Thursday, 26 May 2011

Alhamdulillah selamat sampai di Shah Alam

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Alhamdulillah DeQdEq dah selamat sampai di Shah Alam selepas 5 jam perjalanan….sampai di rumah dalam pukul 5 tadi….

Jadi, sementara nak tunggu solat Subuh, apa lagi…buka laptop dan update blog sementara ada masa…bila dah sibuk nanti takut tak sempat nak update blog.

 

Alhamdulillah perjalanan lancar dan pemandu bas SANI pun sangat berhemah….DeQdEq rasa selamat dan boleh tidur nyenyak je dalam bas…

Sangat teruja juga sebenarnya sebab baru pertama kali naik BAS EKSPRES SANI ni….bila dah naik dan duduk di kerusi, siap ada majalah yang bertajuk DIMENSI yang mana dalam majalah tu menunjukkan kecanggihan bas SANI juga kecekapan pengurusan SANI EXPRESS.

 

Memang nampak kelainan BAS SANI bila mereka menggunakan pendekatan sebegini….Tahniah dan Syabas untuk SANI EXPRESS…

Tapi berkenaan bas SANI yang baru kemalangan semalam, kalau tak silap DeQdEq la bila baca kat blog Ben Ashaari boleh tengok SINI…moga diperiksa apa puncanya….

Wednesday, 25 May 2011

Pertama kali nak naik Bas Ekspress SANI

 

Assalamualaikum semua….selamat sejahtera…moga semuanya sihat ye

Malam ni DeQdEq akan balik Shah Alam menaiki bas ekspres SANI dari Sungai Petani…tiket bas pukul 11.15 malam…

Dah lama tak naik bas sebenarnya….baru nila naik tu pun waktu siang….semoga perjalanan DeQdEq malam ni lancar dan DeQdEq selamat tiba di Shah Alam.

 

 

Pertama kali DeQdEq nak naik bas SANI ni…memang bas SANI ni antara bas ekspres yang canggih….jadi ini lah masanya DeQdEq nak merasa naik BAS EKSPRES SANI.

InsyaAllah minggu depan DeQdEq akan balik lagi ke Sungai Petani sebab nak hadiri majlis perkahwinan kawan baik DeQdEq waktu sekolah dulu.

 

Semua boleh alami gaya hidup mewah bersama MilkADeal dan Dealmates

 

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Rasanya mesti ramai wanita yang di luar sana impikan untuk hidup mewah dan cantik….salah satunya ialah dengan mengunjungi spa dan salon untuk menghilangkan penat dan kembali segar dengan mendapat urutan, mandi susu, sauna dan sebagainya.

Cabarannya untuk kebanyakan wanita di luar sana, masa yang seperti tak cukup saja…dengan kerjaya dan keluarga hinggakan tiada masa untuk diri sendiri.

Tambahan lagi kos atau perbelanjaan untuk ke spa dan salon agak tinggi. Jadi, bagi mereka yang berpendapatan RM2,000 – RM 3,000 rasanya agak berat untuk belanjakan duit untuk ke spa dan salon macam ni.

 

KINI, wanita semua…anda tidak perlu lagi risau untuk memikirkan soal duit atau belanja untuk ke spa dan salon ini. KINI, semua boleh alami gaya hidup mewah bersama MilkADeal dan Dealmates.

 

Mungkin ramai yang dah tau tentang MilkADeal terutamanya blogger yang berdaftar bersama Nuffnang. MilkADeal mempunyai iklan bersama Nuffnang. Tambahan sekarang, Nuffnang menawarkan Nuffnang Grapevine bersama MilkADeal.

Jadi, kita boleh kongsikan iklan yang menarik hati ke laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Dari situ, kita boleh mendapat wang tambahan hanya dengan kongsikan iklan ini dengan kawan-kawan.

 

Berbalik kepada gaya hidup mewah bersama MilkADeal dan Dealmates ini kita boleh mendapatkan perkhidmatan spa dan salon mewah dengan hanya harga jauh lebih murah berbanding harga sebenar.

