Monday, 16 January 2012

‘Bangkit’ Dari Kegagalan. Bagaimana? Apa yang perlu aku lakukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Telah lama diri ini tidak menulis di dalam blog, tiba-tiba hari ini terasa ingin sangat meluahkan perasaan dan inginku lahirkan apa yang tersirat di dalam hati. Sekian lama rasa ini menjerut tangkai hati dan perasaanku ini…..

GAGAL? Aku gagal? Gagalkah aku untuk tahun 2011 yang lepas? Kini telah masuk tahun 2012….tapi kenapa masih belum nampak tanda-tanda episod hitam dalam hati ini akan pergi. Di manakah silapnya? Seminar demi seminar aku hadir demi mencari ilmu agar dapat meningkatkan tahap pembangunan diri ini. Tapi, hasilnya masih sama…..

Cuba renungkan ini Takrif Gagal : Orang Hebat VS Orang Biasa…..

 

gagal

 

Pilihan di tangan aku……untuk jadi orang hebat, orang yang luar biasa……aku perlu berfikir, bercakap, rasa dan bertindak seperti orang HEBAT…semua ini perlu selari….fikiran aku, kata-kata aku, perasaan aku dan juga tindakan aku perlu selari….perlu ikut apa yang orang HEBAT dan LUAR BIASA lakukan…barulah hasilnya akan datang…..inilah kata-kata MENTOR aku iaitu Dr Azizan Osman.

Memang benar, setelah diri ini ku amati, di mana silapnya, kenapa orang lain boleh berubah, boleh berjaya….kenapa aku tidak….puncanya dan silapnya adalah sebab ini…..fikiran,kata-kata,perasaan dan tindakan aku belum selari…….

Fikiran memang nak jadi orang hebat dan berjaya, kata-kata telah di ubah, sentiasa cuba bercakap yang positif, perasaan juga telah ditanam bagaimana rasanya menjadi orang hebat…cuma TINDAKAN yang masih belum menampakkan keselarian dengan yang lain….jadi memang la masih belum dapat hasilnya….

Untuk bertindak memang bukan mudah, tapi bila hanya memulakan dengan melakukan perubahan kecil, insyaAllah lebih mudah untuk kita melakukan perubahan yang lebih besar….

 

Artikel menarik pada hari ini dari iluvislam.com ……7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Ada isi-isi yang menarik dan sangat membantu…..MOTIVASI….kita perlu pastikan motivasi diri sentiasa tinggi supaya kita lakukan kerja setiap hari dengan cemerlang….

4 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Ingat dedeq dah taknak berblog.. lama sgt diam rupanya sedang berusaha utk jd seorang yang Hebat.. apapun teruskan usaha.. selarikan apa yg songsang mcm mentor ckp & semoga beroleh kejayaan

DeQdEq said...

@the lekat kekit story:

bukannya xnak berblog lagi....disebabkan kelemahan dlm pengurusan masa, deq2 x ada masa nak luangkan utk menulis blog....

klu ikutkan hati nak je terus menulis...sebab bila menulis, hati terasa bebas...sebab dpt diluahkan dlm tulisan dan dikongsikan

Aminnnn....insyaAllah,moga tahun 2012 ni deq2 berjaya menjadi org yg lebih hebat

Model Busana Muslim said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

mie said...

wah!!
deq deq semakin maju...
heheheee

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...