Thursday, 28 July 2011

Semangat menyokong HARIMAU MALAYA

 

Assalamualaikum dan salam Harimau Malaya….lebih bola daripada biasa….

 

Walaupun tak dapat nak saksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni…DeQdEq tetap berkobar-kobar untuk menyokong pasukan Harimau Malaya kita…

Harimau kasi baham itu singa malam ini….AUUUUUMMMMMMMMMMMM

Sebagai tanda sokongan DeQdEq dah tukar gambar profile facebook ke gambar harimau malaya….

 

Apa lagi jom kita sokong harimau malaya walau dalam apa keadaan sekali pun…kerana sokongan kuat dari kita mampu menggetarkan jiwa pasukan singa…

 

Semoga Harimau Malaya dapat menumpaskan singa….

Tuesday, 19 July 2011

BENARKAH | Wanita Malaysia TERTEKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Seperti biasa pagi-pagi DeQdEq akan dengar HOT FM AM KREW…memang sejak berapa tahun lepas lagi DeQdEq layan Hot FM AM Krew ni sebab suka sangat dengar celoteh si Fafau dan Faizal Ismail….dari berdua dah jadi bertiga, sekarang ni dah berempat pun termasuk AG dan si Usop Wilcha tu…

Topik pagi ni diorang bincangkan pasal Wanita Malaysia berada di tangga 16 yang paling tertekan di seluruh dunia…..

Apakah perlu dibanggakan ranking untuk ini…kalau ranking pasukan bola sepak Malaysia kita berada di tangga 16 untuk peringkat dunia memang sangat membanggakan…

Tapi ini sebab TERTEKAN?

 

Emmmm…..apa kata wanita?

Memang kita semua ni penuh dengan masalah ke sampaikan tertekan?

 

 

Sebab tu la sekarang ni timbul macam-macam penyakit kan….

Jadi apa kata sekali sekala anda berikan masa untuk diri berehat. Pasangan atau suami juga perlu beri peluang kepada isteri untuk berehat dan manjakan diri mereka.

Contoh paling mudah, luangkan masa ke spa untuk diurut…pasti segala penat lelah badan akan dapat dileraikan….

 

Tak semestinya perlu duit banyak untuk semua ni….apa kata cuba INI….pasti anda akan lebih tenang dan sihat…

Selain itu jangan lupa jaga pemakanan dan kesihatan. Bersenam untuk memastikan kesihatan kita….Hidup sihat, hidup ceria…..

Sunday, 17 July 2011

Alhamdulillah…dah dapat seorang protoge

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Ini bukan pasal mentor ye….tapi korang masih ingat lagi tak entri DeQdEq pasal nak cari protoge?

Alaa…..pasal entri ni….Perhatian!!! Peluang Pekerjaan | Siapa yang ingin menjadi PROTOGE DeQdEq…

 

Alhamdulillah…kini secara rasminya DeQdEq sudah punyai seorang protoge….dan insyaAllah, seorang lagi bakal secara rasminya menjadi seorang lagi protoge DeQdEq hari khamis ni…

Semoga dengan ini, DeQdEq dapat merealisasikan impian mereka untuk punyai pendapatan 5 angka dan semoga impian DeQdEq untuk melahirkan lebih ramai lagi insan yang berjaya di dunia dan akhirat dipermudahkan, insyaAllah…..

 

CIMB Wealth Advisors

 

“ If u have any friends/relatives who are looking for a great career, fulltime or part-time; become a Financial Advisors with CIMB Wealth Advisors, please recommend to me.... Great income renumeration, holidays & recognition! “

 

 

Jadi, kepada yang berminat boleh hubungi DeQdEq:

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor

 

CIMB WEALTH ADVISORS BERHAD

Alamat pejabat: NO 22A, JALAN KRISTAL J7/J, SEKSYEN 7 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763

Monday, 11 July 2011

Utusan Malaysia | Tajuk Berita mana yang lebih HANGAT atau mendapat sambutan

 

 

utusan

DeQdEq tertarik pula bila tengok keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (11 Julai 2011)…Yelah, sekarang kan tengah panas lagi pasal BERSIH….

 

Tajuk mana yang lebih HANGAT dan PANAS?

Tajuk yang paling BESAR ke?

 

Tajuk pasal SAMAN-MENYAMAN ke?

 

atau

Tajuk mengenai SITI NURHALIZA nak sambung belajar….heheheheh

 

atau ada yang suka nak baca UTUSAN MALAYSIA ni sebab SENYUM KAMBING tu….