 

Berikut merupakan tawaran yang sedang berlangsung di MilkADeal:

RM48 instead of RM415 for Meridian Face Guasha Treatment + Bust Detox & Firming Therapy + Meridian Point Body Therapy + Uterus Lifting Massage + Scalp Guasha Massage at Heavenly Touch, Kota Damansara [88% OFF]

 

     

Berikut pula ialah tawaran yang DeQdEq baru saja beli di Dealmates malam tadi:

 

RM39.90 for a 1-Hour Full Body Aromatherapy Massage + Full Body Marine Scrub Worth RM146 at Skin Moment

 

Dari harga RM 415, kita hanya perlu bayar RM 48 untuk dapatkan perkhidmatan seperti rawatan muka dan badan melalui MilkADeal.

Manakala untuk mereka yang mahukan rawatan ringkas dan cepat juga dapat tenangkan diri setelah sibuk bekerja, bolehla beli tawaran dari Dealmates ini yang menawarkan massage dan skrub hanya pada harga RM 39.90.

 

JOM wanita di luar sana….kita ke spa dan alami gaya hidup mewah ini….di samping dapat rehatkan diri dan minda…bestnya…tak sabar DeQdEq nak ke spa….

Kawan DeQdEq….Qeat juga akan ke spa hari Sabtu ni dengan membeli melalui MilkADeal…tapi Qeat di kawasan utara…yang berada di Kuala Lumpur selalunya ada lagi banyak pilihan tawaran.

Jadi, jangan lupa untuk melanggan emel dari MilkADeal dan Dealmate ni supaya tak terlepas tawaran yang menarik.

 

APA TUNGGU LAGI….cepat, ke MilkADeal dan Dealmates sekarang dan pilihlah tawaran yang menarik dan sesuai untuk diri anda.

 

Tuesday, 24 May 2011

Macam Mana | Menambah pendapatan blog melalui Nuffnang Grapevine

 

Assalamualaikum dan selamat malam…..

Dah lama DeQdEq nak bertanya pasal Nuffnang Grapevine….DeQdEq tengok ada yang dah dapat beratus ringgit melalui Grapevine ni…

Tapi DeQdEq masih blur pasal Grapevine ni…..apa yang DeQdEq faham kita boleh share iklan yang muncul di sidebar blog kita melalui pelbagai cara yang disediakan. Tak kira Nuffnangers atau pengunjung blog semua boleh menjana pendapatan dari Nuffnang Grapevine.

 

DeQdEq tak pernah pun lagi nampak iklan Nuffnang Grapevine ni muncul kat blog DeQdEq atau mana-mana blog yang DeQdEq singgah…apa yang perlu DeQdEq buat untuk sama mendapat pendapatan tambahan melalui Nuffnang Grapevine ni…

DeQdEq dah baca kat SINI juga  kat SINI….tapi masih belum faham..

 

Kepada yang faham tolong DeQdEq….

 

 

I-City Mini di Alor Setar, Kedah

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Malam tadi DeQdEq ke rumah abang DeQdEq kat Alor Setar….sebab penuhi permintaan anak-anak sedara DeQdEq, buah hat pengarang jantung DeQdEq iaitu Farisya Aleya dan Farrah Alyssa.

Lepas makan malam, kami sempat singgah ke I-City Mini yang terletak di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar….

 

Permandangan yang menarik dan menjadi tempat lepak di Bandaraya Alor Setar ni….

Berikut gambar yang sempat DeQdEq rakamkan menggunakan telefon cap ayam….hehhehe…jadi kualiti gambar agak kurang memberangsangkan.

 

Photo0058

MAsjid Zahir, Alor Setar

 Photo0050  Photo0051

Permandangan I-City Mini dan Menara Alor Setar

 

 Photo0052

Anak sedara DeQdEq

 

 Photo0053

 Photo0054

Bersama Mak Tok

 Photo0055

“That’s ME”…..itu yang depa cakap sambil bergaya waktu amik gambar ni

Photo0056

 Photo0057

Sunday, 22 May 2011

Baru kini 777

 

Assalamualaikum…

Kini follower di blog DeQdEq dah mencecah 777 setelah 2 bulan yang lalu DeQdEq temui follower 555

Follower DeQdEq yang ke 777 ialah Arif Aziz

 

777

 

Terima kasih sebab sudi singgah dan menjadi salah seorang follower blog DeQdEq…

Terima kasih juga untuk semua atas sokongan anda untuk tetap datang ke blog DeQdEq selama ini…

 

Saturday, 21 May 2011

Nur Kasih The Movie…Terima kasih kawan-kawan

 

Assalamualaikum….

