

 

Rupanya dah ada yang berminat dan bertanya pasal jawatan pembantu peribadi ni pada DeQdEq…DeQdEq belum keluarkan iklan rasmi lagi…dah la tak pernah mengambil pekerja lagi..huhuhuhu…

Macam mana nak buat ni…

 

Tak sabar juga nak dapatkan pembantu peribadi yang pertama ni…hehehhe

 

 

 

Tuesday, 19 April 2011

I wish I have a personal assistant right now….ohhhh…please…PERSONAL ASSISTANT WANTED

 

Assalamualaikum….selamat pagi dan salam hari Selasa

Macam mana kerja anda….sibuk tak? DeQdEq dalam seminggu dua ni memang sangat sibuk ataupun superbusy….sebab nak kejar harta karun yang semakin jelas jalannya…alhamdulillah…

 

Sekarang ni DeQdEq tengah sibuk sangat, dengan nak jumpa clientnya nak kena isi borang lagi…lepas tu nak kena pegi submit borang client kt HQ….aduh tak sempat rasanya..

Bila dah jumpa client seharian badan dah penat…mana nak isi borang lagi…..huuhuhu…tolong…sapa yang mampu membantu DeQdEq ni

Kalaulah dapat dibelah badan ni kan…huhuhuhuuh….

 

Seronoknya kalau ada pembantu peribadi yang dapat mengurangkan beban yang ditanggung DeQdEq sekarang ni…ada tak sapa-sapa yang nak isikan kekosongan kerja sebagai pembantu peribadi DeQdEq…

Kerja sangat senang je…sambil kerja masih boleh berfacebook atau blogging..heheheheh…dan NO PRESSURE….sangat relax kerja sebagai pembantu peribadi DeQdEq ni..

 

Cuma DeQdEq mencari mereka yang ada sijil SPM la…sebab kalau nak digajikan mereka yang ada diploma atau ijazah….nak kena bayar tinggi kan..

Jadi, mereka yang SPM ni gajinya masih dapat ditanggung oleh DeQdEq..maklumlah kerja sendiri kan, bisnes..jadi apa nak buat pun kena fikir macam mana nak maksimumkan untung.

 

Monday, 18 April 2011

Lamanya tak jenguk blog

 

Assalamualaikum semua….salam 1 Malaysia

Apa khabar agaknya kawan-kawan DeQdEq semua ni…DeQdEq dah seminggu tak berkesempatan nak buka blog apatah lagi nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan.

Maaf juga buat pengunjung blog DeQdEq, sebabnya DeQdEq dah lama tak update blog DeQdEq yang usang ini…

 

Disebabkan urusan kerja….dan juga demi mendapatkan harta karun DeQdEq…DeQdEq sedang berusaha dan bekerja keras sekarang ni….

Dalam seminggu tak update blog ni, banyak perkara yang berlaku….yang suka dan juga yang duka…

 

Paling baru pada Sabtu lepas bersamaan dengan 16 April 2011…DeQdEq telah kemalangan dengan sebuah motosikal….kemalangan kecil tapi cukup memberi kesan pada DeQdEq….

Kereta DeQdEq kemek juga la….nasib baik penunggang motosikal tu tak cedera parah…DeQdEq risau sangat dengan keadaan penunggang motosikal tu…

Tapi pemeriksaan awal doktor kata tak ada kecederaan serius…memang DeQdEq bersyukur sangat…

 

Banyak lagi perkara bila dah seminggu tak menulis blog ni….ini pun kuatkan semangat untuk update blog, sebab dah rindu sangat dengan blog…

Sunday, 10 April 2011

Let’s go…breakfast date

 

Assalamualaikum dan selamat pagi semua….

Di pagi minggu ni DeQdEq ada janji temu sarapan dengan BFF DeQdEq yang tengah sambung master kat UKM tu…

Jadi, dalam tengah nak bersiap ni, sempat dulu untuk update entri untuk hari ini…

 

Breakfast date?

hehhehe…ntah betul ntah tidak istilah DeQdEq gunakan ni…apa-apa pun hari ni nak habiskan masa lagi dengan kawan baik DeQdEq yang sorang ni…

Kejal lagi DeQdEq akan ke Bangi…

Sapa yang kat Bangi tu….JOM….

 

Yang DeQdEq tau….Tasha pun kat UKM….Ujang yang suka kentut tu pun kat Bangi juga….tapi Ujang mesti tengah sibuk dengan persiapan nak menuju hari bahagia dia dengan YanaMIB….