 

Kalau tanya DeQdEq…tentunya pasal SITI NURHALIZA…hehehehe….biasala pasal artis dan gosip lagi best…

 

 

Friday, 8 July 2011

My First Baby

 

My baby…bila akan dapat ku peluk dirimu dalam dakapanku dan mencium wajahmu…

Sesungguhnya aku terlalu rindukan dirimu..

Tapi bukan senang untuk aku mendapatkanmu…bukan sehari dua terus boleh dapat…

 

Berbulan-bulan lamanya aku perlu bersabar dan berusaha sehingga tiba masanya untuk aku dan engkau bertemu dan bertentang mata.

Kita akan hidup bersama…akan ku jaga dan belai dirimu sebaik mungkin….

 

Tak sabarnya rasanya untuk menantikan masa itu…mungkinkah Oktober, November atau Disember…Ku harapkan semoga pada Oktober kita sudah dapat bertemu….aminnnn

 

 

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

 

sonata

 

 

 

newhyundaisonata.jpg

 

Inilah my first baby ataupun salah satu harta karun yang DeQdEq cari…..semoga semuanya dipermudahkan.

Semoga dimurahkan rezeki….dan semoga dapat ku miliki dirimu…Hyundai Sonata YF….

 

 

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Amyz

 

 

Wednesday, 6 July 2011

Pelancaran Album DEWA – jemputan khas dari Ning Baizura

Lagi berita gembira dan menarik….

DeQdEq dapat jemputan dari Ning Baizura untuk menghadiri pelancaran Album terbaru beliau iaitu ‘DEWA’. Ning Baizura personally jemput DeQdEq ok….

Bukan DeQdEq sorang la…tapi lagi 3 blogger yang mana kami sama-sama dapat special session dengan Ning Baizura di Nuffnang

ning 2

 

DeQdEq sebenarnya tak perasan pun yang Ning Baizura jemput melalui twitter….sebabnya Ning Baizura tersalah taip nama @deqdeq…patutnya @deqdeq_cwa…jadi tweet tu tak keluar dalam timeline DeQdEq..

Tapi mujur DD masukkan dalam entri dia pagi ni Dewa Album Launch - Invites From Ning Baizura…kalau tak DeQdEq pun tak tau.

 

Jadi, DeQdEq pun membalas tweet Ning Baizura…DeQdEq nak confirm masih boleh pergi tak…

ning 

Dan akhirnya….CONFIRMED….

Thanx to @NingDalton

 

Detail about DEWA Album Launch at Zouk KL

* 1st 200 fans will get 1 soft drink. Free admission.


Date: July 8 2011
Time: 19:00
Venue: ZOUK, KL

 

Jadi…kalau korang semua nak datang pun boleh….Jom ramai-ramai kita kasi gegar dan sokongan pada Ning Baizura…

Kepada yang belum dapatkan lagi Album DEWA ni…sila dapatkan segera…

Lagu-lagu dalam DEWA ni sangat fresh….memang sedap untuk menjadi halwa telinga anda…

 

Apa yang dapat DeQdEq simpulkan dari DEWA….DEWA umpama satu perjalanan perasaan…dari lagu pertama hingga terakhir…DeQdEq dapat rasakan ada perasaan atau emosi yang berhubung dari satu lagu ke satu lagu yang lain.

Kalau nak tau…apa tunggu lagi Dapatkan Album DEWA sekarang.

 

Akhir sekali…kalau berminat boleh juga join Ning’s Secret Project

BE pertama selepas cash out duit Nuffnang dari Maxis Hotlink I-Channel

 

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Tak ada apa nak diceritakan sangat…cuma nak berterima kasih pada Nuffnang dan juga Maxis Hotlink I-Channel sebab bagi lagi peluang untuk blog DeQdEq mendapat BE…

Dan pertama kalinya juga DeQdEq dapat BE selepas pertama kali cashout duit Nuffnang ni…yang lagi best, ini kali pertama Nuffnang bagi BE untuk Leader Board…yang kat atas blog tu…selalunya BE DeQdEq dapat Large Rectangle

Betul-betul bawah header….mungkin lepas DeQdEq tukar template…..Nuffnang baru rasa sesuai nak letak iklan kot

 

 new BE

 new BE 1

Earning tak banyak mana pun la yang DeQdEq dapat…..hehehehehh

 

Inilah BE terbaru kat blog DeQdEq….ada game TOP UP ADVENTURE…boleh la tengok nanti ok….

new BE 4

 

new BE 2

 

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...