Sayu hati DeQdEq bila tengok berita TV3 tadi….tentang kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang melibatkan rumah anak yatim….masih ada mangsa yang tertimbus dalam tanah….semoga Allah menyelamatkan dan melindungi anak-anak yatim tersebut…aminn..Al-Fatihah buat semua mangsa….

 

Hari ini DeQdEq dapat keluar dan meluangkan masa bersama kawan-kawan lama iaitu SBG-14..tapi tak semua pun…cuma kami berenam ja…iaitu DeQdEq, Qeat, Shiela, Masna, Farhana dan Ziana.

Tapi sebelum tu dapat berjumpa Mariani dan Wahayu kat kenduri rumah Marianie…memang rasa seronok sangat dapat berkumpul dan bergosip…hehehehe

 

Petang tadi, kami ramai-ramai pergi menonton Nur Kasih The Movie…..memang Nur Kasih berjaya mainkan perasaan penonton….sekejap gembira sekejap sedih….bahagian sedih tu boleh buatkan DeQdEq mengalir air mata dengan automatiknya…huhuuhu….Khabir Bhatia memang pandai main perasaan penonton….

Tahniah buat Nur Kasih The Movie…..memang inilah penamat kisah Adam, Nur Amina dan Aidil….memang terasa sangat suci dan agungnya kisah cinta mereka semua…kasih sayang ada di mana-mana….bertambah indah bila kasih sayang dan cinta itu hanya kerana Allah…

 

Terima kasih kawan-kawan sebab masa yang indah tadi….I Love You all….

Perhatian!!! Peluang Pekerjaan | Siapa yang ingin menjadi PROTOGE DeQdEq…

 

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu….

Cuti atau kerja hari ni? Ada yang cuti dan ada juga yang kerja kan…macam DeQdEq hari Sabtu memang cuti….cuma ada group meeting…tapi minggu ni DeQdEq kat Kedah, jadi tak dapat nak attend meeting.

 

Alhamdulillah, pagi ni awal DeQdEq terjaga sebab kucing kat rumah ni bergaduh…terus DeQdEq terjaga dan tengok kucing yang bergaduh kat luar rumah tadi….sampai sekarang mata tak boleh nak lelap lagi…

Terus buka laptop dan tengok SALES DeQdEq bulan ni…..Alhamdulillah, tak pernah lagi DeQdEq mendapat SALES sebanyak bulan ni….jadi ini kali pertama, DeQdEq dah pecahkan rekod yang lepas pada bulan Februari lepas. Jadi, DeQdEq akan terus usaha dan pecahkan rekod diri sendiri.

 

Cumanya, apa yang sering di fikiran ialah DeQdEq ingin kembangkan bisnes DeQdEq dan DeQdEq perlukan mereka yang ingin berjaya dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai pendapatan 5 angka…tak kira tua muda, asalkan diri yang positif…

Kepada mereka yang mempunyai kriteria di atas boleh menghubungi DeQdEq…DeQdEq ingin membantu untuk berjaya dan membina kerjaya bersama CWA

 

CIMB Wealth Advisors

 

“ If u have any friends/relatives who are looking for a great career, fulltime or part-time; become a Financial Advisors with CIMB Wealth Advisors, please recommend to me.... Great income renumeration, holidays & recognition! “ (DeQdEq pinjam kata-kata dari Facebook MENTOR Fiona Tahir untuk dipaparkan di blog DeQdEq)

 

 

Jadi, kepada yang berminat boleh hubungi DeQdEq:

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor

CIMB Wealth Advisors Berhad

Alamat pejabat: NO 22A, JALAN KRISTAL J7/J, SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763

Friday, 20 May 2011

Maafkan diriku Exabytes….Terima Kasih Nuffnang

 

Assalamualaikum….dan selamat hari Jumaat….