 

Saturday, 9 April 2011

LELAKI…tolong jangan gunakan alasan ni kalau nak minta putus

 

Tadi baru je bergayut sakan dengan BFF DeQdEq…jadi banyak la yang kami bergosip…heheheh..

Kalau selalu hujung minggu macam ni kami mesti berdating punya, sebab BFF DeQdEq sekarang kat UKM dia sambung master…

Minggu ni DeQdEq tak tau lagi nak pegi ke tak UKM…jadi bergayut la dengan BFF DeQdEq ni…

 

Jadi, bila DeQdEq bersembang dengan kawan DeQdEq tadi dia ada ceritakan kisah salah seorang kawan DeQdEq waktu belajar kat UiTM dulu….

Bila di kampus ni, dah kebiasaannya mesti duk couple-couple kan…kiranya kawan DeQdEq yang sorang ni dah berkawan rapat dengan mamat sorang ni dari waktu kami diploma , kalau tak silap dalam tahun 2004/2005 macam tu.

Siap dah bawa jumpa famili masing-masing…kira dah tahap serius la…

 

Alih-alih kawan baik DeQdEq tadi bagitau yang diorang ni dah putus….Alasan mamat tu bagi memang tak boleh blah okey…

DeQdEq yang dengar ni memang rasa hangin satu badan sebabnya DeQdEq pernah alami sendiri…

 

Nak tahu apa alasan LELAKI tu bagi?

 

“ Maafla mak saya tak suka awak, jadi kita tak dapat nak teruskan hubungan ni”

“Maafla mak abang tak suka ayang, jadi kita tak dapat nak teruskan hubungan ni”

“Maafla mak papa tak suka mama, jadi kita tak dapat nak teruskan hubungan ni”

 

Tak tahula versi yang mana satu kan lelaki tu cakap…heheheh…tapi itu selalunya ayat orang bercinta kan…

 

Senang ja bagi alasan mak dia tak suka…padahal hampa dah berkawan lama…dah siap bawa jumpa keluarga semua….dah tu bagi alasan mak tak suka?

Kalau mak tu tak suka mesti la dari awal-awal lagi mak tu bagitahu kan…ni dah 5-6 tahun baru nak bagitahu tak suka…

 

Dasar lelaki….mesti dah ada perempuan lain la tu….pastu bagi alasan kononnya mak dia tak suka….yelah, bila bagi alasan mak tak suka, nampak la dia tak bersalah….

Gunakan alasan tu menampakkan dia anak yang soleh la konon….ALASAN semata…padahal mesti dah ada perempuan lain….

 

DeQdEq dah pernah alami sendiri…LELAKI memang mudah sangat bagi alasan….waktu nak berkawan dulu bukan main lagi mengayat perempuan…tapi bila nak putus senang-senang je….

 

Gambar misteri | Siapakah muncul dalam gambar lama ini

 

DeQdEq baru je mencari-cari gambar-gambar untuk join contest yang telah ditag oleh Tasha…."CONTEST SHOW ME who's YOUR BFF"

Jadi, DeQdEq nak cari la gambar DeQdEq dengan kawan baik DeQdEq…kawan yang sememangnya ada ketika DeQdEq susah dan senang…

 

Tapi, bila dok buka folder itu dan ini…sekali DeQdEq terjumpa sekeping gambar ni….belek punya belek, ada sesuatu dalam gambar ni..samar-samar sebab gambar waktu malam.

Gambar ni DeQdEq rakamkan waktu pergi menonton Konsert Gemuruh DT Search dan Wings di Sunway Lagoon pada bulan Disember lepas…

 

Macam mana la plak DeQdEq boleh terakam gambar nih….cuba korang tengok dan pastikan apa bendanya….

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

 

 

gambar misteri 

Sila abaikan makhluk dua ketul yang sememeh kat depan tu….

 

 

Hehhehehe….tak ada apa yang misteri pun sebenarnya….

Kat belakang DeQdEq tu kalau korang nak tahu…..itula dia En MYVITRD yang juga datang bersama isterinya Cik MALARANG-KAK

 

Sebenarnya malam tu DeQdEq dan Myvitrd masing-masing perasan dan nampak kawan blogger….tapi dua-dua tak berani nak bertegur sapa….makanya…bila dah balik, dalam blog juga baru kami bertegur sapa….hahhaha…

 

Tak sangka plak dalam duk syok sendiri DeQdEq nak ambil gambar dengan budak sememeh sorang ni, secara tak langsung dapat menangkap gambar Myvitrd sekali...Malarang-kak tak nampak la plak sebab terlindung.

