Thursday, 24 November 2011

Malukah Kita Untuk Bercakap dalam Bahasa Melayu?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamanya…selamanya….selamanya….Harimau Malaya…..tiba-tiba pulak..heheheh…..mood Harimau Malaya masih berbaki selepas kita menang pingat emas di Sukan Sea lepas….walaupun kalah dengan Syria, DeQdEq tetap berbangga menjadi Rakyat Malaysia.

Lama rasanya DeQdEq tidak menulis di blog ni….Tuntutan kerja,menyebabkan minat untuk menulis ni terbatas. Namun, pada hari ini, DeQdEq terasa untuk menulis dan meluahkan perasaan di hati.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Baru tadi, DeQdEq pulang dari satu majlis jaringan perniagaan yang dianjurkan oleh kumpulan usahawan Melayu kebanyakannya.

Bila dalam majlis tadi, DeQdEq terfikir….kenapa pengerusi majlis dan penganjur menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,manakala pembantu mereka pun bercakap menggunakan Bahasa Inggeris rojak dengan Bahasa Melayu.

 

Memang DeQdEq tak nafikan Bahasa Inggeris adalah Bahasa antarabangsa, tapi dalam majlis tadi, rasanya lebih hebat kalau kita bangsa Melayu memartabatkan Bahasa Melayu kita. Apa salahnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Apa, malu sangatkah untuk kita berbahasa Melayu. Apa rendah sangatkah martabat kita bila kita bercakap dalam Bahasa Melayu.

 

DeQdEq sendiri pun selalu teragak-agak dalam menggunakan Bahasa Melayu ni.Tambah-tambah bila berurusan dengan pelanggan samada melalui telefon atau bersemuka.

Sebolehnya DeQdEq nak guna Bahasa Melayu, tapi bila pelanggan dah mula ‘speaking’, jadi kenalah DeQdEq ikut rentak mereka….

 

Cuma rasa hati ni, apa kita bangsa Melayu sendiri MALU untuk menggunakan Bahasa Melayu? Jadi, sia-sia usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu ini. Kenapa masyarakat Jepun boleh berjaya dan berbangga dengan Bahasa mereka?

Ini bukanlah kempen menggunakan Bahasa Melayu dari DeQdEq, cuma luahan perasaan saja….

 

sketsa bahasa melayu

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...