Cabaran betul rasanya dengan kesibukan bekerja sekarang ni…DeQdEq bertolak balik ke Sungai Petani hari Selasa lepas….dari hari rabu hingga lah sekarang..hari-hari DeQdEq penuh dengan aktiviti mengejar harta karun…

Alhamdulillah, rezeki yang sudah tertulis oleh-NYA….

Hari ni juga akan mengembara ke Nibong Tebal hanya ingin bertemu dengan client….semoga Allah permudahkan segala urusan dan bukakan hati client untuk menambah pelaburannya di CWA….dengan DeQdEq menjadi consultant yang akan memantau akaun beliau….aminnnnn…

 

Tapi, dalam kesibukan mengejar harta karun ni….blog DeQdEq mula terabai….bila balik kampung tak ada internet untuk online..alhamdulillah, semalam baru je ambil DIGI broadband…jadi sebab tu dapat online ni….

DeQdEq nak mohon maaf dari Exabytes yang memberi peluang kepada DeQdEq untuk meletakkan iklan syarikat mereka…mengikut perjanjian dan rekod UV ke blog DeQdEq ialah 150-200 UV sehari….tetapi disebabkan DeQdEq dihambat kesibukan….UV ke blog DeQdEq pun semakin menurun…

Harap pihak Exabytes dapat menilai semula….DeQdEq akan pastikan blog DeQdEQ akan berupdate selepas ni sebab dah ada DIGI broadband….

 

Selain itu…DeQdEq nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Nuffnang yang sentiasa bermurah hati dengan DeQdEq dan memberi lagi 1 BE pada blog DeQdEq…

Sungguh tak sangka DeQdEq…sekarang ni ada 4 BE yang tengah running di blog DeQdEq…..

 

current BE

 

Thursday, 19 May 2011

Tak sabarnya nak tengok Nur Kasih The Movie

 

Sapa yang dah tengok Nur Kasih The Movie…..huhuhuhu…DeQdEq tak sabarnya nak tengok….tapi kerja tak mengizinkan lagi nak pergi tengok…

Nampak gaya hari Sabtu ni la baru boleh pegi tengok…

Tak sabar nak tau apa kesudahan kisah Adam,Aidil dan Nur Amina ni…..

 

 

 

Untuk pengetahuan semua…DeQdEq sekarang kat Sungai Petani, Kedah…kiranya kat kampung la…hehehe..tapi balik atas urusan kerja….

 

Lagi satu nak bagitau…sebelum ni DeQdEq ada cerita yang DeQdEq hangin dengan Maxis broadband kan…ini DeQdEq tengah online menggunakan DIGI broadband yang DeQdEq baru je ambik dalam kul 8 malam tadi…tak sampai 2 jam dah boleh online seperti yang diorang janjikan pada DeQDeq…

Terima kasih DIGI sebab mempunyai pekerja yang baik juga perkhidamatan yang sangat cekap dan cepat…tak sampai 2 jam pun DeQdEq dah boleh online….

 

Yeah…jadi mulai hari ni..DeQdEq boleh la online walaupun kat kampung…..

Monday, 16 May 2011

Panas betul dengan MAXIS Broadband…

 

Assalamualaikum dan selamat petang….

 

Banyak sangat cerita yang nak tulis tapi tak sempat nak menaip panjang lebar….cumanya DeQdEq rasa marah dan bengang dengan MAXIS broadband yang DeQdEq langgan seminggu yang lalu…

Sepanjang 7 hari DeQdEq melanggan sekali pun tak boleh connect….katanya tak register..tapi bila call customer service katanya dah register…call lagi kata line kena sekat la…pastu diorang akan sambungkan balik…dalam masa 2 jam boleh digunakan….siap pergi MEPS Maxis…sama juga diorang cuma tolong call customer service..

 

 

Jadi, benda yang sama tak juga selesai…jawapannya kena pergi MAXIS center dan check samada mungkin broadband DeQdEq dapat tu rosak…kalau betul rosak…memang tak patut….baru je melanggan dah rosak….takkan tak ada QC yang check keadaan broadband..