 

p/s: korang nampak tak sapa dalam gambar tu…kalau korang tak nampak…itu tandanya…….korang dah……sila sambung sendiri ayat ini..heheheh

 

Tuuuuuuuuudiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….keyword paling panjang singgah ke blog DeQdEq

 

Assalamualaikum semua…

Saja-saja la DeQdEq nak kongsikan dengan semua pasal keyword kali ni….bukan apa macam nak tergelak pun ada bila tengok kat keyword Nuffnang

keyword panjang

 

Dah kata keyword..atau dalam Bahasa Melayu ialah kata kunci…selalunya kata kunci ni mesti pendek-pendek je kan….kalau tak pun dua patah perkataan…

Ini bukan lagi 2 atau 3 patah perkataan……….amik kau..berapa patah perkataan cuba tengok ni:

“detik-detik silam mewarna hidupku atas kesilapan menurutkan nafsu aku terasing dibumi sendiri”

 

Panjang betul siapa yang menaip keyword ni kan…sememangnya orang ni nak mencari lirik lagu Abang Usop Wilcha kita la….Lirik Lagu dan Video Terasing Di Bumi Sendiri nyanyian Shy8 aka Usop Wilcha

ASK, BELIEVE & RECEIVE | MINTA, PERCAYA & TERIMA

 

Anda punya impian? Pastinya semua mempunyai impian…Jangan takut untuk punyai IMPIAN BESAR…kerana… 

Pernah tak dengar pasal Ask, Believe and Receive…sebenarnya orang putih keluarkan dan buktikan rahsia alam ini melalui The Secret..

 

the secret

Kalau pernah baca buku atau menonton DVD ‘The Secret’, korang akan tahu la apa rahsia terbesar alam ni….

 

ask

 

Tapi sebenar-benarnya Allah dah lama turunkan dalam Al-Quran dan terangkan tentang perkara ni….

 

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.“

Surat Al Mu”min (40) ayat 60

 

Sesungguhnya kita percaya akan kewujudan Allah, maka kita percaya akan kewujudan dan kesahihan Al-Quran….Janji Allah itu pasti….

Bila Allah menjanjikan sebegini, kenapa kita tak nak percaya kan? Bila kita inginkan sesuatu, makan berdoalah kita kepada-Nya (ASK), dan bersangka baiklah dengan Allah bahawa Allah pasti akan kabulkan doa kita, cuma cepat atau lambat (BELIEVE)…

Akhirnya, bila Allah mengabulkan doa kita, maka pastinya kita akan menerimanya dengan senang hati (RECEIVE).

 

Sebenarnya…hari-hari sudah kita praktikkan ASK, BELIEVE & RECEIVE ni…kalau tak percaya…cuba renungkan apa yang kita lakukan dalam SOLAT?

Bukankah kita bercakap dan meminta dari ALLAH…kepada DIA kita meminta…bukannya orang lain….

solat

Trafik tertinggi, keyword search

 

Assalamualaikum semua…selamat pagi….selamat berhujung minggu…

Kepada yang bekerja hari ini, selamat bekerja…mulakan hari ini dengan senyuman…

 

Alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan umur dan diberikan peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini….jadi apakah yang telah kita lakukan semalam? Pastikan hari ini lebih baik dari semalam…esok lebih baik dari hari ini…(muhasabah diri di pagi Sabtu)

 

Pagi ni DeQdEq nak kongsikan trafik tertinggi yang pernah DeQdEq dapat…tak setinggi mana pun…tapi DeQdEq akan usahakan untuk lebih maju ke hadapan….sebab hidup kita sentiasa akan ada peningkatan….betul tak?

 

high traffic

Inilah adalah catatan rekod peribadi yang tertinggi setakat 5 bulan aktif menulis blog….dalam sehari DeQdEq menerima sebanyak 720 UV pada 19 Mac 2011

 

trafik lagi

Ini pula jumlah trafik dari 2/4 – 8/4/2011 iaitu semalam…Alhamdulillah semalam berjaya juga menerima UV sebanyak 400 setelah pertama kali mendapat 444 UV

 

entri

Kalau dilihat pada 5/4/2011 tu DeQdEq dapat trafik yang tingi juga mungkin sebab banyak update agaknya….hari tu DeQdEq berjaya hasilkan 5 entri…

Jadi bila kerap update, lebih banyak pengunjung ke blog kita….berbanding hari-hari yang lain, memang setakat 1 ke 3 entri sahaja sejak dah sibuk mencari harta karun ni.

 

keyword

Untuk keyword seminggu ni sahaja…yang paling banyak semua pasal usop wilcha…ramai betul peminat Usop Wilcha kan?

