Tuesday, 31 January 2012

Bukan “GAGAL”…cuma tersilap je

Masih ingat entri DeQdEq sebelum ni……‘Bangkit’ Dari Kegagalan. Bagaimana? Apa yang perlu aku lakukan

 

Waktu DeQdEq menulis entri tersebut, DeQdEq sememangnya buntu dan tak tahu apa nak buat lagi untuk majukan dan kembangkan bisnes DeQdEq.

 

Seminar tak henti-henti DeQdEq pegi, biar kena bayar beribu sekalipun DeQdEq sanggup sebab DeQdEq tahu, melabur untuk dapatkan ilmu tak rugi. Cuma hati menjadi ragu, apa silap aku, kenapa aku tak mendapat hasil macam orang lain yang dah berjaya?

 

DeQdEq cuba mengkaji di mana silapnya.

Akhirnya, tanggal 29 Januari 2012, hari Ahad yang lepas semua persoalan telah terjawab. Doa ini telah Allah makbulkan.

Memang benar kata salah seorang SIFU, iaitu Dr Niki Shuhada….untuk mencapai impian kita, kita hanya perlu minta pada yang SATU iaitu ALLAH. Dan bila kita meminta pada-NYA, ingat satu perkara iaitu LAW of GENDER yang mana bermaksud, ada perkara cepat, ada perkara yang lambat Allah berikan. Jadi, kita jangan pernah berhenti berdoa dan meminta dari-Nya.

 

Kita akan GAGAL jika kita berhenti meminta. Tapi, selagi kita sentiasa meminta, selagi itu kita akan mendapat apa yang kita kehendaki, cuma masa yang kita tak tahu bila, Allah lebih mengetahui masa yang sesuai untuk dikabulkan dan diberikan permintaan hamba-Nya.

Sebagai contoh, kalau kita inginkan anak, tapi belum dikurniakan rezeki, kita jangan berhenti berdoa dan memohon pada-Nya, sebab mungkin Allah tak kurniakan anak itu sekarang pada kita, kerana ada sebab-sebab yang tertentu,mungkin kita belum bersedia sebenarnya. Hanya DIA yang lebih tau…..tapi bila masanya dah sesuai….dengan sekelip mata rezeki itu akan datang tanpa diduga.

 

Jadi, jangan berhenti BERDOA selagi belum mendapat apa yang kita inginkan. Dan hati kena 100% yakin janji-Nya, bahawa DIA akan berikan dan makbulkan doa kita. Andai ada rasa was-was terbit ketika kita berdoa pada-NYA, memang susahla kita nak dapat apa yang kita hajatkan, sebab kita sendiri was-was dengan diri-NYA….mana mungkin DIA akan makbulkan hajat kita.

 

Berbalik pada kisah hari Ahad yang lepas, impian DeQdEq untuk gunakan segala eLMU yang diberikan oleh MENTOR DeQdEq, iaitu Dr Azizan Osman….guna eLMU untuk kembangkan bisnes UNIT TRUST DeQDeQ telah tercapai…

Akhirnya, Allah telah datangkan idea tanpa henti-henti pada DeQdEq….alhamdulillah…sekarang dah dalam langkah untuk melaksanakan idea-idea tersebut.

InsyaAllah, akan DeQdEq kongsikan di sini, bila semuanya telah berjalan lancar.

 

Nak tau apa SILAP yang DeQdEq buat sebelum ni, sampai tak dapat apa-apa yang DeQdEq inginkan?

Silapnya adalah:

1) Buat kerja separuh jalan. Orang yang berjaya akan sentiasa habiskan apa yang telah dia mulakan.

Macam DeQdEq sebelum ni, DeQdEq dah plan nak buat itu, nak buat ini…tapi semuanya separuh jalan…jadi mana hasilnya nak datang

 

2) DeQdEq tak bergaul dengan orang-orang yang dah berjaya. Bila Ahad lepas, berjumpa dengan kawan-kawan hebat yang dah berjaya, berbual dengan mereka…terus je idea datang tanpa henti-henti…

Bila kita berkawan dan bergaul dengan orang berjaya….nak tak nak kita pun terpaksa BERJAYA….

 

Setakat ini dahulu coretan untuk kali ini.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada anda yang membacanya.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...