Tak apalah…mungkin kes macam DeQdEq alami ni 1 dalam 1000 agaknya…

 

Tapi disebabkan customer service main tolak sana, tolak sini…bagi no fon itu ini minta DeQdEq yang call….buat DeQdEq jadi bengang…

AKHIRNYA…tadi DeQdEq dah pulangkan MAXIS broadband tu….dalam 7 hari melanggan sekali pun DeQdEq tak boleh pakai…jadi DeQdEq pulangkan je balik…senang hati…kalau tak asyik sakit hati je sebab tak boleh connect…

MAKA….wang RM100 akan dikembalikan…MAXIS akan menghantar cek…paling cepat pun dalam masa 3 minggu baru dapat…..emmm….paling cepat pun 3 minggu…huhuhu

 

Maaf la MAXIS….DeQdEq tak berpuas hati dengan perkhidmatan broadband MAXIS…

 

Mungkin DeQdEq akan cuba untuk melanggan DIGI broadband pula….

 

 

 

Wednesday, 11 May 2011

I’m happy, healthy and wealthy

 

Macam mana hari anda semua hari ni….DeQdEq gembira sangat-sangat hari ni….banyak berita gembira dan macam-macam berita yang sangat mengujakan…

Macam esok….akan bermula hari baru untuk DeQdEq sebab hari pertama pembantu peribadi DeQdEq akan masuk kerja….jadi DeQdEq sendiri tak tau macam mana nak bagi kerja kat PA DeQdEq ni..hehhee…

Ye la…selalu semua kerja buat sendiri….tapi sekarang dah nak amik PA, kebanyakan kerja di pejabat, PA yang akan selesaikan bagi pihak DeQdEq….

 

DeQdEq gembira sangat dengan kerja DeQdEq sekarang…..tak sabar rasanya nak cari downline untuk DeQdEq ajar untuk mendapat income macam DeQdEq sekarang ni….

Terima kasih juga yang tak terhingga kepada upline DeQdEq yang banyak mengajar dan bagi semangat selama ini….begitu juga kawan-kawan seperjuangan DeQdEq dan juga semua terutamanya mak dan ayah….walaupun pada mulanya mereka menentang keras…

 

Sumber: KOSMO

 

Inilah upline DeQdEq…dua insan yang banyak mengajar DeQdEq dalam dunia kewangan

Tapi ni gambar lama….

P1011150

Ini antara gambar terbaru DeQdEq bersama upline tersayang dan juga kawan-kawan seperjuangan….

 

TERIMA KASIH….

 

 

Lunch Appointment , Personal Assistant

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Pagi ni DeQdEq sempat nak update blog…walaupun pendek janji update kan…

 

Dalam minggu ni saja, DeQdEq banyak buat Lunch Appointment dengan client….rasa seronok sangat sekarang ni bila dapat buat client happy…Tak kira la client lelaki atau wanita…semuanya DeQdEq akan jaga akaun mereka dengan sebaik-baiknya…macam NI Alhamdulillah…berkat kesabaran selama 1 tahun 8 bulan…hari ini terbalas juga…income hari ini saja RM1,000

Malahan ada yang baik dan merasa macam keluarga sendiri pula….tapi tak kurang juga yang perangai ntah apa-apa ja…macam yang DeQdEq pernah tulis dalam ENTRI ni Tak guna kalau ada jawatan tinggi tapi… 

 

Mulai esok juga, alhamdulillah DeQdEq akan mula mendapatkan khidmat seorang pembantu atau pun PA….macam yang DeQdEq pernah tulis sebelum ni, DeQdEq dah tak larat nak buat semua kerja….jadi nak sangat ada pembantu….I wish I have a personal assistant right now….ohhhh…please…PERSONAL ASSISTANT WANTED

Belum sempat DeQdEq iklankan pasal jawatan pembantu ni….DeQdEq dah dapat calon yang sesuai….iaitu adik yang menyewa serumah dengan DeQdEq…

 

Budak IPT kan dah mula cuti sekarang ni…dah tu cuti mereka sampai bulan 9 nanti…jadi DeQdEq pun tanya la…tak nak kerja ke? kalau nak…nak tak jadi PA DeQdEq…kerja senang je….