 

Akhir kata….terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog DeQdEq ni….terutamanya kawan-kawan yang rajin datang…DeQdEq dapat kenal pasti beberapa orang ni rajin singgah ke blog ni menggunakan widget Geng Blogger tu juga yang rajin tinggalkan komen.

Mereka ialah:

Tasha

Qeat

Cik Lekat Lekit

Mie

Alief

 

Kalau ada yang tertinggal sila tinggalkan komen..heheheh…maaflah kalau DeQdEq tak perasankan nama anda ye….

 

 

Usop Wilcha di Maharaja Lawak…DeQdEq tak dapat tengok

 

DeQdEq ni dah tak ada cerita lain agaknya kan…asyik-asyik pasal Usop Wilcha ja….DeQdEq memang tersuka la dengan Si USop ni..heheheh

Dalam berapa hari ni dah banyak juga entri pasal Usop Wilcha yang DeQdEq tulis kan…Semua ni entri yang berkaitan dengan Usop Wilcha

 

 

Fenomena baru…populariti Usop Wilcha mengatasi Bintang Paling Popular Shaheizy Sam

Penangan Usop Wilcha…blog DeQdEq popular lagi di blogged.my

Usop Wilcha LIVE di TV3 malam ni

Jangan lupa esok Usop Wilcha di HOT FM AM KREW

Lirik Lagu dan Video Terasing Di Bumi Sendiri nyanyian Shy8 aka Usop Wilcha

 

Pagi tadi dah melayan USop Wilcha kat Hot FM AM Krew…baru tadi tengok kat Facebook…dah ada yang share video kemunculan Usop Wilcha di Maharaja Lawak.

Sekejap je dalam 1 minit lebih macam tu…Tapi DeQdEq tak dapat juga tengok Usop Wilcha…sebabnya kat rumah sewa ni tak ada Astro…Lagipun DeQdEq memang kurang menonton TV…balik keje pun duk mengadap laptop je…

 

Memang betul-betul fenomena la nampak gayanya Usop Wilcha ni…semoga Uso Wilcha lebih sukses dan tak lupa diri…walaupun kerjaya beliau mula bersinar agak lambat tapi penangan Usop Wilcha memang lain macam la..

 

Friday, 8 April 2011

Seronok sangat walaupun kepenatan…

 

Hai semua…..penat sungguh DeQdEq hari ni….DeQdEq berjalan jauh la katakan….

Tapi sebelum berjalan jauh sempat lagi layan Usop Wilcha di Hot FM dengan Lirik Lagu dan Video Terasing Di Bumi Sendiri nyanyian Shy8 aka Usop Wilcha

 

Alhamdulillah…nampak gayanya pencarian harta karun DeQdEq mungkin akan tamat lebih awal berbanding yang DeQdEq jangkakan…InsyaAllah jika dizinkan olehNya..

Mudah-mudahan semuanya mudah dan lancar seprti yang dirancangkan…

 

DeQdEq rasa sangat bersyukur….bersyukur dengan kerja yang best…dikelilingi orang yang baik-baik dan positif…

 

Bila kita sentiasa positif, memang semuanya lancar dan mudah sahaja….

Korang pernah dengar tak pasal ASK and BELIEVE…atau VISUALIZE and GRATITUDE…

 

Semua ni DeQdEq belajar bila bekerja dengan CWA….

Baru 40 minit ping entri terus tersenarai Top 10 dalam Most Popular in 24 hours blogged.my

 

Usih…baru je DeQdEq dah nak sign out nih…sebab lepas ni nak berjalan jauh nak pegi ambik sebahagian harta karun DeQdEq.

Pagi ni, bangun awal tapi lambat siap sebabnya duk mengadap 8TV sebab nak layan Usop Wilcha kat Hot FM AM Krew….

 

Bila Usop Wilcha dah balik baru kalut nak bersiap…huhuuhhhu…

Tapi baru nak sign out…tengok kat blogged.my entri Lirik Lagu dan Video Terasing Di Bumi Sendiri nyanyian Shy8 aka Usop Wilcha terus berada di tangga ke-4 dalam blogged.my.

Memang ramai betul orang suka pasal Usop Wilcha ni kan….

 

popular

 

Tak sangka juga DeQdEq entri saja-saja pasal Pucat sangat ke? Tasha tolong DeQdEq ni pun boleh masuk dalam Top 10….

Terima kasih ye buat semua yang sudi singgah blog DeQdEq…

 

Okey la..DeQdEq nak kena keluar dulu…nak jumpa client….kena berjuang untuk dapatkan harta karun….

Jumpa lagi….