Alhamdulillah, adik serumah DeQdEq setuju….jadi mulai esok DeQdEq akan tunjuk ajar apa kerja yang perlu dilakukan oleh PA DeQdEq…

 

Bila dah ambil PA, maksudnya dah bertambah komitmen…jadi DeQdEq perlu kerja lebih kuat lagi…tambahan IMPIAN BESAR DeQdEq juga bakal dikecapi tahun ni…insyaAllah….Jangan takut untuk punyai IMPIAN BESAR…kerana…

Tuesday, 10 May 2011

Lagi BE terbaru dari Nuffnang | IKEA Bedroom Contest

 

Assalamualaikum dan selamat pagi….

Bertemu lagi kita di entri terbaru DeQdEq….minta maaf buat semua pengunjung, sebabnya DeQdEq dah jarang update blog….walaupun trafik ke blog DeQdEq tak setinggi mana, tapi DeQdEq tetap ingin berterima kasih kepada yang sudi singgah ke blog DeQdEq ni.

 

Kalau ikutkan banyak sangat cerita, berita yang nak DeQdEq kongsikan dalam blog ni…tapi semuanya hanya di dalam kepala, tak sempat untuk dizahirkan ke dalam bentuk tulisan di blog ini.

 

Alhamdulillah pagi ni, macam biasa, walaupun DeQdEq tak selalu update, tapi tiap-tiap hari pasti DeQdEq buka akaun Nuffnang, dah jadi macam kebiasaan sebab nak tengok trafik. Bila tengok kat Earning, rupanya Nuffnang dan IKEA sudi memberikan BE ke blog DeQdEq.

BE terbaru DeQdEq kali ni ialah IKEA Bedroom Contest

Bila buka blog DeQdEq, DeQdEq tak nampak pun BE ni keluar…cuma yang keluar tadi BE INI dan INI juga….jadi DeQdEq pun jalan-jalan ke blog lain untuk tengok iklan IKEA BEdroom Contest ni.

 

Jalan-jalan kat SINI, jumpa la ada iklan Nuffnang yang sama dengan BE DeQdEq. Jadi, DeQdEq pun print screen gambar BE ni dan klik, sebab nak tau iklan ni pasal apa.

 

BE ikea

 

Bila dah KLIK….muncul la gambar kat bawah ni…aksi orang tidur dengan selimut IKEA…..menarik tau contest ni….

Kita cuma perlu hantarkan gambar bersama selimut IKEA yang diambil di STORE IKEA ataupun cuma pilih gambar sendiri pastu superimpose ke mana-mana selimut IKEA kegemaran anda….

Senang kan…JOM kita join contest ni…..

 

ikea

Sunday, 8 May 2011

APA KES | Tak pakai tudung BERDOSA, pakai tudung pun berdosa

 

Assalamualaikum semua…selamat pagi dan selamat berhujung minggu….apa korang buat hari ni? ada kenduri kahwin ke?MAcam DeQdEq minggu ni tak dapat plak mana-mana jemputan…

Bulan 6 nanti memang banyak la jemputan yang DeQdEq dapat…al maklumlah…cuti sekolah……

 

Pagi ni DeQdEq bangun awal sangat sebab malam tadi dah tidur awal, badan tak berapa sihat jadi tidur je la…bila dah bangun awal ni, siap mandi dan solat…buka laptop la, tunggu apa lagi…dah la lama tak dapat nak blogwalking ke blog kawan-kawan…memang banyak benda DeQDeq ketinggalan….

Bila jalan-jalan pagi ni, DeQdEq tertarik untuk kongsikan entri dari cma yang bertajuk Anak Tudung Penambah Dosa.

 

DeQdEq hanya ingin berkongsi maklumat dan pendapat dengan semua…bukan niat untuk menilai atau mempertikaikan seseorang ye…sila baca dan ambil sudut positifnya.

Bila terbaca tajuk entri cma ni, DeQdEq dah boleh agak apa yang cma cuba sampaikan dan bila dah baca entri cma, memang menepati tekaan DeQdEq.

Apa lagi kalau bukan pasal trend bertudung sekarang ni kan….yang semuanya ada sanggul besar dan tinggi-tinggi ( bonggol unta). Girlsss…u ollsss ada ke bonggol unta ni? Bonggol unta DeQdEq yang asli rasanya tak setinggi  mana pun dan masih dapat disembunyikan.

Tapi kan, trend sekarang ni, tak kisah la ko ada ke tak bonggol unta…korang boleh beli di pasaran….berlambak ada….bila dah pakai hasilnya lebih kurang macam ni la…heheehe…

 

 

Mari kita renungkan bersama…apa sebenarnya bertudung? Apa yang perlu kita tekankan ialah menutup aurat bukan? Bukannya pakai tudung….bla kata pakai tudung, macam-macam la fesyen yang keluar…

Tapi bila kita ingin menutup aurat dengan betul…rasanya, insyaAllah kita sedaya upaya akan cuba mengikut apa yang syariat telah tetapkan…

DeQdEq menulis entri ini sebagai perkongsian dan peringatan untuk diri DeQdEq sendiri….

 

Mana yang baik sama-sama kita jadikan panduan…mana yang buruk jadikan sempadan ye adik-adik….

Untuk mengetahui lebih lanjut kenapa anak tudung bonggol unta ni berdosa…sila ke blog CMA

 

Sebelum DeQdEq mengakhiri entri pagi ni…jom kita tengok ilustrasi tentang MENUTUP AURAT….bukannya BERTUDUNG ye….

Fahamkan dulu konsep menutup aurat itu sendiri…

 

 

P/S: Andai ada yang terasa hati DeQdEq mohon maaf, cuma tak salah kalau kita sama-sama memperingati kan..sama-sama lah kita cuba menjadi seorang muslim yang lebih baik dari hari ke hari…DeQdEq juga bukannya sempurna untuk menegur orang lain…

Cuma berharap agar kita dapat muhasabah diri dan berubah untuk menjadi lebih baik, insyaAllah

 

Thursday, 5 May 2011

Pengumuman | Peserta Pilihan Juri Contest 5-5-5 DeQdEq

 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera…

Bagaimana hari anda hari ni? Hangat atau tidak? hehehhe…

 

DeQdEq tengah kepenatan….tapi seperti yang DeQdEq janjikan semalam…DeQdEq akan mengumumkan peserta pilihan juri untuk Contest 5-5-5 DeQdEq ….

 

Berlaku perubahan dalam pemilihan pemenang yang pada asalnya DeQdEq ingin memilih 5 orang pemenang. Tapi memandangkan contest 5-5-5 DeQdEq kurang mendapat sambutan, jadi DeQdEq membuat keputusan untuk memberi saguhati kepada semua peserta.

Cuma, peserta pilihan juri akan mendapat hadiah UTAMA (yang mana DeQdEq masih tengah fikir nak bagi hadiah apa kat korang semua ni)

 

 

Sebelum DeQdEq mengumumkan siapa pemenang bagi Contest 5-5-5 DeQdEq…DeQdEq ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai contest ini. Mereka ialah:

 

 

TERIMA KASIH SEMUA…

 

DENGAN INI, DEQDEQ INGIN MENGUMUMKAN, PESERTA PILIHAN JURI IALAH:

 

 

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

 

 

 

TADAAAAA……INILAH DIA PESERTA PILIHAN JURI….

 

BELIAU IALAH MAMA ZHARFAN

 

TAHNIAH KEPADA MAMA ZHARFAN

 

 

 

P/S: Kepada semua peserta sila emailkan ke biefyna@gmail.com pada DeQdEq maklumat diri anda seperti:

Nama Penuh

Alamat Surat Menyurat

No Telefon

 

Wednesday, 4 May 2011

EON Bank Transformers 3 | BE terbaru…terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama kan DeQdEq tak update blog….sibuk betulla kebelakangan ni…

Di kesempatan yang ada ni DeQdEq nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi memberikan BE lagi di blog DeQdEq…

 

Ini ialah BE terbaru DeQdEq iaitu EON Bank Transformers 3:

 

eon bank

 

Bila tengok BE ni buat DeQdEq teringat contest di Nuffnang sekarang ni yang kena buat entri pasal Autobots atau Decepticons….

DeQdEq nak join…tapi masih tak sempat nak tulis entri pasal ni…DeQdEq nak juga dapatkan tiket dari Nuffnang lagi….Sapa yang dah join contest ni?

 

 

 

P/S: Buat peserta Contest 5-5-5 DeQdEq….nantikan pengumuman peserta pilihan juri ye….

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...