 

Lirik Lagu dan Video Terasing Di Bumi Sendiri nyanyian Shy8 aka Usop Wilcha

 

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat…

Pagi ni DeQdEq memang menanti kemunculan Shy8 atau Usop Wilcha di Hot FM AM Krew…

Dalam Hot FM Kuasa Tiga….Faizal Ismail dan AG memainkan lagu Soley Soley, CInta Kristal dan juga Terasing di Bumi Sendiri.

 

Tak sangka lagu Terasing Di Bumi Sendiri ni mengimbau zaman sekolah rendah DeQdEq dulu…kiranya lagu ni, tak asing la bagi DeQdEq…memang DeQdEq pernah dengar….

Kata Usop WIlcha….lagu ni menjadi tema kepada kempen AIDS…

Silap-silap haribulan lagu Terasing di Bumi Sendiri ni boleh meletup balik gara-gara Fenomena Usop Wilcha ni…macam juga lagu Soley Soley tu…lagu tahun 1971, oleh meletup balik sekarang

 

Jadi….JOM layan Video Lagu Terasing di Bumi Sendiri

 

Lirik Lagu Shy 8 - Terasing Di Bumi Sendiri


Subuh menyinsing fajar menjelma
Hatiku runsing entah mengapa
Mentari senja berwarna jingga
Tapi hatiku gundah gulana

Detik-detik silam mewarna hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Matamu menjeling

Sisa hidupku semakin hampir
Hanya padamu doa ku nanti
Padamu Tuhan aku berdoa
Engkau maafkan segala dosa

Detik-detik silam mewarna hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Matamu menjeling seolah mencaci

 

Sumber: dari SINI

Thursday, 7 April 2011

Jangan lupa esok Usop Wilcha di HOT FM AM KREW

 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera…

Lagi DeQdEq nak bagitahu pasal Usop Wilcha…selepas ABPBH hari tu…memang nama Usop Wilcha ni naik la….kalau tak, takkan ada Fenomena baru…populariti Usop Wilcha mengatasi Bintang Paling Popular Shaheizy Sam

 

Baru dengar kat Hot FM tadi Usop Wilcha kena panggilan hangit oleh Faizal Ismail…

Lepas tu, Usop Wilcha akan muncul di HOT FM AM KREW pada esok pagi 8 April 2011….

 

 

Ni yang kena bangun awal nih..sebab nak dengar Usop Wilcha kat Hot FM….Esok nak dengar Usop Wilcha kat Hot FM…ari Selasa lepas dah la terlepas tengok Usop kat FUHH

 

Nak cantik atau nak sihat?

 

Kalau sebut cantik rasanya sangat sinonim dengan wanita kan? Betul tak para wanita semua…

Tapi kalau sebut sihat pula…semua orang pun terlibat…

Kenapa DeQdEq tiba-tiba nak sentuh pasal cantik dan sihat ni? Kalau korang nak pilih yang mana satu..cantik atau sihat?

 

Sebenarnya tadi, bila mengadap cermin besar dalam bilik pejabat DeQdEq….DeQdEq rasa macam badan DeQdEq ni bongkok…nampak sangat tidak menarik bila badan bongkok….

P1011194 Ini adalah gambar cermin di bilik pejabat DeQdEq…kualiti gambar agak kabur ye….

 

Jadi DeQdEq cuba la betulkan postur badan sebaik yang boleh. Jadi DeQdEq tegakkan badan…tak boleh lama…kejap je dah rasa penat.

Ni tengah menulis entri ni pun DeQdEq cuba duduk dalam postur yang betul…

 

DeQdEq pun mencari info pasal postur badan yang betul…Dari sumber 1 (terdapat info untuk postur ketika duduk, berdiri dan berjalan) :

 

Postur ketika duduk

Gambarajah dibawah menunjukkan postur yang betul ketika anda sedang duduk. Ketika duduk, kepala dan punggung mestilah berada dalam garisan yang lurus. Ini adalah supaya berat badan anda disokong sepenuhnya oleh punggung. Ini dapat menghindari dari menghadapi sakit belakang.

 

 

Postur ketika berdiri

Ketika berdiri, bahagian badan dari kepala ke kaki mestilah berada pada garisan yang lurus seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Gambarajah di sebelah kanannya pula menunjukkan postur badan yang tidak betul dimana postur begitu akan memberi beban kepada tulang belakang anda.

 

 

Postur ketika berjalan

Ketika berjalan, postur badan kamu adalah sama ketika kamu berdiri. Yang membezakannya adalah kamu bergerak. Ketika bergerak, kaki kamu mestilah menghala ke hadapan. Dan ketika meletakkan kaki, mestilah didahului dengan tumit.

Untuk imbangan badan, setiap langkah kamu mestilah betul-betul di tengah graviti setiap langkah. Langkah yang terbaik adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3. Kamu juga boleh berjalan seperti ditunjukkan dalam rajah 1 dan 2.

Tetapi imbangan badan kamu tidak berada dalam kondisi yang paling baik. Postur berjalan dalam rajah 4 adalah yang paling buruk dan haruslah dijauhi.

 

 

Sumber 2 pula ada menerangkan cara untuk mengelakkan sakit belakang…..TERJAH SINI

 

Kepada Ujang9897 dan YanaMIB sila praktikkan gaya jalan yang betul sebelum hari persandingan anda berdua….barula Ujang nampak hensem, Yana bertambah cantik…

 

Pucat sangat ke? Tasha tolong DeQdEq

 

Baru masuk pejabat petang ni…jadi terus buka laptop….apa lagi…jalan-jalan tengok apa yang menarik…

Apa yang menarik perhatian DeQdEq adalah peperangan antara Ujang9897 dan Tasha…..Nak tau apa yang menyebabkan peperangan mereka? Siapa lagi kalau bukan Abang Ben Ashaari….

Kalau korang nak tau…cepat terjah blog Ujang9897 dan Tasha tau..

 

DeQdEq nak kongsikan sikit pasal CWA Premier Awards Night 2011 | Get The Vibration . Dalam banyak-banyak gambar yang DeQdEq kongsikan….DeQdEq mendapat kritika hebat dari kawan-kawan sekolah DeQdEq iaitu Shiela dan Qeat.

 

Nak tau gambar mana? Inilah gambarnya…

P1011202

 

Ada ke diorang kata DeQdEq nampak pucat sebab tak make up….DeQdEq dah pakai bedak dan gincu…cukupla tu…huhuu…buat apa nak make up glamour2 sangat….biasa-biasa sudah

Kat bawah ni komen-komen dari dua budak comel…

 

make up

 

Apa komen Tasha selaku jurumekap….boleh tolong make up DeQdEq…hehhehe

Tolong semua…DeQdEq yang keliru atau mereka yang keliru?

 

Baru tadi DeQdEq terbaca di wall Facebook tentang perkongsian satu video nih…

Bila DeQdEq tonton video ni, DeQdEq rasa keliru…DeQdEq yang tak betul atau mereka….

 

 

Bila sekali pandang memang mereka seperti wanita-wanita lain, tapi bila mereka bercakap, DeQdEq dah mula keliru…mereka ini siapa..apakah jantina mereka sebenarnya….

Mereka semua berada dalam majlis yang nampaknya seperti meriah dan gilang gemilang juga….siap Noraniza Idris menjadi artis jemputan.

 

Kalau anda saksikan video ni sampai akhir….ada satu komen dari mereka ni yang buat DeQdEq bertambah keliru….sebabnya peserta tu memberikan komen terima kasih kepada SUAMI?

Jadi, kalau dah ada suami tentunya dia wanita yang asli kan…

 

Tak tahula DeQdEq….andai betul mereka wanita..mereka sama sahaja seperti DeQdEq…tapi kalau sebaliknya…macam mana boleh ada SUAMI…ohhhh…sungguh diriku keliru atau mereka?

 

Ternyata itu memang milik DeQdEq

 

Sebelum ni DeQdEq ada bagitau tentang email jemputan dari Nuffnang untuk filem Scre4m kan..tapi ada kekeliruan dari DeQdEq…nak tahu ceritanya, sila BACA SINI

Jadi, DeQdEq telah menghantar tiket pada pihak Nuffnang untuk pastikan kebenarannya…

Hasilnya…ini jawapan dari Pihak Nuffnang

 

tiket nuff

 

Kiranya memang betulla tiket tu memang untuk DeQdEq…sebab sama je sama ada join contest melalui churp churp atau pun Nuffnang…

 

Tapi, sekarang ni DeQdEq rasa macam tak dapat nak pegi la plak tengok wayang ni….macam mana yer…kalau DeQdEq nak bagi tiket ni sapa yang nak?

Nak buat small contest ke..hehheheh…atau nak bagi macam tu je….

 

Tuesday, 5 April 2011

Entri terakhir sebelum…

 

Dah pukul 6 petang ni…cepat-cepat nak kena bersiap….kul 7 dah nak bertolak ke Hotel Sunway….

 

Ada apa di Hotel Sunway?

CWA buat Premier Award Night untuk consultant yang cemerlang di bawah CWA…walaupun DeQdEq masih belum mencapai target…DeQdEq nak pegi juga untuk dapatkan aura dari mereka yang cemerlang…

Tahun depan DeQdEq akan pastikan DeQdEq akan sebaris dengan mereka semua yang cemerlang ni….jadi untuk tahun 2011 ni DeQdEq kena bekerja bersungguh-sungguh….

 

Okey la…DeQdEq nak kena bersiap dulu….DeQdEq akan update pasal dinner ni nanti….

Usop Wilcha LIVE di TV3 malam ni

 

Fenomena Usop Wilcha memang akan terus melanda Malaysia lebih lama lagi. Nama Usop Wilcha pun asyik disebut-sebut je lepas ABPBH hari Ahad lepas.

Memang penangan Usop Wilcha ni dah melebihi Bintang Paling Popular Shaheizy Sam pula.

 

DeQdEq baru baca di Facebook….Usop Wilcha atau Shy8 menjadi artis jemputan di rancangan FUHH di TV3 pada pukul 11.00 malam ni..

 

usop wilcha

 

Malangnya DeQdEq tak dapat nak saksikan Si Usop Wilcha malam ni…DeQdEq ada dinner di Sunway Hotel..pastinya balik lambat..huhuuhu…

Tak dapat nengok si Usop Wilcha…

 

Terima Kasih Nuffnang untuk ini…tapi betul ke?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama tak ada cerita pasal Nuffnang….kali ni DeQdEq nak ucapkan terima kasih pada Nuffnang sebab masih sudi memilih DeQdEq untuk menerima tiket wayang bagi cerita Scre4m …..

Tapi DeQdEq rasa macam tak betul je…sebabnya DeQdEq tak ada pun komen kat Nuffnang untuk Scre4m nih…Yang DeQdEq buat adalah tweet melalui Churp Churp untuk cerita Scre4m ni…itu pun baru pagi tadi DeQdEq tweet.

 

churp screen

 

Patutnya Churp Churp la yang jemput DeQdEq kan…Tapi kenapa pula Nuffnang yang jemput DeQdEq ni….

 

 

 

Betul ke ni Nuffnang….tapi DeQdEq dah pun confirmkan kehadiran DeQdEq walaupun DeQdEq tak pasti jemputan ini benar atau tidak…hehehehe..

 

Penangan Usop Wilcha…blog DeQdEq popular lagi di blogged.my

 

Pagi ni bila nak ping entri kat blogged.my DeQdEq tengok entri DeQdEq muncul antara yang popular dalam tempoh 24 jam. ENtri DeQdEq pasal Usop Wilcha berjaya menarik minat pembaca.

 

Dah lama juga entri DeQdEq tak popular..biasala kan..kalau nak ramai baca entri kita, tajuk kena gempak baru leh menarik ramai pembaca….selain tu entri kena betul-betul menarik.

ENtri DeQdEq berada di tangga ke-5….entri Usop Wilcha tak dapat tandingi pasal Shaheizy Sam dan juga Video Seks tu…huhuhuhuhu

 

popular

Nak tau apa fenomenanya…..JOM kita tengok…. Fenomena baru…populariti Usop Wilcha mengatasi Bintang Paling Popular Shaheizy Sam

 

 

I love you…

 

Aduh…pagi-pagi ni dah berada dalam mode jiwang dan penuh dengan rasa cinta….

Mana taknya, dengar HOT FM ada Akim dan Stacy sempena Lafazkan Cinta bersama Cornetto….

 

Dah ada 2 isteri yang call Hot FM untuk Lafazkan Cinta ni…yang satu tu call minta Akim dan Stacy nyanyikan lagu Sedetik Lebih untuk suami..So sweet…

Belum ada plak suami yang call nak lafazkan cinta pada isteri…

Nampaknya isteri yang lebih mudah untuk lafazkan cinta berbanding suami….benarkah?

 

Apa-apa pun…Selamat Bercinta untuk semua dari DeQdEq….Jom makan cornetto dan jom bercuti dan honeymoon…hehehheeh

Monday, 4 April 2011

Fenomena baru…populariti Usop Wilcha mengatasi Bintang Paling Popular Shaheizy Sam

 

3 April 2011 telah menyaksikan berlangsungnya Majlis yang gilang gemilang di Arena of Star Genting Highland iaitu Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Memang rasanya ramai yang menantikan detik ini untuk mengetahui siapa yang bakal menggondol Anugerah Bintang Popular 2010…tambahan pula Dato’ Siti kita dah tarik diri…jadi peluang untuk artis-artis lain merasa pula….

 

Tapi Dato’ Siti tetap mempunyai aura tersendiri….persembahan beliau pada akhir majlis macam biasa tidak mengecewakan…Dato’ Siti juga hebat dengan menjadi penaja majlis besar ni. Nampaknya SimpySiti memang boleh pergi jauh. Siti memang pandai dalam merangka perjalanan kerjaya beliau.

Walaupun dah tarik diri dari anugerah macam ni..tapi tetap muncul sebagai penaja dan juga artis yang membuat persembahan. Siti memang pandai, bila jadi penaja, orang lebih kenal la produk SimplySiti kan. Jadi, makin masyuk la bisnes Siti.

 

Sepanjang berlangsungnya anugerah Bintang Popular malam tadi, rasanya mesti ramai yang sukakan saat si Usop Wilcha dan Johan muncul untuk mengumumkan Bintang Popular 2010.

Memang dapat dengar gamat je Arena of Star malam tadi bila 2 watak dari Hantu Kak Limah ni keluar, siap menyanyi Soley Soley lagi…

DeQdEq pun memang tak tahan, asyik gelak je sepanjang kemunculan Usop Wilcha ni. Jom layan video saat Usop WIlcha ni muncul.

 

 

Memang watak si Usop ni kuat sangat..sebab orang kenal Usop bukannya pelakon tu sendiri…sedangkan nama pelakon yang membawakan watak Usop Wilcha ni adalah Shy8…kalau sebut Shy8 mesti orang tak kenal….

Tapi kalau sebut Usop Wilcha, semua dah boleh bayangkan Usop Wilcha dengan gaya tangan beliau..ehhehehee…..watak yang kuat pasti akan meninggalkan kesan kepada peminat.

 

 

Mamat Khalid memang hebat la dalam menggarap semua watak-watak dalam Hantu Kak Limah tu.

Macam Johan, orang masih kenal Johan sebagai Johan kan..bukan sebagai Abi Hurairah…walaupun watak Abi Hurairah tu juga ada kekuatan yang tersendiri.

 

Apa-apa pun….Usop Wilcha ni boleh jadi macam 1 fenomena pula rasanya…hehehehhe…dah siap ada fanpage kat Facebook okey….tengok la betapa kuatnya pengaruh si usop wilcha ni

Fanpage khas: Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010

 

Di saat DeQdEq tulis entri ni…jumlah LIKE di fanpage Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010 mengatasi jumlah LIKE di fanpage Tahniah Shaheizy Sam kerana menjuarai Abpbh 2010 gua caya sama lu beb .

Jumlah LIKE di fanpage Usop Wilcha sekarang ni dah mencecah 8,000 lebih manakala fanpage Shaheizy Sam baru 1,000 lebih…..tapi DeQdEq tak pasti berapa lama kedua-dua page ni dibangunkan.

 

Akhir kata, tahniah buat semua pemenang ABPBH 2010.

 

Friday, 1 April 2011

Alamak…dah 1 April la

 

Assalamualaikum semua…salam 1 Malaysia….

Hari ni dah 1 April rupanya…..maka dengan ini DeQdEq ingin mengumumkan bahawasanya Contest 5-5-5 DeQdEq dengan rasminya telah habis…

 

contest 555 TAMAT

 

Maka tiada lagi penyertaan yang diterima selepas ini…macam la banyak sangat kan penyertaan….

Walau apa pun DeQdEq nak dahulukan ucapan TAHNIAH kepada semua peserta kerana anda adalah yang hebat di antara yang terhebat. Champion of the Champion.

 

Walaupun contest anjuran DeQdEq kali ni tak mendapat sambutan yang ramai, tapi DeQdEq tetap gembira dengan sambutan anda….sekurang-kurangnya DeQdEq dah mampu mendidik melalui saluran blog ni tentang perancangan kewangan.

Kepada semua peserta, seperti yang DeQdEq maklumkan dalam entri-entri sebelum ni…ada pertukaran tentang hadiah dan pemenang. DeQdEq tak akan berikan hadiah seperti yang dijanjikan pada awalnya.

Tetapi DeQdEq akan berikan hadiah yang sama rata untuk semua peserta. Cuma ada sesuatu yang istimewa kepada peserta yang paling menyerlah….InsyaAllah.

 

Jadi, untuk memilih peserta yang paling menyerlah, DeQdEq perlukan bantuan juri semua ye…

Juri-juri sekalian….sila ambil perhatian….tugas anda bakal bermula….

 

p/s: rasa seronok juga buat contest…nanti nak buat lagi la….hehehehe

 

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...